admin Avatar

Salah satu cara untuk travel bajet di Switzerland adalah dengan mendapatkan Swiss Travel Pass (Swiss Pass). Ia adalah pas perjalanan untuk kita menaiki public transport di seluruh Switzerland. Kalau tak pandu kereta sendiri, mestilah nak guna public transport kan… dah guna public transport, mestilah nak yang berbaloi-baloi, betul tak.

Persoalannya, adakah Swiss Pass ni berbaloi? Apa yang perlu kita consider sebelum beli Swiss Pass? Dan Pass yang mana yang patut dibeli?

SWISS TRAVEL PASS

Di sini saya nak kongsi beberapa langkah untuk pastikan Swiss Pass yang dibeli tu berbaloi.

1. Itinerary atau pelan perjalanan

Sebelum nak decide samada patut beli Swiss Pass atau tidak, rancang dulu itinerary.

Kalau tak ada itinerary details pun tak apa, cukuplah sekadar perancangan mana nak pergi. Nak stay satu dua tempat & enjoy the experience ke… Nak round satu Swiss ke… Nak travel everyday ke.. Nak stay 2-3 hari di setiap tempat ke… mesti kena ada gambaran dulu at least apa yang nak dibuat.

Contoh ye, kita plan nak pegi ke tempat-tempat di bawah:-

Geneva – Lausanne – Bern – Basel – Lucern – Lugano – Zurich

Dan kita decide semua tu nak naik train.

2. Dapatkan harga tiket biasa

Check di website ni ==> My Swiss Alps Timetable untuk kita semak harga tiket full tanpa guna sebarang pass.

Sebagai contoh (untuk 2nd class bagi seorang penumpang dewasa):

Geneva-Lausanne : CHF 23

Lausanne – Bern : CHF 33

Bern-Basel : CHF 40

Basel-Lucerne : CHF 33

Lucerne-Lugano : CHF 60

Lugano- Zurich : CHF 64

Jumlah keseluruhan : CHF 253

3. Dapatkan senarai harga di website Swiss-Pass

Kita dah tahu kalau tak ambik pass, sekurang2nya kita kena keluarkan CHF 253 (dalam RM1000 lebih2 sikit) untuk pelan perjalanan kita tu.

Jadi sekarang kita tengok pula pass yang sesuai dengan pelan kita. Considering kita memang nak naik train je, jadi pass yang terbaik adalah Swiss Travel Pass atau Swiss Half Fare Card. Kita bandingkan pula harganya.

Swiss Pass ni ada pakej ikut hari, & mesti travel setiap hari sampai habis limit hari yang kita beli.

SWISS PASS

Swiss Pass ada menawarkan pakej Swiss Travel Pass Flex, yang mana kita boleh travel pada bila-bila hari yang kita nak dalam masa sebulan.

SWISS PASS FLEX

Untuk yang berumur bawah 26 tahun, ada harga lain untuk korang.

SWISS PASS TEENAGER

Satu lagi option adalah Swiss Half Fare Card. Kalau beli pass ni, lepas ni kita cuma bayar separuh daripada tambang pengakutan di seluruh Switzerland dalam masa sebulan tu.

SWISS PASS

Kita compare:

Tambang biasa : CHF 253
Swiss Pass : CHF 210
Half Fare : CHF 120+126.50 (50% dari tambang biasa) = CHF 246.50

Setakat ni Swiss pass la yang paling murah kan?

Tapi… lebih baik check dulu route kita tu ada masuk dalam coverage Swiss Pass/Half Fare ke tak. Kalau cover, kira semua tambang masuk dalam pass. Kalau tak, still kena bayar ikut condition.

Boleh check kat sini ==> Swiss Pass Travel Map.

Tapi don’t worry… kalau kita ikut network utama biasanya memang cover je semua.

Kita tengok step berikutnya pulak.

 4. Perancangan aktiviti untuk dilakukan

Dah kita singgah di bandar-bandar tu, kita mestila nak buat aktiviti apa-apa yang ada kan? Takkan nak dok bilik je.

No (4) ni penting kalau nak masuk tempat2 berbayar.

Contohnya nak masuk Muzium Olimpik dan paddle boat di Lausanne. Check tiket masuk tempat2 yang kita nak masuk tu…

Kemudian check kat sini ===> Swiss Travel Pass Validity untuk check coverage, diskaun & priviledge untuk Swiss Pass.

Dan kat sini ==> Swiss Half Fare Card Validity untuk check coverage, diskaun & priviledge Half Fare Card.

Kalau boleh buat dalam bentuk jadual lagi bagus untuk nampak comparison.

5. Masa untuk mendapatkan pass!

Now kita dah compare baloi ke tak berbaloi guna travel pass untuk perjalanan kita, maka bolehlah mula membeli.

Ada 4 cara untuk mendapatkan Swiss Pass :-

  1. Beli di website rasmi Swiss Railway.
    • Pass boleh dipos ke alamat kita atau collect di airport bila dah sampai Switzerland.
  2. Beli di website Rail-Europe.
    • Pass boleh dipos ke alamat kita.
  3. Ejen Rail-Europe Malaysia
  4. Beli terus di stesen keretapi di Switzerland.
    • Mungkin ada servis caj.

Rajin-rajin la riki website2 diorang tu. Selalu je ada promo buy 1 free 1.

