Tempat Makan Best di Georgetown Penang

By | October 11, 2015

Saya jarang menulis tentang makanan dan tempat makan. Tapi kali ni saya nak tulis tentang tempat-tempat makan best di ibukota Pulau Pinang, Georgetown. Dari sarapan sampailah ke makan malam. Jom check it out!

SARAPAN:

Must-try Roti Canai Jalan Transfer. Tempatnya ni gerai tepi jalan je. Cari je dalam Waze ‘Roti Canai Jalan Transfer’ akan sampai lah ke warung roti canai ni.

Apa yang bestnya adalah kuah karinya. Seketul paha ayam tuu.

Tapi harga dia pun best jugak. Kami makan sefamili satu keping roti tampal, 3 roti kosong, 1 roti telur, dengan sepinggan kari ayam sepinggan kari daging, harganya RM22.

 MAKAN TENGAHARI:

Line Clear!

Walaupun ada di airport dan ramai yang kata overrated tapi mesti cuba Restoran Line Clear original yang terletak berhampiran Hotel Cititel Georgetown, dalam kira2 5 minit jalan kaki.

Kedai makan ni letaknya di celah2 bangunan. Hah, kat celah2 tu lah yang best.

Ada signboard kat tepi jalan tu. Jangan silap masuk restoran nasi kandar sebelah tu pulak ya.


Nasi kandar ni menepati selera saya. Kuah banyak2 pun tak muak.

MINUM PETANG:

Mesti pekena Mi Goreng Sotong, Kerang Bakar, Sotong Bakar dan of course Pasembor di Padang Kota Lama.


Sini tempat duduk banyak. Dulu meriah dengan peniaga2 yang datang ke meja kita ambil order walaupun warung mereka tu di seberang. Tapi sekarang dah kurang. Kita kena pegi order dengan dia.

Sini macam serabut sikit. Kalau nak sedikit tenang boleh cuba medan selera di Padang Brown, Jalan Dato Keramat. Ada steamboat sekali kat situ.

MAKAN MALAM:

Cuba sup-sup di Restoran Sup Hameed. Pun dekat dengan Cititel. Ia berdepan dengan Hotel Malaysia. Boleh park kereta dalam carpark sebelah hotel, betul2 berdepan Sup Hameed.


Macam2 sup ada. Dimakan bersama roti Benggali. Boleh order nasi juga. Ada juga masakan panas dan nasi kandar.


Sup dia terbaik! Macam2 jenis sup ada. Saya makan sup perut dan suami sup kambing. Amaunnya pun cukup2 buat rasa kenyang.

Haaa amacam. Dari pagi sampai ke malam semua full appointment makan-makan 🙂

Lain-lain tempat makan yang recomended:

1. Roti Canai Jalan Argyll. Yang ni dalam restoran. Dekat je dengan Line Clear tapi kena masuk Jalan Argyll belah kanan.


2. Padang Brown, Jalan Dato Keramat. Ia lebih kurang Padang Kota Lama tapi lebih tersusun dan lebih banyak menu pilihan.

 3. Nasi Kandar Beratur. Nama pun beratur, memang beratur…. Kedai ni buka waktu malam. Kalau nak kurangkan beratur, datang awal setengah jam atau dah dekat2 nak tutup.


Haaa jangan lupa pi Georgetown mesti try makan kat kedai2 ni tau. Selamat menjamu selera!

*amacam, OK ke entry ni? Boleh jadi foodblogger tak?

– Posted using BlogPress from my iPhone

Category: Tips Travelling Travel with Super Kids Tags:

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

9 thoughts on “Tempat Makan Best di Georgetown Penang

  1. Mummy Dina

    Kalau gi penangg tempat wajib kitorg memang Nasi Kanda Line Clear..terbaek!!!

    Boleh jadi food blogger ni..i follow 😉

    Reply
  2. Iswan

    Medan selera padang kota Kandang Sembelih Pelancong .. Sama juga di persiaran gunery .. Klu x pcaya pi makan di sana .. lps tu jng merungut ya ..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge