Salah satu cara untuk travel bajet di Switzerland adalah dengan mendapatkan Swiss Travel Pass (Swiss Pass). Ia adalah pas perjalanan untuk kita menaiki public transport di seluruh Switzerland. Kalau tak pandu kereta sendiri, mestilah nak guna public transport kan… dah guna public transport, mestilah nak yang berbaloi-baloi, betul tak.
Persoalannya, adakah Swiss Pass ni berbaloi? Apa yang perlu kita consider sebelum beli Swiss Pass? Dan Pass yang mana yang patut dibeli?
Di sini saya nak kongsi beberapa langkah untuk pastikan Swiss Pass yang dibeli tu berbaloi.
1. Itinerary atau pelan perjalanan
Sebelum nak decide samada patut beli Swiss Pass atau tidak, rancang dulu itinerary.
Kalau tak ada itinerary details pun tak apa, cukuplah sekadar perancangan mana nak pergi. Nak stay satu dua tempat & enjoy the experience ke… Nak round satu Swiss ke… Nak travel everyday ke.. Nak stay 2-3 hari di setiap tempat ke… mesti kena ada gambaran dulu at least apa yang nak dibuat.
Contoh ye, kita plan nak pegi ke tempat-tempat di bawah:-
Geneva – Lausanne – Bern – Basel – Lucern – Lugano – Zurich
Dan kita decide semua tu nak naik train.
2. Dapatkan harga tiket biasa
Check di website ni ==> My Swiss Alps Timetable untuk kita semak harga tiket full tanpa guna sebarang pass.
Sebagai contoh (untuk 2nd class bagi seorang penumpang dewasa):
Geneva-Lausanne : CHF 23
Lausanne – Bern : CHF 33
Bern-Basel : CHF 40
Basel-Lucerne : CHF 33
Lucerne-Lugano : CHF 60
Lugano- Zurich : CHF 64
Jumlah keseluruhan : CHF 253
3. Dapatkan senarai harga di website Swiss-Pass
Kita dah tahu kalau tak ambik pass, sekurang2nya kita kena keluarkan CHF 253 (dalam RM1000 lebih2 sikit) untuk pelan perjalanan kita tu.
Jadi sekarang kita tengok pula pass yang sesuai dengan pelan kita. Considering kita memang nak naik train je, jadi pass yang terbaik adalah Swiss Travel Pass atau Swiss Half Fare Card. Kita bandingkan pula harganya.
Swiss Pass ni ada pakej ikut hari, & mesti travel setiap hari sampai habis limit hari yang kita beli.
Swiss Pass ada menawarkan pakej Swiss Travel Pass Flex, yang mana kita boleh travel pada bila-bila hari yang kita nak dalam masa sebulan.
Untuk yang berumur bawah 26 tahun, ada harga lain untuk korang.
Satu lagi option adalah Swiss Half Fare Card. Kalau beli pass ni, lepas ni kita cuma bayar separuh daripada tambang pengakutan di seluruh Switzerland dalam masa sebulan tu.
Kita compare:
Tambang biasa : CHF 253
Swiss Pass : CHF 210
Half Fare : CHF 120+126.50 (50% dari tambang biasa) = CHF 246.50
Setakat ni Swiss pass la yang paling murah kan?
Tapi… lebih baik check dulu route kita tu ada masuk dalam coverage Swiss Pass/Half Fare ke tak. Kalau cover, kira semua tambang masuk dalam pass. Kalau tak, still kena bayar ikut condition.
Boleh check kat sini ==> Swiss Pass Travel Map.
Tapi don’t worry… kalau kita ikut network utama biasanya memang cover je semua.
Kita tengok step berikutnya pulak.
4. Perancangan aktiviti untuk dilakukan
Dah kita singgah di bandar-bandar tu, kita mestila nak buat aktiviti apa-apa yang ada kan? Takkan nak dok bilik je.
No (4) ni penting kalau nak masuk tempat2 berbayar.
Contohnya nak masuk Muzium Olimpik dan paddle boat di Lausanne. Check tiket masuk tempat2 yang kita nak masuk tu…
Kemudian check kat sini ===> Swiss Travel Pass Validity untuk check coverage, diskaun & priviledge untuk Swiss Pass.
Dan kat sini ==> Swiss Half Fare Card Validity untuk check coverage, diskaun & priviledge Half Fare Card.
Kalau boleh buat dalam bentuk jadual lagi bagus untuk nampak comparison.
5. Masa untuk mendapatkan pass!
Now kita dah compare baloi ke tak berbaloi guna travel pass untuk perjalanan kita, maka bolehlah mula membeli.
Ada 4 cara untuk mendapatkan Swiss Pass :-
- Beli di website rasmi Swiss Railway.
- Pass boleh dipos ke alamat kita atau collect di airport bila dah sampai Switzerland.
- Beli di website Rail-Europe.
- Pass boleh dipos ke alamat kita.
- Ejen Rail-Europe Malaysia
- Beli terus di stesen keretapi di Switzerland.
- Mungkin ada servis caj.
Rajin-rajin la riki website2 diorang tu. Selalu je ada promo buy 1 free 1.
Di harap explaination ni boleh membantu kalian yang sedang merancang percutian berbaloi di Switzerland.
Enjoy Swiss!
Baca ni pula ==> Tips Memandu di Switzerland.
Leave a Reply