admin Avatar

Di Mesir, kami cuma sempat melawat 2 kota, Kaherah (Cairo) dan Luxor. Nak lajak ke Aswan tapi disebabkan kesuntukan masa, maka terpaksalah melupakan Aswan buat masa ni. Simpan untuk masa akan datang pula. Alexandaria pula masa tu ada berita tentang pergolakan. Jadi kena kensel juga…

Nak Sampai Ke Mesir

Untuk sampai ke negara ni, tidak ada direct flight dari Malaysia. Jadi kena transit lah di mana-mana. Trip kami ni dah melalui beberapa negara sebelum itu : Sri Lanka, Qatar, Jordan dan ke Mesir. Kami menaiki pesawat Royal Jordanian dari Amman ke Cairo. Kalau dari KLIA boleh ambil Emirates, Etihad atau Qatar Airways. Dari Jordan selain naik kapal terbang, boleh juga naik bas dari Amman. 19 jam bus trip.

Visa

Masa kami ke sana, nak masuk Mesir untuk passport Malaysia cuma perlu Visa on Arrival. FOC untuk 15 hari. Mesir negara tourism jadi memang mereke memerlukan orang-orang macam kita… tapi dengar cerita sekarang dah strict nak masuk Mesir. Dah kena apply Visa. Betul ke tidak saya tak pasti, boleh hubungi kedutaan atau orang2 berkenaan untuk kepastian.

Jalan-Jalan Di Mesir

Mesir ada rangkaian keretapi dan Metro di Cairo yang OK. Tapi kalau nak naik tren jarak jauh tu, paling2 ambil lah yang second class. Cuba jangan ambil yang kurang daripada itu… kecuali kalau nak rasa adventure.

Nak pegi ke attraction di sekitar Cairo dan Luxor boleh naik teksi. Teksi diorang ni kena tawar gila-gila. Kalau tak, memang kena katoklah. Paling senang ambil tour sebab orang2 kat sini suka kacau kita, suruh beli macam2. Tak beli kena marah. Kalau ada guide tu, guide tu pandai lah nak elakkan diorang ni.

Mesti hati2 sebab banyak scam dan penipu. Kalau nak beli tiket apa2, beli di kaunter jangan beli dari mana-mana ‘ejen’.

Rusuhan

Sejak tahun 2011 kita selalu dengar berita tentang rusuhan di Mesir. Even masa kami nak ke sana pun ada rusuhan di Cairo. Sebenarnya tak ada apa yang nak dirisaukan… diorang biasanya merusuk di tempat2 tertentu je dan tak kacau tempat tourist. Tak payah dekat lah kalau ada berlaku benda2 ni. Stay safe all the time.

Duit Duit

Mesir menggunakan matawang Pound atau EGP (Egyptian Pound). Kadar tukaran semasa dalam RM1 = EGP1.89. Harga barang-barang kat sini, kalau makanan tu memang mahal. Air mineral sebotol besar tu dalam 3 Pound. Kalau nak makan kasi kenyang, di Cairo dalam 30 Pound sorang, di Luxor dalam 20 Pound sorang.

Tips

Ye, kat sini ada amalan pemberian tips. Kalau ada orang nak tolong kita angkat beg ke, tekan butang lif ke… faham2 lah ye kalau nak kena hulur barang 1 Pound. Dan… jangan ambil suka-suka ambil gambar diorang, kang diorang suruh bayar tips.

Orang Mesir

Orang Mesir ni style diorang memang kasar sikit. Tapi diorang OK. Cakap kuat-kuat macam nak bergaduh. Jangan panggil diorang ‘Arab’ ye, diorang kata diorang bukan Arab. Lagipun Mesir terletak di benua Afrika kan. Hehe. Jangan percaya sangat pada orang-orang yang kita tak kenal.  Kalau travel sorang, simpan nombor contact orang hotel, kalau apa2 contact diorang terus. Negara yang tak stabil, macam2 boleh jadi.

Waktu Terbaik

Masa terbaik nak ke Mesir adalah pada musim panas tak panas, sejuk tak sejuk, antara Februari hingga April, dan Oktober & November. Masa-masa ni langit pun biru cantik je.

Sadis sungguh saya tak ada gambar dah. Semuanya dah hilang dan sirna… Macamana pun Mesir memang best! Kita doakanlah Mesir kembali makmur dan gemilang, tourist2 datang beramai2 macam dulu. Masa saya ada kat sana, orang2 kat situ duk bagitau sejak-sejak tourist dah kurang berkunjung ke Mesir, diorang memang suffer. Pengusaha bot, tourist guide, penjual cenderamata… takde kerja.

Sekarang ni kalau lah betul perlukan Visa nak masuk Mesir, lagilah kurng orang yang nak pegi.

Semoga mereka bangkit semula!

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Tips Melancong Ke Mesir”

  1. Muhaimin Avatar

    huhu kalu ade pape update lagi untuk ke sana..rerajin la nulis lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge