Yang Haram Itu Arak Atau Alkohol?

by admin on May 31, 2010 · 40 comments

“Ish, tak boleh makan lah kicap ni, ada 0.01% alkohol”

“Perfume ni ada alkohol, tak boleh bawa solat”

“Beer halal tanpa alkohol untuk Muslim”

Hari ni benda ni memang dah jadi kekeliruan yang sangat besar. Arak yang haram, atau alkohol yang haram?

Apakah arak? Definisi arak ialah, minuman yang memabukkan.

Apakah pula alkohol? Definisi alkohol dari segi kimia ialah, sebatian dalam kumpulam hidrokarbon yang mengandungi elemen OH (1 atom oksigen + 1 atom hidrogen -hidroksida).

Apa pula kaitan arak dengan alkohol?

Secara umumnya, arak dihasilkan dengan cara penapaian bahan2 yang digunakan untuk menbuat arak seperti anggur, tapai, kurma, dan sebagainya, hingga menghasilkan sebatian etanol (sejenis alkohol) yang boleh memabukkan.

Sebaliknya, alkohol juga boleh dihasilkan dari proses sintesis petroleum.

Alkohol secara umumnya boleh dikenali dari namanya yang mempunyai hujung –ol seperti etanol, butanol, metanol, sorbitol, propanol dan sebagainya.

Alkohol adalah bahan yang mempunyai banyak kegunaan, contohnya dalam industri kecantikan digunakan dalam minyak wangi, barangan kosmetik; dalam industri makanan sebagai pelarut, pewarna, pemanis, etc; dan macam2 lagi.

Alkohol yang diguanakan dalam bahan2 yang tersebut di atas (selain arak) sudah pasti2 dihasilkan secara sintetik yakni dari sumber petroleum. Dan alkohol di dalam arak sudah pasti2 dihasilkan dari hasil penapaian bahan2 pembuat arak dengan yis yang menjadikan ia minuman yang memabukkan.

To make it simpler, saya cuba buat rajah seperti di bawah:-

Anggur + yis —- (proses penapaian) —-> arak beralkohol yang memabukkan

Hidrokarbon (petroleum ) —- (proses sintesis) —-> alkohol yang digunakan dalam industri

Sama kah alkohol dalam kedua2 proses di atas? Jawapannya TIDAK.

Yang diharamkan oleh Islam ialah ARAK (dan sebarang bahan yang memabukkan), bukan alkohol. Namun memang benar, alkohol (etanol) yang terdapat didalam arak itu memberi kesan mabuk kepada peminumnya. Akan tetapi, yang disebut dalam al-Quran dan al-Hadis ialah KHAMAR, yang bila kita terjemahkan ialahARAK, bukan alkohol, meskipun dalam Bahasa Inggeris ia disebut sebagai alcoholic drink.

Yang diharamkan itu ialah bila kita minum dan kita mabuk. Alkohol dalam minyak wangi kita minumkah? Kita mabukkah? So what’s wrong with minyak wangi beralkohol? Pernahkan ada orang minum minyak wangi sebab nak mabuk2?

Menurut jumhur ulamak, yang najis itu adalah arak, makan alkohol (etanol) yang terkandung dalam arak itu adalah najis juga. Yang utama di situ ialah arak, bukan alkoholnya. Jadi, logik ke kalau kita de-alcoholic atau non-alcoholic arak tu lalu menjadikan ia halal? Ianya tak ubah macam menyembelih babi lalu menjadikannya sebagai BABI HALAL.

Sebagai Muslim zaman moden, kita banyak terkeliru dengan fakta2 dalam agama sendiri. Wujudnya pendapat2 bukan2 dari pemikiran yang ikut logik akal. Islam yang diturunkan sebagai ad-deen (cara hidup/lifestyle) sekarang ni cuma digunakan dalam upacara2 agama semata2. Buktinya hanya segelintir saja di kalangan kita yang benar2 mengaplikasi cara hidup Islam dalam kehidupan. Belajar dan mengingati fakta serta amali Islam masa periksa kat sekolah :D

Kadang2 bila bercakap tentang cara hidup ISlam ni boleh jadi bahan lawak sesetengah orang. “Tak payah naik kereta, naiklah unta”. Islam adalah agama yang waqieah (up to date) dan ia tidaklah begitu kuno sekali. Zaman dulu memangla tak bole nak buat apa, teknologi belum sampai. Kalau ambil tamadun mana2 pun di awal kebangkitan takdenya terus ada kilang2 sebelum revolusi industri. Bukan susah pun hidup cara Islam, cuma ikut apa al-Quran dan Sunnah dah gariskan. Setel.

Masalahnya sebab kita baca Quran time2 tertentu je dan tak baca terjemahan/belajar tafsir. Sunnah pun tahu 2-3 kerat, antaranya sunnah bernikah dan poligami (ini memang takde siapa tak tahu kot, LOL).

Kita ni jadi mangsa peniaga je tahu.

Arak tetap arak (khamar) dan haram tu tetap haram, walaupun diambil dalam kuantiti sedikit.

Kalau nak sangat beer halal, pegi je A&W, order Root Beer.

root beer

Saya ada soalan untuk anda. Alkohol (arak) yang dibuat dari proses penapaian ragi yang bertindak pada unsur karbohidrat pada buah anggur misalnya, adalah haram. Namun, ragi ini juga digunakan untuk menapai pulut dan ubi kayu menjadi tapai pulut dan tapai ubi. Adakah anda pasti tapai pulut dah tapai ubi itu halal? Tindakbalasnya sama, dan mestilah hasilnya pun sama. Anda boleh GOOGLE untuk mendapatkan jawapannya.

Rumit kan permasalahan macam ni? :) Saya bukan nak mengelirukan sebaliknya cuba membuka minda kita.

Share Button

{ 40 comments… read them below or add one }