admin Avatar

Kenapa memandu di Jordan? Well, kenapa tidak?

Jordan merupakan bumi yang menghidangkan pelbagai bentuk mukabumi yang unik dan menarik, sangat berbeza dari apa yang kita lihat di negara kita. Negara-negara Meditteranean seperti Jordan, Palestin, Cyprus dan Selatan Turki, secara amnya memiliki bentuk mukabumi yang sama – kering dan berpasir. Tapi pasirnya tak halus macam di padang pasir.

Lagipun, lebih mudah untuk memandu sendiri memandangkan… tak susah pun. Lagipun public transport di Jordan cuma ada bas (dan teksi). Lebih selesa memandu kot.

Sewa kereta sedan di Airport Queen Alia dalam JD40 sehari.

Mudah saja nak memandu di Jordan. Dari Amman ke Petra, melalui King’s Highway, singgah di Madaba, Laut Mati, Wadi Mujib, Karak Castle dan attraction lain di sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan pulang ke Amman semula, kami melalui Desert’s Highway.

Di bawah ni adalah map perjalanan kami, kecuali Aqaba, tak sempat masa nak pegi.

JORDAN MAP

Sepanjang jalan di highway tak banyak kereta… Jalan pun lurus saja. Tapi cabarannya adalah semasa melintasi kawasan pergunungan dari Petra untuk ke Desert’s Highway.

jalan jordan

Gambar di atas ni adalah antara perjalanan di kawasan pergunungan tu. Bukit pasir saja, pening kepala saya.

Pelbagai pengalaman kami lalui. Ditahan oleh 2 orang askar, tapi kami tak berhenti sebab takut… Tempat tak biasa kan… jika di Bolivia tak boleh berhenti sebarang-sebarang kalau ditahan polis di tempat yang tiada orang dan tiada sekatan jalanraya… ramai yang menyamar.

Sebaik keluar dari Petra, ada kereta lain hon dan ikut kami. Risau takut apa-apa… rupa-rupanya dia nak beritahu tayar kereta kami bocor, dia offer nak hantar bengkel tapi kami enggan, teruskan saja memandu sampai jumpa stesen pam angin (tempat pam angin dan pam minyak di sana lain-lain). Selepas isi angin, eh OK pula. Bukan bocorlah tu.

Sesat…. syukurlah merasa. GPS memang membantu. Lagipun tempatnya memang tak komplikated.

Kami juga dapat menyinggah minum teh di macam-macam tempat. Berbual dengan orang-orang di situ. Kebanyakannya tak cakap Inggeris (cakap Arab). Belasah sajalah cakap ayam itik.

Quick Tips Memandu di Jordan:

  1. Bawa permit memandu antarabangsa.
  2. Periksalah keadaan kereta dulu, pastikan aircond berfungsi. Jangan jadi macam kami… bersauna dalam kereta.
  3. Petrol ron95 kosnya dalam JD0.90. (1JD = RM4.40, lebih kurang macam Pound Sterling).
  4. Hati-hati memandu bila masuk kampung/bandar jangan laju-laju.Budak-budak suka main tepi jalan dan melintas ikut sedap dia.
  5. Elakkan memandu di waktu malam kecuali di dalam town.

 

admin Avatar

7 responses to “Tips Memandu di Jordan”

  1. ikhwan Avatar

    satu hari nanti saya akan ke jordan.

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    dulu jordn tempat belajar suami

  3. mala Avatar
    mala

    assalamualaikum puan,

    masa sewa kereta GPS di bagi sekali?

    kalau kita nak balik ke amman dari petra mmg kena ikut desert highway ke?

    1. admin Avatar
      admin

      GPS kena sewa lain. boleh amik King’s Highway, lebih scenic dari Desert Highway.

  4. A Ahmad Avatar
    A Ahmad

    berapa hari trip tu utk cover semua tempat tu.
    bermalam di amman ke atau singgah mana2 then bermalam

  5. Lokmanamirul Avatar

    Perkongsian menarik ni klu travel di jordan.

  6. A Ahmad Avatar
    A Ahmad

    Kalau cover Amman Petra Aqaba wadi rum pastu Amman semula berapa kali isi minyak tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge