Sejak kecil kita didedahkan dengan persaingan, sama ada sedar atau tidak. Masa kecil-kecil bersaing siapa yang paling montel, kemudian siapa yang merangkak dahulu, kemudian siapa yang bercakap dahulu, dan seterusnya. Masuk ke sekolah pun kita bersaing untuk mendapatkan nombor teratas, bersaing dalam sukan dan pertandingan.
Persaingan adalah benda yang lumrah. Ia boleh menjadi positif atau negatif. Iblis dilaknat kerana enggan sujud kepada Nabi Adam, kerana menganggap Adam bukan saingannya dan tidak patut dimuliakan kerana Adam dibuat daripada tanah. Qabil menganggap Habil sebagai saingannya bagi menikahi pasangan kembar Habil, hingga akhirnya Habil dibunuh oleh Qabil.
Di dalam pelajaran, pekerjaan dan perniagaan, saingan ni kita tak boleh lari. Kalaupun kita orang pertama yang melakukannya, pasti akan ada yang mengikut jejak langkah kita, dan menjadi pesaing. Paling tidak adil ialah apabila pesaing yang tiba lebih lambat dari kita dapat menguasai pasaran.
Apakah yang patut kita buat? Adakah kita patut tunduk kepada saingan kita?
Saya ingin berkongsi tips menghadapi persaingan dalam perniagaan.
Persaingan dalam perniagaan adalah sesuatu yang positif, kerana:
- Memberi benchmark kepada performance dan pencapaian kita.
- Menggalakkan kita untuk berusaha lebih keras.
- Menjadikan kita lebih kreatif dan inovatif.
- Mendorong kita untuk sentiasa berusaha dan tidak complacent.
- Memberi pilihan yang pelbagai.
Namun ia boleh menjadi sesuatu yang negatif apabila:
- Kita menganggap pesaing sebagai ‘penutup periuk nasi’.
- Menganggap pesaing sebagai ‘pengacau’ dan musuh ketat.
- Berasa tergugat dengan performance pesaing.
- Menjadikan pesaing sebagai penyebab kegagalan kita.
- Menganggap kehadiran pesaing sebagai menutup peluang yang tersedia untuk kita.
Sediakan minda untuk menghadapi persaingan secara positif dan sihat:
1. Persaingan adalah perlu
Suka atau tidak, persaingan akan tetap ada dalam apa jua bidang sekalipun. Apabila kita menolak untuk bersaing, kita sebenarnya menolak untuk membuka potensi diri sendiri. Bukalah pintu hati untuk menerima persaingan, dan katakan bahawa persaingan adalah satu keperluan.
2. Pesaing adalah saling melengkapi
Seorang penjual tudung dikunjungi bakal pelanggan. “Akak ada jual tudung merah tak?”. Jawab si penjual “Tak adalah Dik, tapi tudung pink ada”. Bakal pelanggan itu berkata “Tak apalah kak, saya nak tudung merah, saya cari di kedai sebelah lah”. Penjual berkata lagi “Tapi pink pun lawa juga”. Jawab pelanngan itu “Taknaklah kak, saya nak merah”. Lalu beliau ke kedai sebelah dan menjumpainya di sana.
Adakah si penjual tudung telah kehilangan pelanggan? Tidak, kerana orang itu belumpun lagi menjadi pelanggannya. You’ll never lose what you never had. Tapi dengan adanya kedai sebelah (pesaing), pelanggan tadi telah menjumpai apa yang dicarinya. Bukankah sudah melengkapkan apa yang tidak ada di kedai penjual yang mula-mula tadi?
3. Pesaing adalah pendorong
Ramai yang bertanya tentang Bling Buubies dan Adrinis yang membekalkan produk yang sama. Saya dan Nini merupakan sahabat baik. Malah kami mengiklankan produk-produk kami pada pakej iklan yang sama. Tidakkah rasa ada konflik di situ? Tidak sama sekali. Kami saling memberi dorongan dan tips antara satu sama lain. Misalnya jika ada peluang-peluang baru, kami akan berkongsi maklumat. Malah, Adrinis menjadi pendorong kepada Bling Buubies untuk terus maju sebagai pengeluar baju menyusu Muslimah.
Dapatkan Pa&Ma Februari 2011, Bling Buubies featured in! Digayakan oleh Duta Bling Buubies, Puan Harlinda Halim 🙂
4. Pesaing membuka peluang kepada setiap lapisan masyarakat
Lihat saja persaingan antara MAS dengan Air Asia. Kedua-dua syarikat itu terlibat dalam industri yang sama – penerbangan, namun target market yang berbeza. MAS lebih dikenali sebagai sebuah syarikat penerbangan yang komersial, dengan servis tip-top, selesa, makanan yang sedap dan sebagainya. Tentulah harga pun lebih mahal. Manakala Air Asia menawarkan tagline “Now everyone can fly”. Menawarkan tambang yang lebih murah tapi untuk perkhidmatan lain, semua berbayar. Fair lah kan? Yang tak berapa nak kaya boleh terbang dengan Air Asia, tak payah mintak comfort kit, tak payah beli makanan. Yang ada duit, boleh naik MAS. Everyone can fly.
5. Persaingan membuka lebih banyak inovasi dan kreativiti
Di kampung saya ada sebuah kedai runcit. Itu adalah satu-satunya kedai runcit yang ada di kampung itu. Dari saya kecil sampai sekarang, kedai yang sama, rupa pun sama, barang-barng pun sama, susunan barang yang sama, signboard pun sama!
Bayangkan jika tiada saingan, kita tidak ada rasa nak buat pembaharuan. Dan tak perlu pun, sebab pelanggan dah tiada pilihan. Servis macam landak pun orang datang juga. Usah sebut pasal keuntungan, tapi salah satu target dalam perniagaan ialah kepuasan pelanggan. Bagaimana kalau tiba2 ada kedai runcit lain yang lebih canggih dan lebih bagus perkhidmatannya dibuka di kawasan itu? Agak2 masih adakah yang nak shopping di kedai runcit lama?
Apa yang perlu dibuat dalam menghadapi persaingan?
1. Bersifat terbuka
Dunia ini luas, Malaysia pun dah luas. Penduduk Malaysia bukan ada 3 orang, dah dekat 30 juta orang. Agak2 kalau sorang dapat 1% pun dah dapat 300 ribu.
2. Percaya yang rezeki Allah itu luas
Periuk nasi seseorang adalah pemberian Allah dan hanya Allah saja yang menentukannya. Kenapa kita perlu takut pada pesaing yang kononnya boleh menutup periuk nasi kita? Percaya bahawa periuk nasi kita dijaga oleh Allah, bukan orang lain. Walaupun ada pihak kononnya cuba menabur pasir, tapi dengan penjagaan Allah, tak ada pasir yang boleh masukpun. Yang penting ialah yakin pada-Nya yang memberi kita rezeki. Bukan pesaing atau sesiapa.
3. Fokus pada kerja kita
Kadangkala kehadiaran pesaing ni boleh mengganggu. Siang malam duk fikir tentang pesaing tu. Ini tak bagus, kita dah rugi masa bernilai dengan memikirkan masalah orang lain. Fokus pada kerja, pada bisnes kita. Kalau pesaing menggugat kita, baiki apa yang kita boleh untuk bisnes kita. Misalnya kalau pesaing menjual barang yang sama dengan harga murah, kita boleh offer benda lain sebagai value added. Tak perlu rasa tertekan atau nak marah pada mereka.
4. Jangan bunuh diri sendiri
Kehadiran pesaing adakalanya menyakitkan. Ye lah, kita dah plan misalnya nak buka gerai jual pisang goreng. Alih2 sebelum sempat kita prepare resepi rahsia pisang goreng kita, ada orang lain terlebih dahulu buka gerai pisang goreng exactly di area yang kita target nak buka gerai. Mungkin kita rasa emosional, nak marah.. kemudian terdorong untuk memburuk-burukkan pesaing, walaupun tanpa sedar sebenarnya membunuh diri sendiri.
Misalnya kita kata kepada pelanggan “Itu pisang goreng tepi longkang, tercemar!” sedangkan kita pun nanti akan buka gerai di tepi longkang juga, bukannya restoran pun. Jadi, berhati-hati sebelum bertindak atau keluarkan kenyataan.
5. Bekerjasama dengan pesaing
Kerjasama bukan toleransi, tapi sinergi. Kerjasama ini bakal membuahkan hasil yang lebih besar daripada ‘membunuh’ pesaing dan bergerak sendirian. Perkara paling mudah untuk dibuat dalam hal kerjasama ialah jangan memburuk-burukkan servis/produk orang lain. Kita promosikan servis/produk kita tanpa menyentuh dan membandingkan dengan produk lain, apalagi memburuk-burukkan.
6. Added value
Walaupun menjalankan perniagaan yang sama, namun kita mungkin berbeza dari segi business model. Berikan added value atau nilai tambahan kepada pelanggan, agar kita lebih dekat di hati mereka.
Demikian antara tips-tips menghadapi persaingan yang kami amalkan. Banyak lagi tips-tips yang saya ingin kongsi, pastikan anda tetap setia dengan My Super Kids, ewah. Langgani RSS My Super Kids supaya update2 dan entry best tak terlepas 😉
So, sekarang, adakah anda dah bersedia untuk bersaing? Takut? Tidak yakin? Belum berani? Atau dah bersedia untuk berada di lapangan?
Scriptory Box menyediakan perkhidmatan bimbingan kerja dari rumah, pemula perniagaan, bisnes online, seminar, kemahiran, aktiviti dan banyak lagi. Hubungi Kay (016-3222760) atau Mommy Lyna (012-2811136) untuk maklumat lanjut.
Leave a Reply