London adalah sebuah bandar yang menarik. Bangunan2 lama masih dipelihara. Ya, itulah yang menjadikan negara2 yang dah lama wujud ni unik kerana senibina lampau masih dapat dilihat hingga kini. Berbeza dengan negara-negara pendatang seperti Australia, dan negara kita sendiri, tidak banyak tinggalan sejarah asal yang boleh dilihat. Contohnya, kita ada banyak bangunan yang sofistikated tetapi bangunan-bangunan lama mungkin ada di beberapa tempat tertentu sahaja. (Itupun buah tangan penjajah :D).
Kalau dikira tempat menarik di London, memang banyak. Akan tetapi memandangkan masa yang mencemburui (ewah!), tidak semua tempat sempat kami lawati. Namun ia masih berbaloi sekiranya kita dapat pergi ke tempat-tempat yang ‘must see’ di London.
Antara tempat-tempat must-see (by us) di London:-
- London Tower Bridge, London Bridges & Millenium Bridges
- London Eyes
- Big Ben & The Parliament
- National Gallery & Trafalgar Square
- Royal Albert Hall
- Madame Tussauds
- LSE (London School of Economics)
- Imperial College
- Horse Guard Parade
- Buckingham Palace
- Oxford Street
- Edgware Road
- St. Paul Cathedral
- many many more!
Untuk kali ni kita ke Trafalgar Square dahulu, yang mana terdapat dalam peta perjalanan The Big Bus. Letaknya bersebelahan dengan National Gallery. Sewaktu kami ke sana, cuaca agak panas. Berpeluh-peluh juga saya dalam jaket pinjam. Tempat yang terkenal dengan burung merpati itu ketiadaan merpati, kerana panas mungkin. Biasanya merpati akan muncul tatkala petang menjelma.
Di pintu masuk National Gallery
National Gallery dari perspektif Trafalgar Square
Air pancut Trafalgar
Trafalgar Square asalnya ialah laman di Raja, sebelum dipindahkan ke Buckingham, wujud hampir 200 tahun nan silam. Sejak dibuka kepada awam, ia menjadi tempat demonstrasi, perhimpunan dan sebagainya. Kini menjadi daya tarikan yang terulung di Kota London, dan pastinya tempat si burung merpati. Walau bagaimana pun, sejak larangan memberi makanan kepada burung merpati di sini, menyebabkan burung merpati yang singgah semakin berkurangan.
Nelson’s Column, sempena Lord Nelson, laksamana yang mengetuai pasukan British di Trafalgar.
Budak ini kerjanya berlari-lari sahaja
Singa tembaga yang dikatakan dibuat dari serpihan meriam.
Menunggu bas.
Selain bas, untuk ke Trafalgar Square, bisa saja menggunakan tube. Antara perhentian tube yang berdekatan dengan Trafalgar Square ialah Embankment, Leicester Square, Piccadilly Circus, dan Chasing Cross.
Jika rajin berjalan, boleh melintasi jalan untuk ke White Hall dan sekitarnya.
Anak ceria, ibu gembira.
Nantikan entry selanjutnya untuk pengalaman melawat tempat menarik di London yang lebih menyeronokkan!
Leave a Reply