Ramai yang menghubungi saya bertanya tentang tips motorhome di Australia. Terus-terang saya memang tak sempat study banyak-banyak sebelum ekspedisi itu, 2-3 hari sebelum bertolak pun yang baru buat booking semua.
Bermotorhome atau caravan di Australia dan New Zealand seumpama satu gaya hidup. Orang Australia biasanya ada caravan sendiri, yang akan digunakan bila-bila masa nak ke mana-mana.
Di sana, bukan saja jalan raya yang besar dan luas serta mesra caravan, di serata Australia dan New Zealand – boleh dikatakan setiap bandar; banyak disediakan holiday park (tempat parking caravan) yang lengkap dengan pelbagai fasiliti. Pendek kata memang tanggung beres kalau nak bermotorhome di mana-mana tempat Australia.
Kelebihan motorhome ni adalah kita dah tak perlu sewa penginapan, dan pengangkutan. Dah 2 dalam 1 gitu. Tapi untuk parking terutama di waktu malam, kena juga sewa site yang ada power, sebab nak kena caj motorhome ni. Kalau tak ada budak2 tak apa, tapi ada budak2 kena bagi mereka selesa baru mereka happy. Di New Zealand banyak tempat parking yang free, tapi tak ada fasiliti apa-apa. Australia ada juga tapi tak banyak. New Zealand memang bersepah.
Di Australia, kami menginap di Big4 Holiday Park, terkenal dengan family friendly. Antara Big4 yang kami pernah menginap ialah di Gold Coast, Maroochy Palm di Sunshine Coast, Perth Vineyards, Woodman Point di Fremantle, Bunbury Glades dan Middleton Beach di Albany.
Di bawah ni adalah clip video Middleton Beach Holiday Park.
Kami bermotorhome di Australia pada penghujung Februari, hujung musim panas, nak masuk musim luruh dan. Di negara empat musim ni kami suka travel di musim bunga, awal musim panas, dan awal musim luruh. Ini kerana waktu siang lebih panjang. Dan senang untuk travel light bila tak perlu bawa baju tebal. Pengalaman bermusim sejuk di London dan Paris, satu bagasi untuk baju musim sejuk saja.
Kami angkat motorhome Britz, tak ada sebab spesifik pun, hanya sebab banyak nampak di jalan semasa di New Zealand. Britz ni kira kelas menengah lah… kalau kelas atasan sikit biasanya mereka pakai Maui. Ada macam2 jenis kenderaan – campervan (ada katil dan dapur je) atau motorhome yang lengkap, ada yang 2 berth, 4 berth dan 6 berth.
Gambar di bawah ni kami punya 6-berth motorhome.
Antara perkara yang perlu diketahui tentang motorhome:-
- Ia perlu dicas terutama kalau nak guna aircond dan peralatan elektrik. Jadi kena sewa powered site. Biasanya harga satu tapak bermula dalam AUD20 sekepala.
- Tangki air bersih dan tangki najis kena diisi dan dibersihkan selalu, kecik je.
- Kalau nak mandi dengan selesa sila ke bilik air yang tersedia di campsite. Bilik air dia sempit dan baunya… urgh! Saya siap sental satu bilik air pun lekat lagi baunya, Maklumlah tong najis kat bawah mangkuk tandas je.
- Sebelum bergerak, pastikan semua drawer di-lock.
- Sewaktu motorhome sedang bergerak, semua orang kena duduk di kerusi dan pakai seatbelt.
Baju tak payah susah-susah nak cuti… ada disediakan laundry dengan mesin cuci dan mesin pengering di campsite… Tapi di Bunbury tak ada dryer. Boleh jemur di tempat jemuran yang disediakan.
Town di Australia lebih mesra motorhome, berbanding di UK kot. Kawan kami pernah kena saman di UK sebab parking motorhome merata. Di Australia kami siap parking depan supermarket. Parking space luas.
Yang menarik tentang motorhome ni, semua ada di dalam. Masa kembara New Zealand dengan campervan tahun lepas, dapur di luar. Sejuk tak hengat memang tak guna langsung dapur tu, pakai fasiliti di campsite tu je. Entahlah tapi saya lebih gemar motorhome dari campervan tu. Sesetengah orang tak suka, sebab kena buang tong najis, hehe tapi kami buat polisi – buang air besar di tandas campsite saja, hehe.
Memang kenyang sentiasa dalam motorhome ni. Sampai ke mana-mana, kalau lapar saya masakkan apa-apa. Maklumlah budak2 ni kejap2 lapar. Paling tak pun goreng kentang. Senang sebab tak perlu nak setting apa-apa.. masak macam di rumah je.
Cabaran bawa motorhome ni rasanya… kalau cuaca kurang memuaskan. Dalam perjalanan kami dari Albany ke Fermantle, sepanjang jalan hujan dan angin kencang. Bergoyang2 rasanya. Jalan la slow-slow… dah malam baru sampai di Fremantle.
Oh ye, motorhome ni kami explore dan drive sendiri. Cuma kami berlima saja. GPS disediakan, tapi kami punya GPS tak updated. Mujur siap-siap bawa mifi beli simcard Aussie, gunalah Waze dan Google Map untuk pandu arah.
[Kalau nak motorhome yang ada guide, boleh cuba Trip Adik-Beradik atau Ahmad Caravan untuk motorhome di New Zealand]
Leave a Reply