Itinerary 5 Hari di Adelaide, Australia

By | July 27, 2015

Seminggu sebelum puasa, kami berlapan berangkat ke Adelaide. Saya, suami, the boys, ayah, emak dan adik bongsu saya. Minggu sebelumnya dah bawa mentua dan adik2 ipar ke Ireland, then giliran mak ayah saya la pulak. Baru la fair kan 😀

Kami sampai di Adelaide di pagi hari Subuh sape’e dengan penerbangan MH139. Sampai2 je terus cari alas perut (dah makan light breakfast dalam flight, tapi budak2 semuanya tido jadi pakat lapar pulak). Lepas tu cari simcard, saya beli sim YES Optus. Ambil kereta dan mula bertolak ke destinasi pertama. Yelah, nak check-in pun belum boleh lagi, jangan bazir masa, teruskan agenda.

Di bawah ni saya buat itinerary & info dalam bentuk point, senang nak refer.

Kenderaan:-

Jenis : Hyundai Imex 7 seaters

Total sewa 5 hari : AUD416 termasuk tax & surcaj

Penginapan:-

Tempat : Adelaide Shores Resort – Deluxe Bungalow 6 person (bukan rumah banglo ye, motel ni dinamakan bungalow je)

Total 5 hari : AUD986 termasuk tax

Makanan:-

Masak sendiri. Rujuk entry ni ===> Tips Nak Makan Di Australia

MOTEL ADELAIDE

Deluxe bungalow Adelaide Shores Resort

Bersebelahan resort ni ialah Big4 Caravan Park, tapi takde unit yang besar untuk muat semua orang dalam rombongan kami.

Aktiviti:-

Adelaide ni destinasi yang best bila kita ada masa yang singkat, dan nak nikmati bermacam experience. Attractions yang famous pun di sekitar bandar Adelaide je.

Hari 1:

  • Adelaide Hills
    • Mount Lofty
    • Mount Lofty Botanic Garden
    • Hahndorf
  • Adelaide Shores

Mula-mula sekali kami ke area Adelaide Hills. Tak jauh pun dari airport, dalam 30km je. First stop di Mount Lofty. Boleh naik dengan kereta sampai ke puncak. Dari puncak bukit ni boleh tengok keseluruhan bandar Adelaide.

MOUNT LOFTY

Sayangnya pada hari kejadian tu, menara kaler putih tu tengah dalam renovation. Terpaksa ambik gambar Google la 🙂

Di kaki bukit ni pula ada sebuah taman, Mount Lofty Botanic Garden. Cantik sangat taman ni.

Lepas tu kami memandu ke Hahndorf, tak jauh dari situ. Hahndorf ni adalah penempatan Jerman yang tertua di Australia. Kecik je bandar ni. Boleh park kereta dan jalan kaki di sepanjang jalan dia.

Kami jalan kaki di sepanjang jalan… minum kopi.. masuk kedai-kedai. Very German tau.

Dan nak masuk ke sini, kita akan disambut oleh terowong pokok yang comel sangat.

HAHNDORF ADELAIDE

Kat sini ada tempat yang kita boleh nak cheese-tasting, honey-tasting, wine-tasting.. eh yang ni takleh, haram.

Lepas habis ronda Hahndorf, kami drive balik ke Adelaide Shores, check in dan rehat.

Lepas tu kuar shopping barang mentah untuk masak2. Biasanya kedai2 di Australia tutup awal, tapi ada satu supermarket kat sini tutup lambat sikit, jam 9 malam. Masa ni nak masuk winter, Maghrib masuk jam 5.30 petang, jam 6 dah Isyak. Jadi jam 9 malam tu macam dah lewat dah, literally, hehe.

Hari 2:

  • Sekitar Adelaide
    • Harbour Town
    • Central Market
    • Adelaide Oval

Harbour Town ni sangat la dekat dengan Adelaide Shores Resort. Adelaide Shores ni area yang happening jugaklah. Banyak aktiviti outdoor, dan sangat dekat dengan airport. OK memang Adelaide pun takde lah besar mana pun.

Harbour Town ni adalah shopping outlet. Tapi tak la shopping pun… jalan-jalan je… Outlet sini bukan chic outlet macam Bicester Village atau La Valle Village.. benda branded macam handbag tu takde lah.

Lepas habis di Harbour Town, kami ke Central Market pulak. Tapi sayangnya dah lewat, dah tutup pun. Hehe. Takpelah sebab memang takde cadang nak buat apa2 pun… just nak tengok tempatnya je. Dekat2 sini jalan tengok taman, Adelaide Oval dan Masjid Adelaide.

Masjid dia ni agak complicated jugak nak masuk ke dalam dengan kereta coz one-way. Kalau jalan kaki tu dekat je dengan jalan besar.

Hari 3:

  • Cleland Conservation Park
  • Port Adelaide

Yay! Hari paling best coz sepanjang hari nengok binatang2 Australia seperti kangaroo, koala, Tasmanian devil, dingo dan macam2 lagi. Kami pilih Cleland Concervation Park coz ia luas, menarik lagi ramah. Kat sini lah first time sentuh2 kangaroo, dokong koala… anak2 pun excited bila first time rasa safe dengan kangaroo. Masa kat Perth haritu semua takut.

KANGAROO KOALA TAMAN HAIWAN

Balik dari Cleland, kami singgah di Port Adelaide. Ingat nak tengok Thomas train di Train Museum… tapi katanya Thomas dah takde…. & ada train seakan Thomas pun bulan 7 baru available. Hmmm… banyak website cakap ada Thomas kat sini. Memang jangan percaya.

Hari 4:

  • Rundle Street
  • Victor Harbour
  • Granite Island

Hari ni masuk town, ke Rundle Mall. Satu cabaran nak cari parking sebab kereta ni tinggi…. parking2 pulak cukup2 je. Cari punya cari jumpalah satu yang muat nak masuk.

Kami jalan2 kat Rundle ni.. masuk kedai sana masuk kedai sini…

Lepas tu gerak pulak ke Victor Harbour. Kat sini yang menariknya Granite Island. Nak ke sana boleh jalan kaki (Ada jambatan) atau naik tram yang ditarik kuda. Peginya kami naik tram. Balik jalan kaki.

VICTOR HARBOUR

Sini ada pusat pemuliharaan penguin, tapi closing hour la pulak. Kami jalan keliling pulau tu. Kat sini kalau nasib baik boleh tengok paus. Dan nasib baik juga lah… takde paus tapi nampak ikan lumba-lumba berkejaran di celah batu.

Hari 5:

  • Carrick Hill

Hari terakhir… sambil tunggu time nak fly balik Malaysia kami habiskan masa di Carrick Hills. Carrick Hills ni adalah sebuah rumah yang pernah dimiliki oleh Sir Edward Hayward dengan isterinya Lady Ursula. Ia telah diberi kepada kerajaan Australia setelah kematian Sir Hayward.

Sekarang ia jadi tempat pameran seni & bersantai-santai. Gardennya sangat luas dan wangi dari haruman bunga yang terdapat di situ. Rasa kagum sangat sebab tak payah nak sua hidung nak cium-cium, memang harumannya semerbak.

FLOWER AUSTRALIA

Banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di Adelaide seperti Kangaroo Island, Murray Bridge (sungai Murray adalah sungai terpanjang di Australia), Port Lincoln, Monarto Zoo (ada zirafah kat sini), whale watching dan banyak lagi. Cuma time & other constraint menyebabkan kami tak boleh nak lajak jauh2 sangat.

Walau bagaimanapun, puas hati dapat bawa emak ayah jalan-jalan… dan yang paling best, masa flight balik tu adalah birthday saya. Ada pulak suprise birthday di atas awan 😀

next entry lah.

6 thoughts on “Itinerary 5 Hari di Adelaide, Australia

  1. Shaiful

    Tambah maklumat sikit mengenai makanan halal di Adelaide. Di Rundle Mall terdapat kedai makan orang Malaysia, cari ‘Swinging Bowl’ atau ‘Warong’ dalam Google maps. Insya allah halal. Terdapat juga ‘Mekong Thai’ di Rundle Street. Kedai makanan Arab kebanyakkannya insya allah halal cuma masa order tu kena tanya dulu portion dia sebab small dish pun 2 orang makan tak habis. Semoga bermanafaat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge