Kembara dari Rome ke Switzerland

by admin on November 14, 2012 · 7 comments

Tiga hari di kota Rome, kami terbang ke Geneva, Switzerland. Dengan Easyjet juga, dari Rome Fiumicino Airport ke Genève Aéroport. Perjalanan mengambil masa kira2 1 jam 40 minit. Kami bertolak dalam jam 8.55 malam waktu Itali dan tiba di Geneva pada jam 10.25 malam.

Dari Genève Aéroport, menaiki tren ke Central Train Station di tengah-tengah Kota Geneva. Sampai di sini kami dah penat sangat, kalau larat nak berjalan tapi terlalu letih dengan menggendong beg dan baby… Lalu kami naik tram yang lalu.

Nasib baiklah seorang aunty menegur, agaknya nampak kami kalut2 dengan map bagai, beliau bertanya kami nak ke mana… Rupa-rupanya tersilap arah. Kami segera turun… Dan guess what? Berjalan mencari arah hotel.

Rupa-rupanya Geneva kota yang sangat mesra. Di waktu tengah malam begitu beberapa keluarga masih menolak stroller di sekitar kota. Kami pun tak berasa takut, tidak seperti di Rome.

Hotel yang kami stay di Geneva memang untuk backpacker habis. Toilet pun sharing. Katil pun ala2 cukup2 untuk tidur je.


Gambar di bawah ni bilik air dalam bilik tidur tu. Muat2 sorang mandi. Terasa muda balik rasanya :D


Esoknya pagi2 kami keluar jalan2 sekitar Geneva… Yang dekat2 dengan hotel je.


Lepas tu menikmati sarapan.. Sebelum balik hotel dan sambung kembara backpacking di Switzerland.


Sempat bergambar dengan acik kaunter hotel yang peramah.


Sempat tengok air pancut tinggi.


Geneva yang damai…


Kononnya nak visit office PBB lah, tapi sebab nak berkejar ke Lausanne pula, jadi tangguhkan dulu, mungkin lain kali ;)

Di sini kami guna Swiss Pass. Kebetulan ada offer buy 1 free 1.. Memang rezekilah.

||| Email : sauberlina(@)gmail.com ||| Call/SMS : 012-2811136

~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~

insya-Allah, biidznillah

Share Button

{ 6 comments… read them below or add one }