Sekarang ni dah ramai yang buat bisnes online, macam2 bisnes boleh kita buat secara online ni. Samada menjual barang, atau menjual benda yang bukan ‘barang’, barang fizikal barang digital semua boleh. Macam2 jenis blogshop boleh kita jumpa, ada yang mudah, ada yang sukar, macam2 jenis lah.
Nak tahu tips bisnes online gaya Mommy Lyna? 🙂
Bisnes online sepatutnya mudah, pertamanya kerana kita tak perlukan tempat untuk menjalankan bisnes, cukup sekadar tempat yang kita dah ada – rumah sendiri. Malah bilik sendiri. Yang kedua, bila tempat fleksibel, masa pun fleksibel. Tak perlu buka jam 10 pagi tutup jam 10 malam. Boleh buka 24 jam, bila-bila masa sahaja. Yang ketiga, pasaran tak terhad. Selagi tempat itu ada talian internet, kita boleh pasarkan bisnes kita ke mana saja.
Namun begitu, bisnes online ni tak semudah buat blog, ataupun buka akaun FaceBook dan Twitter.
Bisnes online, sama seperti bisnes konvensional yang biasa, ia tetap tak semudah ‘asal buka kedai’ atau ‘asal buka blogshop’.
Malah, produk yang dijual, bukan boleh ‘asal ada’ atau ‘asal laku’.
Kebanyakan pengusaha bisnes online terpengaruh dengan ‘hype‘. Sistem hype, produk hype,.. segala yang hype. Bila terpengaruh dengan benda hype ni biasanya membuat kita jadi hyper, lantas melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Orang buat A, kita pun nak buat A, orang buat B, kita pun nak buat B.
Jadi, secara ringkasnya, untuk memulakan bisnes online yang lestari:-
- Buat kajian produk. Bukan sekadar produk yang best tapi ketahui margin keuntungan, mass product atau jual satu dah boleh cover kos 5 barang… dan sebagainya
- Pilih medium pemasaran yang tepat.
- Sanggup untuk belajar – learn, unlearn & relearn. Dan sanggup expect bahawa no-free-lunch.
- Dapatkan mentor bisnes yang sudah berjaya dalam bisnesnya.
- Mempunyai perancangan jangka panjang.
Itulah antara tips bisnes online gaya Mommy Lyna.
Namun begitu, usah terlalu takut nak mencuba atau nak tunggu semua sempurna baru nak mula. Dalam bisnes biasanya kita belajar dari pengalaman (kebanyakannya kesilapan). Jadi, perlu bersedia untuk membuat kesilapan dan mengambil iktibar darinya.
Selamat memulakan bisnes online!
Leave a Reply