, ,

Financial Freedom dari Kacamata Mommy Lyna

admin Avatar

Bila bercakap tentang financial freedom, apa yang terbit dalam kotak pemikiran? Kaya-raya? Kereta besar? Rumah besar? MLM? 😀

Financial freedom dari kacamata Mommy Lyna ialah keadaan bila kita ada full control terhadap kewangan kita, tanpa dibatasi olehnya.

Macamana tu?

Full control bukan bermakna tak kisahlah shopping sampai RM30 ribu sekali keluar, tapi kita boleh kawal perbelanjaan tanpa perlu sacrifice mana-mana part, tapi ikut keperluan dan kehendak kita aje.

Contohnya katakan tiba2 keluar telefon canggih model terbaru yang boleh buat call ke planet Marikh. Tapi kita tak payah nak beli sebab kita tak ada sesiapa pun di planet Marikh untuk dihubungi, dan bukan TAK BELI SEBAB TAK ADA DUIT. Begitu juga kalau ada barang RM5 yang kita tak perlukan, kita tak beli sebab kita tak pakai pun. Bukannya TER-beli sebab harganya murah.

In the end kita dapat mengawal kewangan kita kepada perkara-perkara yang kita perlu dan kita mahu saja.

Financial freedom bukan benda baru. Dah lama dipraktis, terutama semasa zaman Rasulullah SAW. Bagaimana para sahabat mampu meng-infakkan separuh harta, seluruh harta, berekor-ekor unta… kerana mereka ada financial freedom di situ. Mereka bebas untuk membuat keputusan terbaik bagi menggunakan harta mereka.

Adakah kita sudah mencapai financial freedom? Adakah kita sudah…

1. Tak teruja bila gaji masuk untuk shopping.
2. Tak tertunggu-tunggu gaji akan datang untuk shopping.
3. Tak perlu berhutang.
4. Membeli barang keperluan pada bila-bila masa ia diperlukan.
5. Bekerja dengan gembira dan ‘enjoy’, tidak mengejar claim, overtime dan sebagainya.
6. Mampu menghulurkan bantuan dari segi kewangan tanpa perasaan ragu-ragu.
7. Berbelanja mengikut cara sendiri dan tidak terikut-ikut dengan fesyen semasa, gadjet semasa, gaya semasa, etc.

Jika banyak jawapan YA tu maknanya kita dah mencapai financial freedom dalam state kehidupan sekarang ni 😀

Financial freedom sebenarnya nothing much to do about money/asset. Maknanya kewangan tidak menentukan atau mempengaruhi keputusan yang diambil. As I said, ada duit berjuta pun tapi kalau barang yg taknak pakai, kita tak payah beli.

Tapi financial freedom memang goes along la dengan wealth & assets. Kalau tak ada duit, memanglah tak berapa nak freedom. Mungkin boleh hidup bahagia dengan aktiviti harian, tapi dalam kes2 istimewa, misalnya tiba2 anak nak masuk universiti, kena bayar sendiri. Kalau tak ada duit, keputusan yang diambil samada bergolok gadai, berhutang, atau tak payah masuk universiti.

Ada orang punya harta berjuta-juta tapi tak ada financial freedom pun. Harta berjuta, keinginan pun besar. Nak derma pun kalau tak dapat payback dunia (payback akhirat tak nampak) susah nak buat/

Bagaimana nak capai financial freedom? Antaranya

– mempunyai pendapatan pasif
– pendapatan melebihi perbelanjaan
– pelan kewangan yang mantap untuk menghadapi saat2 kecemasan
– mantapkan keimanan, ketaqwaan, tawakal…

Kenapa iman & taqwa berada paling bawah? Kerana itulah asas dalam hidup kita. Foundation duk kat bawah, kan?

admin Avatar

9 responses to “Financial Freedom dari Kacamata Mommy Lyna”

  1. fid Avatar

    saya tak freedom dom lagik la tapi saya berbelanja ikut kemampuan saya..so kalau nak berbeli belah setakat ikut keperluan lepas la.

    tapi lepas belanja dok semak balik la berapa yg tinggal hahahaha

  2. Hanz Avatar

    agree ngan fid..

    kalu ikut senarai lyna tu, mostly yes ler except bab berhutang (car loan, kira hutang, kan?) & credit card juga…
    tang enjoy bekerja tu, used to tapi sekarang hati agak kureng sikit..skarang just nk lengkapkan brg asasi jer mcm household appliances, kira designer handbags, shoes & gadget canggih me letak tepi sebab bukan keperluan pada me…

  3. Hanz Avatar

    my komen sebelum ni hilang.why?

  4. wawa Avatar

    brilliant.

    foundation duduk kat bawah sekali. haha

  5. kinna Avatar

    saya pinjam kacamata mommy lyna, saya setuju sgt2

  6. asma Avatar
    asma

    Setuju dengan semua yg diatas..its also about how we manage our money too..Berbelanjala ikut kemampuan dan keperluan..

  7. joegrimjow Avatar

    kena jadi herbalife distributor baru dapat ni
    =)

  8. ifimpm Avatar
    ifimpm

    financial freedom nie mudah je…
    selera kita bebas …tanpa memikirkan dgn duit kita..
    pekerja am pun financial freedom kalau bebas takde hutang..selera kecik..

  9. azri deris Avatar

    ehmmm….interesting tajuk yang dikemukakan nie……pendapat saya financial freedom nie boleh di capai dgn adenya pelaburan…..dalm pengiraan
    unit amanah is take about 10~15 to be freedom kalu kena ngan caranya lerr….coz maybe that why there are long and short term investment……oklah klu senang ziarahlah saya di …..http://azrideris.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge