Tiada Tajuk

admin Avatar

Dulu Abiy pernah menceritakan satu kisah dari sebuah buku yang dibacanya dalam masa 5 minit di MPH. Speed reading? Hahaha. Yang bestnya bila Abiy memberi ulasan tentang sesuatu buku, beliau akan memberikan kesimpulan yang out-of-the-box. Dan bila dia meminta pandangan tentang sesuatu, dia juga meminta sesuatu yang out-of-the-box.

Buku yang dah lupa apa tajuknya itu adalah sebuah buku cerita Inggeris, yang menceritakan kisah 2 sahabat. Jenab (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang ala-ala tomboy, aktif, outspoken,dsb. Manakala seorang lagi, Senah (bukan nama sebenar) ialah seorang yang introvert, diam, selalu kena buli, etc.

Selama-lama ini Jenablah yang menjadi hero dalam hidup Senah. Apabila dibuli atau dikenakan apa-apa, Jenablah yang membelanya. Senah boleh dikatakan hidup sekadar bernyawa sajalah. Kalau Jenab tak ada boleh mati kutu dibuatnya.

Satu hari Jenab telah tercouple dengan Izlan Yusuf (bukan nama sebenar). Bermula dari situ hubungan Jenab-Senah agak renggang sebab Jenab sibuk berdating dengan Izlan Yusuf. Tapi malang tak berbau, satu hari Jenab telah diperkosa oleh Izlan Yusuf. Walaupun Jenab seorang putih, tapi beliau juga tahu menjaga kehormatan. Sejak kejadian itu Jenab menjadi seorang pendiam, trauma, stress dan sebagainya.

Dari hari itu, Senah yang selama ini menjadi orang yang dilindungi oleh Jenab, akhirnya menjadi pelindung kepada Jenab.

Abiy bertanya “Apa pengajaran dari kisah ini?”
Mommy menjawab “Persahabatan, nilai diri, maruah perempuan..bla bla bla..”
Abiy berkata “Nak satu ayat je”
Hehehe. Membuat rumusan adalah sesuatu yang paling out-of-my-box.
Lalu kata Abiy “Kita mampu buat semua benda, jadi apa saja… tapi hanya bila kita terpaksa melakukannya”

Betul kan? Seperti Senah, kalau bukan sebab Jenab diperkosa dan jadi macam tu, sampai bila-bila pun agaknya dia terus jadi seorang yang lemah macam tu.

Sebelum Fahry lahir, Mommy selalu terfikirkan tentang ibu-ibu yang mempunyai anak yang cacat, yang sakit, dan sebagainya. Mommy selalu terfikir ‘bagaimana ya mereka menghadapinya?’. Mommy selalu rasakan yang Mommy tak sanggup (sebelum Fahry lahir ya).

Semasa mengandungkan Hafiy, setiap kali check-up, Mommy akan tatap skrin yang menunjukkan imej Hafiy dalam 3D/4D tu. Matanya ada, hidung ada, mulut ada, tangan ada.. etc. Dan tatap berkali-kali ‘gambar’ yang diprint oleh Doktor Aida. Bila Hafiy lahir, sekilas tu Mommy tengok, semuanya sempurna.

Dan semasa mengandungkan Fahry, tak ada apa-apa yang lain, kecuali Fahry kurang bergerak. Semasa scan pun Fahry tak bergerak macam Hafiy. Mungkin Allah sengaja menyorokkan perkhabaran itu sebelum Fahry sendiri menunjukkan diri, supaya kami tidak resah. Tambahan pula masa tu Mommy di KL dan Abiy di Miri.

Semasa Fahry lahir, sebaik saja Fahry keluar, bila nurse memberitahu anak Mommy abnormal, Mommy memang dah terfikir yang bukan-bukan. Apa yang abnormal? Kepala dua? Tangan lapan? Kaki sebelas? Ke berbentuk 4 segi atau bentuk bintang? Dalam masa 2 minit tu sempat lagi pikir “Cemana nak pegang dia nanti?” Kahkahkah.

Bila nurse tunjukkan Fahry untuk Mommy cium sebelum dibawak ke SCN, Mommy tengok Fahry comel je. Cuma ada seketul daging mati yang terjuntai di kaki kanan.

Sebenarnya masa tu pun Mommy takut, sebab Abiy belum sampai. Mommy takut Abiy tak boleh terima. Tapi, masya-Allah, Abiy sesungguhnya seorang suami yang hebat. Abiy yang tenangkan Mommy dan Abiy tak suka Mommy sebut-sebut tentang keadaan Fahry. Kata Abiy, Fahry tak cacat, Fahry cuma mengalami Amniotic Band Syndrome.

Mommy tak sangka  Mommy boleh melauinya. Bila Fahry balik rumah, mandikan Fahry, susukan Fahry, jaga Fahry tanpa melihat sebarang kekurangan pada fizikalnya. Walau bagaimanapun, Mommy rasa paling ciput je dalam kalangan ibu-ibu yang ada anak ‘istimewa’ dan tak berhak untuk berasa ‘special’.

Adakah Mommy yang over bila bercerita tentang Fahry? Tidak dinafikan, memang diselitkan dengan unsur-unsur takbur dan sedikit bangga diri tak tentu hala. Hahahaha. Semoga Allah mengampunkan dosa2kuh

Conclusion, semua orang pun boleh menghadapi apa saja, bila dah terpaksa melakukannya.

“Tidaklah Allah memberatkan seseorang itu melainkan apa yang disanggupinya”

— Fahry ada ramai ‘supporter’, Mommy dah takleh buli Fahry lagi 😛

admin Avatar

24 responses to “Tiada Tajuk”

  1. Salwa Avatar

    “la yukallifullahu nafsan illa wus’aha
    laha ma kasabat wa ‘alaiha maktasabat”

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sodaqallahul ‘azim 🙂

  2. zuhaini Avatar

    alhamdulillah.. betul juga kata abiy tu.

    kadang2 ada ketika “terpaksa”, then baru kita akan bertindak sewajarnya..

    alhamdulillah.. 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      betul sangat lah tu kan.
      kalo tak kena sendiri, tak rasa & tak tahu hehe.

  3. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    mommy kan strong, sbb tu fahry sayang mommy sangat2 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      semua mommy adalah strong2. dop gitu yatie? 😀

  4. As Avatar
    As

    salam singgah…kagum baca N3 ni..menginsafkan.. klau selama rasa diri ku byk kekurangan, selalu tanya kenapa anak aku tak mcm ni tak mcm tu…tp lupa bersyukur yg dia lahir agak sempurna.. thanks utk N3 ni..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam As,

      biasalah kita manusia kan.. kalau tak diingatkan, memang tak ingat2 ye tak?

      al-Asr 1-4

  5. fid Avatar

    mommy mmg over!kahkahkah

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ketua kelab penyokong Fahry dah bersuara! LARIIII!!!!

  6. kak N Avatar

    Semoga Afiy & Fahry menjadi anak2 yang soleh!

  7. Jiey^Mien Avatar

    Setuju MommyLyna.. Dulu, one of the reason takut nk ada baby, sbb takut something wrong with the pregnancy. Pahtu dok pikir, kalau Allah SWT bagi special baby, macam mana nk jaga? Cukup ke duit nk go thru all this? Tak sanggupnya nak go thru everything.. Tapi bila dah berada dalam keadaan yang Allah tentukan ni, apa sahajalah.. Pejam mata jalan terus.. Kalo jatuh, sapu la luka tu.. Pastu bangun balik.. Jalan lagih.. Jatuh lagi.. Bangun lagi.. Sampai la ‘cukup duit’ nak beli kereta nanti.. Hoh gilo ngaruk doh.. 😛

    P/s – ambo isi doh borang OKU.. Oh anakku Rayyan si kurang upaya – Pinjey ayat mommylyna deh.. Hehhehe..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tu lah. dam terjadi tu benarnyo, takdopla susoh belas mano kam. sero suko ado la. hehehe. bulih raso huk ore laim xraso huhu.

      p/s: nati nok isi retek ni. tunggu surat paed.

  8. anasfadilah Avatar
    anasfadilah

    hi fahry and abg hafiy

    yang benar
    ZIyyad

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ke hadapan Ziyyad.

      HI!

      yang benar
      Fahry & Bang Hafiy.

  9. iv Avatar

    betul rumusan tu.. Kita selalu under estimate keupayaan diri sendir.Itu jugak antara hikmah allah bagi ujian

    tq mommy for the entry

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      orang kata, kita tak tahu erti sabar hingga diberi benda yg menguji kesabaran. ye tak?

  10. salzahari Avatar
    salzahari

    ye Lyna..kdg2 i rasa Allah dah tahu I boleh terima dugaan spt kematian sbb tu ditimpanya i kematian berturut2. tp sbg insan yg kerdil lg lemah ini, sbrnya dlm masa tu mungkin nmpk boleh terima tp lama2 ada gak kesunyian dan kerinduan pd yg dah pergi tu!

    Allah Maha Mengetahui, Dia tak uji makhluknya jika tidak diiringi dgn kekuatan…mcm ada org takut nak ada anak sbb itu ini tak cukup tp sbnrnya bila kita dah tempuh, insyallah akan cukup semuanya nanti!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      perasaan rindu pun anugrah dari-Nya kan. rindu dan syg dah fitrah manusia, sedangkan Nabi menitiskan airmata atas kematian insan2 tersayang…

      tp apepun semua tanda kasih sayang Allah kn 🙂

  11. Hanz Avatar

    Setiap sesuatu yg terjadi ada hikmahnya..there will be something GREATER for you for enduring this journey. Hang on tough! I’ll salute you!

  12. nani Avatar

    Salam Mommy Fahry n Hafiy..

    Thanx for sharing all those feeling..sharing is caring=)
    Semoga all mommies diberi kekuatan dan semangat dalam memberikan yang terbaik kepada our kids..sentiasa bersemangat!
    Moga Allah permudahkan niat dan urusan kita insyaAllah.

    Take care n have a good day dear!

  13. KNV Avatar
    KNV

    betul betul betul.

    semuanya pun adalah ‘act of survival’

    kalau dalaman kita kuat, campak pegi mana pun akan jadi pulau, berlian, emas, dan sewaktu dengannya.

  14. ummisalsabila Avatar

    btul mommy.bersyukur jua dgn apa yg Allah berikan..sy rs terharu & kagum dgn blogger mommies yg strong menghdapi pelbgai dugaan hdup..May Allah grant muslim mothers Jannah..(ameen..)

  15. ika Avatar

    salam, hai saya tersentuh ht bc n3 ni….smoga hafiy n fahry jd ank yg baik dan beriman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge