Bisnes dan shopping online adalah gaya hidup masakini. Orang zaman sekarang lebih senang klik-klik beli daripada belek-belek beli. Walaupun masih ramai yang tak boleh terima cara bisnes dan shopping secara online, tapi hakikatnya kebanyakan orang yang celik IT lebih senang membeli-belah secara online saja.
Oleh itu, lebih mudah untuk berniaga secara online, kerana permintaan yang sentiasa ada. Bisnes online lebih mudah dari bisnes offline, pertamanya kerana kos yang rendah. Mereka yang menjalankan bisnes secara online tak perlu sewa kedai, bayar bil selain dari bil yang biasa, dan yang penting tak perlu bayar pekerja yang ramai.
Disebabkan itu, ramai yang ingin menjadikan bisnes online sebagai sumber pendapatan sampingan. Di sini saya nak kongsi sedikit tips untuk memulakan bisnes online.
Apa Yang Perlu Ada Untuk Memulakan Bisnes Online
- Komputer yang ada internet. Bukan sendiri punya pun boleh guna di cyber cafe.. asalkan ada.
- Minat. Minat tu kena ada. Kalau tak minat, susah lah nak bina motivasi, nanti jadi rotibasi.
- Produk. Ini wajiblah kena ada. Nama pun bisnes, harus ada transaksi samada produk fizikal, digital, ataupun servis.
- Masa. Walaupun namanya ‘part-time’ atau separuh masa atau sampingan, namun harus menyediakan masa untuk menjalankan bisnes online ni. Terutama semasa awal-awal kita nak bina bisnes ni.
- Ilmu bisnes, kena cari lah. Tapi jangan tunggu “sampai complete” baru nak mula. Ilmu memang takkan complete. Sepanjang jalan kita akan jumpa ilmu2 baru.
- Jaringan atau network. Ini pun sebenarnya kita bina secara berdikit-dikit. Jadi, jangan abaikan orang2 keliling kita yang mungkin akan membantu dalam bisnes kita nanti.
- Modal, tak perlu banyak. Atau mungkin tak perlu langsung kerana pelbagai cara untuk buat bisnes online tanpa modal misalnya menjadi affiliate, dropship dan sebagainya.
Itulah antara tips-tips untuk memulakan bisnes online. Bisnes online ni perlukan komitmen dan motivasi dalaman yang tinggi. Lebih2 lagi untuk yang menjalankan dropship. Sebabnya, kita tak ada sesuatu yang membuatkan kita ‘terpaksa buat’. Misalnya, tak perlu bayar apa2 kecuali bil2 yang memang patut dibayar setiap bulan pun.
Jadi, mempunyai rakan yang boleh mendorong kita tu penting tau!
Bagi yang baru nak mulakan bisnes online, jom sertai kami di sini :
Leave a Reply