Di harap explaination ni boleh membantu kalian yang sedang merancang percutian berbaloi di Switzerland.

Enjoy Swiss!

PEMANDANGAN SWITZERLAND

Baca ni pula ==> Tips Memandu di Switzerland.

Tagged in :

admin Avatar

21 responses to “Tips Sebelum Beli Swiss Travel Pass”

  1. radin fadli Avatar

    Perkongsian yang menarik , boleh di guna pakai untuk trip ke Swiss, cuma tak tahu bilalah nak Swiss tu

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    nice sharing, panduan yang berguna untuk sapa yang nak gi swiss

  3. najiha Avatar

    Kak nak tanya .. apa musim yang paling sesuai utk ke swiss? Dan musim apa yg kita boleh nampak ketenangan dan kedamaiannya.. saya dah jatuh cinta dgn keindahan alam ciptaan Allah di Swiss ni..

    1. Admin Avatar

      Musim bunga atau musim panas mmg best Najih ☺️

  4. ros Avatar
    ros

    Salam,
    Plan visit swiss early Feb…ok ke visit on February? Plan kt sana 4/3 malam…..tapi 2 hari je full day kt swiss. Dari Zurich ke Geneva….plan nak beli Swiss Pass for 3 days, berbaloi ke? Any reference yg boleh saya check untuk compares normal price vs Swiss Pass tq

    1. admin Avatar
      admin

      Salam Rose,

      February winter di Switzerland. Ramai recommend base di Lucerne, tempat lain yg lebih tinggi berkabus2 time ni.

  5. ros Avatar
    ros

    salam… thank for reply, nak tanya pasal Swiss Pas, skrg sya tgk ada promotion euro 171+delivery25+booking fees 8, berbaloi ke? Selalu promotion 1 free 1 tu website mane? tq

  6. anita Avatar
    anita

    Kalau nak beli online. Surname nak letak “Bin” atau tidak? Boleh share Swiss Travel Pass admin yang dah diguna tu?

    1. admin Avatar
      admin

      Ya saya letak utk mengelakkan kekeliruan di kemudian hari

  7. ani Avatar

    Assalamualaikum., insya allah sy akn ke swiss hjg januari thn dpn… boleh tau x camne nk kira 3 hari penuh kalu amik swiss pass? Kt kn sy smpi basel rabu tghari, then akn tggl kn swiss jumaat tghari… ckp ke penggunaan swiss pass tu? Sbb sy rs nk berbaloi dgn swiss pass tu nnt… terima kasih

  8. ira Avatar

    nice sharing especially untuk sesape yang plan nak pegi swiss tuh

  9. […] switzerland mendapatkan swiss travel pass (swiss pass). ia pas perjalanan kita menaiki public. Tips Sebelum Beli Swiss Travel Pass Cara memancing kontraksi & mempercepat pembukaan, Selamat datang ibuhamil., sebuah forum […]

  10. Ayu Hussein Avatar
    Ayu Hussein

    hello sister,
    nak tanya, saya akan ke Poland and transit di Zurich airport dalam 6 jam. so, tempat yg saya tengok sister share tu macam boleh ke Zurich town je la sebab kekangan masa. then, jauh2 tak tempat tu ye sis? and naik train je boleh kan ke tiga2 tempat tu (old town, Bahnhofstrasse n lidenhof)? perlu ke beli swiss pass?

    1. admin Avatar
      admin

      Hi dear,
      Yupp. Very possible. Semua tu just next to each other. Train dr airport ke bandar pun dlm 10-15 minit je. Enjoy!

  11. Hanan Avatar
    Hanan

    Swiss travel pass ni untuk per orang ke atau ada family or group punya. Boleh share.. Tq

    1. admin Avatar
      admin

      per orang & kalau ada budak2 dia ada family card

  12. Amin Avatar
    Amin

    Salam,

    Saya nak tanya berkenaan Swiss Pass Travel. Contoh kalau kami ada 2 keluarga :
    Keluarga 1 (Ayah, Ibu, anak-3thn, anak-1thn)
    Keluarga 2 (Ayah, Ibu, anak-25thn, anak-17thn, anak-15thn dan anak-13thn)

    Kalau ikut jumlah di atas, berapa Swiss Travel Pass yg saya perlu beli sebenarnya? Mohon pencerahan. TQ

    1. admin Avatar
      admin

      wsalam tuan

      tak silap saya anak2 bawah umur 16 tahun boleh dapat free jika mak/ayah dia ada swiss pass. kalau tidak, boleh amik swiss pass youth.

  13. Weeda Avatar
    Weeda

    salam,

    Nak tanya, meaning, kalau kita beli Swiss travel Pass ni, kita bayar sekali jela? lepas tu kita guna je card tu untuk travel based on which pass chosen? takde payment lagi bila nak naik train. betul ke?

    1. admin Avatar
      admin

      ya betul, except ada beberapa train yang kena bayar juga tp biasanya swiss pass ada cover diskaun

  14. mohd norfarhan Avatar
    mohd norfarhan

    salam,..

    nak tanya, kalau guna stp ni, ade tips x untuk dapat kan penginapan untuk family 4 orang ( 2 orang anak umur 7 dengan 9 tahun),.. sebab bila survey, penginapan yang harga murah sikit jauh dari train station

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge