,

Tanggungjawab Suami Buat Kerja Rumah?

admin Avatar

Saya tertarik dengan entry Kak Yong tentang Masih mencari cinta .. perlu mendalami ilmu Munakahat. Izinkan saya copy status Facebook di blog Kak Yong.

kerja rumah

Perkara ni dah lama jadi perdebatan dan perbincangan, sama ada di kalangan ustaz2 dan juga orang awam macam kita. Malah Pakcik saya yang rajin itu pun pernah bagitau tentang perkara ni. Ye pakcik saya memang rajin, dia buat kerja rumah. Dia ajar saya masak juge 😛

Saya berbincang dengan Abiy tentang perkara yang berkaitan dengan suami isteri. Kata Abiy, zaman sekarang semua orang dah outspoken dan semua orang akan cari benda yang boleh menangkan dia. Kebetulan masa tu dalam radio disiarkan keluhan seorang isteri yang kata dia menyesal sebab masa berkahwin dulu (sekarang bercerai) suaminya kongkong dan tak bagi balik rumah parents.

Kata Abiy, bukankan kewajipan isteri untuk patuh pada suami, sekalipun tak dibenarkan balik ke rumah ibu bapanya? Satu kisah tentang seorang ayah yang masuk syurga kerana anak perempuannya tak balik ziarah kematiannya akibat tak mendapat keizinan suami. Masuk syurga kerana didikan terhadap anaknya itu menjadikan anaknya sebegitu taat pada suami walaupun ayah sendiri meninggal dunia, dia tetap tak balik kampung kerana tiada izin suami. Kita? Ade nak buat macam tu? Kalau tak kena sumpah seranah dengan orang kampung pun sendiri mesti sumpah seranah laki tak kasi balik rumah mak bapak sendiri.

Dulu bila ada orang beritahu saya tentang ini, saya terkenang kisah Fatimah al-Zahra yang kematu tangan dan sakit badannya akibat buat kerja rumah. Beliau berjumpa Rasulullah dan meminta pembantu, sebaliknya Rasulullah mengajarkan kalimah Subhanallah, Walhamdulillah, Allahuakbar. Tidak pula menyuruh Saidina Ali yang membuat.

Bila isteri bekerja, ye memang sama2 penat. Tapi saya rasa keinginan sendiri untuk memasak (walaupun kalau Abiy kata “OK malam ni kita makan luar” adalah satu offer yg sangat menarik!), kemas rumah, sediakan pakaian Abiy dan anak2, lipat baju dan sebagainya. Saya tak kisah kalau Abiy nak tolong, tolonglah.. Abiy pernah beberapa kali offer nak ambil pembantu rumah, tapi saya kata tak perlu. Kenapa? Sebab saya masih larat buat semua.

Saya tak rasa Abiy adalah suami yang tak menjalankan tanggungjawab ikut hukum agama (just sebab tak buat kerja rumah?) kerana tak ada satu nas yang jelas tentangnya. Apa yang saya tahu (dari sumber Berita Harian bile entah) fatwa tentang kerja rumah bukan tanggungjawab isteri dikuarkan oleh Mufti Johor pada tahun 80-an dulu. Tapi menurut beberapa komentar, dia tak menyebut scara jelas kerja siapa, cuma bukan tanggungjawab isteri, kerana tanggungjawab isteri adalah hanya melayan kehendak suami dan tak keluar rumah tanpa izinnya. (Saya tak tahu isinya yang asal sebab saya tak baca :D) Ada beberapa pendapat kata tanggungjawab suami untuk mencarikan pembantu untuk isteri.

Daripada beberapa komentar di forum2 dan web2 kemusykilan agama yang membincangkan perkara ni, dalam buku fatwa tu cuma dinyatakan TIDAK WAJIB bagi isteri untuk buat kerja rumah, masak, kemas segala tapi TIDAK pula diwajibkan benda2 tu ke atas suami. Tidak dinyatakan secara jelas kepada siapa benda2 tu dipertanggungjawabkan.

Kalau dari segi bahasa, wajib maknanya jatuh. Dari segi istilah maknanya adalah perkara2 yang diperintahkan oleh syarak untuk dilaksanankan… compulsory, kena jugak buat kalau tak buat berdosa.

Jadi kalau kita cuba dalami maksudnya tu, dinyatakan kerja2 rumah tu TAK WAJIB ke atas isteri, maknanya TAK BERDOSA kalau tak buat, dan boleh di-outsource kepada orang lain i.e. suami atau orang gaji. Tapi perkara2 wajib seperti melayan kehendak suami dan tak boleh keluar rumah tanpa izin suami, adalah BERDOSA kalau dilanggar. Tak bole outsource OK!

Jadi tak adalah masalah siapa yang kena buat kerja rumah. Kalau dah sama2 kerja di luar, sama2 lah bahagi2 buat kerja. Ada yang memang isteri buat semua, kalau rasa tak larat, bincanglah dengan suami. Ada suami yang bertindak membantu isteri dan ada juga yang “Takpe kalau penat tak payah buat, Abang tak kisah rumah bersepah” 😀

Jadi tak payahlah brgaduh2 ini kerja sapa itu kerja siapa. Syukurlah Allah tak syariatkan yang isteri WAJIB buat kerja rumah semua tu, kang habisla semua isteri jatuh pengsan.

Kadang2 istilah2 agama ni dah bercampur2 dengan istilah yang kita pakai harian. Contohnya istilah wajib, kita selalu cakap “Kau WAJIB datang tau!”, dan wajib dalam ayat tu tak sama dengan wajib “Kita WAJIB solat 5 kali sehari”. Perkataan2 lain pun macam ‘bohong sunat’ dan sebagainya tu pun.. tak adanya boleh pahala sunat kalau kita bohong sunat.

Berikut adalah antara tanggungjawab suami yang digariskan oleh Imam Ghazali:

1. Mengadakan walimah

Walimah atau kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum, agar tak timbul fitnah.

Rasulullah memerintahkan agar dibuat kenduri perkahwinan walaupun dengan seekor kambing.

Tapi sekarang ni ramai yang kahwin secara rahsia-rahsia. Tahu2 kena tangkap khalwat, tapi ada sijil nikah. Tahu2 dah ada anak tapi entah bila nikah takde orang pun tahu.

Whatever.

2. Berakhlak baik dengan isteri

Walaupun isteri tu wajib dengar cakap suami tapi bukan makna suami boleh buat sesuka hatinya. Rasulullah memerintahkan agar isteri ni digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat isterinya. Kalau ada apa tak kena, tegur dengan lembut, bincang sama2.. jangan aibkan isteri, etc.

3. Meraikan isteri

Suami tunjukkan rasa gembira bila bersama isterinya. Join aktiviti bersama isteri, layan isteri baik2. Tak payah nak bagi emas seketul, cukupla dengan kata2 yang baik, perbuatan yang baik, etc. Kalau dapat bunga pun dah OK dah 😀

4. Cemburu, tapi jangan cemburu buta

Cemburu adalah sifat yang dikehendaki dalam perhubungan, dan salah satu ciri2 pasangan yang baik adalah berperasaan cemburu. Tapi.. cemburu biarlah bertempat. Jangan sampai terlalu cemburu hingga menimbulkan prasangka. Isteri pasang badan sikit kata nak mengorat lelaki lain.

Sifat cemburu seorang suami hendaklah ditunjukkan dengan menjaga dan melindungi isterinya, memerintahkan isterinya berpakaian elok2 dan menutup aurat, melarang isteri ke tempat2 maksiat, etc.

5. Sederhana dalam memberi nafkah

Maksudnya tak terlalu kedekut dan tak terlalu boros. Berpada-padalah. Tak salah belikan pakaian cantik bila isteri minta, tapi biarlah mengikut lunas2 syarak dan janganlah membazir. Beli mahal2 tapi pakai 10 minit je, pastu simpan. Hehe. Kalau bagi saya takpe juga 😀

6. Memberi pendidikan sempurna kepada isteri

Tak payah buat homeschool kat isteri, atau buka kelas memasak. Dengan menyediakan prasarana agar isteri boleh belajar macam2 pengetahuan, contohnya menghantar isteri ke kelas2 ke.. galakkan isteri join aktiviti itu ini ke.. atau sekadar dengan perbualan berbentuk nasihat. Suami adalah orang yang bertanggungjawab untuk melindungi familinya dari bencana dunia dan api neraka!

7. Menggauli isteri dengan sebaik2 adab

Menggauli di sini maksudnya hubungan suami isteri lah. Adab2 dalam berhubungan seperti doa2 dan sebagainya… jangan terus sooooot je. Begitu juga dengan adab ketika mencapai klimaks, kepuasan isteri harus diambil kira, bukan asal suami setel tinggal isteri terkapai2.

Frekuensi hubungan juga harus dijaga, sebagaimana saranan Rasulullah, selang 4 hari sekali adalah yang paling sederhana. Hehehe. Boleh buat jadual nih kan 😀

8. Tidak membuka rahsia suami-isteri

Rasulullah bersabda “Bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipeliharadan juga melibatkan soal maruah.”

Rahsia dan keaiban isteri adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya. Kalau dia jugak yang sebarkan kepada orang, hmm… memang tak tau malu kan?

9. Setia

Yeah.. semua pasangan perlukan kesetiaan. Terutama hari ni bila semua dah kerja di luar, bercampur lelaki perempuan.

Saya rasa kita tak payah nak korek2 benda yang tak jelas. Ikut aje apa yang Rasulullah SAW dan para sahabat amalkan. Buat kerja rumah, tak payah tunggu turun wahyu baru kita nak buat, rumah kita, sama2 saja. Suami ke isteri ke, biarlah gembira buat kerja. Sebagaimana Fatimah r.a. yang berzikir sambil2 sapu sampah, bukannya sumpah seranah apsal laaa laki aku tak tolong buat kerja rumah!

🙂

admin Avatar

40 responses to “Tanggungjawab Suami Buat Kerja Rumah?”

  1. Hanz Avatar

    Oh Lyna yang me kenal, memang sangat rajin! :>

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha

      adakah ini perli??? huhuhuhu

      1. Hanz Avatar

        orang puji dier takmo terima sudahlah…

        nak merajuk jauh2…
        .-= Hanz´s last blog ..The EcoKids Books are fantastic! =-.

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          alamak! janganlah merajuk

          meh sini meh

          ada cekelat ni meh meh 😀

  2. zaila / Mari Kelih Store Avatar

    macam aku yang bekerja ni, naseb baiklah husband aku jenis tak kisah rumah bersepah ke, tak nak masak sebab penat ke tapi jangan terus tidur tanpa dia di sisi, nanti mahu ada orang yang merajuk panjang nanti so sebagai isteri memang aku setuju buat kerja rumah bukanlah WAJIB tapi menjaga hati & perasaan suami kita WAJIB ambil tahu, janganlah bila suami mengajak berasmara kita katakan penat & bagi bermacam-macam alasan..kalau macam ni boleh mengundang bahaya kepada rumahtangga..hehehehe
    .-= zaila / Mari Kelih Store´s last blog ..Perlu Tak Buat Kawalan Serangga?? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sebab tu la agaknya tak diwajibkan isteri buat kerja2 rumah ni. nt malam2 dah tak bertenaga lagi hehehe.

      er.. tak wajib bukan xpayah buat ya. tp tak berdosa kalu xbuat. tp kalu lawan suruhan laki tu aku xjamin hehehe (kecuali kalo laki suruh but dosa)

  3. LeeN Avatar

    malam td br leen baca entry kakyong tu.. menarik gak tp malam td da ngntuk gile nk letak komen kat blog kakyong.. mumule nk komen mmg da teringat cerita pasal fatimah yg dtg jumpa Rasulullah s.a.w tu.. tgk2 alom da bagi dulu. btul tu, sebenarnya tak jelas atas siapa diwajibkan buat kerja rumah ni. ke atas isteri tak dickp wajib, suami pun tak. so kena sama2. bukan harap isteri je cater semua benda untuk di assume isteri solehah or mithali.. kan. kita manusia biasa. bila penat pastu tak dpt penghargaan, manusia mana lah yg tak terasa..

    tp rasanya, mengikut apa yg pernah leen baca dulu.. yg kerja rumah kita boleh outsource tu (maid dsbg), dikatakan suami kena sediakan maid kalau sebelum kahwin (masa dibawah jagaan ibubapa) si isteri itu mmg ada org gaji kat rumah dia, tp leen tak sure lah ada dalil atau hadis yg sahih untuk ini. so kita tak boleh main terima bulat-bulat je la kan. leen pun tak sure, so pendapat ini takleh diterima pakai. mungkin, pendapat itu utk menjaga keharmonian rumahtangga pasangan yg menikahi perempuan itu tkot sbb manela tawu dia mmg tak reti buat apa2 langsung dari kecik ye dok? tp sume mende kita bole belajar provide suami kenalah bg moral support, jgn dok oyat itu takleh ini takleh.. dop gituw?
    .-= LeeN´s last blog ..bayi tersedak, sesuatu yang menakutkan setelah melihatnya sendiri =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      orang kata nak ikut cara org Arab. tak semua cara Arab tu betul… mana yg kita amalkan ni tak bercanggah dengan syarak, buat lah.

  4. lydzar Avatar

    my hasben jenis yg ni kot 😛

    Ada suami yang bertindak membantu isteri dan ada juga yang “Takpe kalau penat tak payah buat, Abang tak kisah rumah bersepah” 😀
    .-= lydzar´s last blog ..Jom Heboh.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha

      janji bahagia noks

  5. Along Avatar

    Along hal keje outsource ke maid. Dan maid tu pun Along yang bayar. Ada my frens yang question, kenapa x soh hubby bayar? Pada Along, takpela…ni ikhlas, my contribution to the family. Memang everything to do with maid and children’s education, semua along bayar. Hubby banyaaaakkkk benda lain yang dibayar…bil2, hutang kete, hutang rumah, groceries, maintanance kete, etc. Rasanya kalau kita x berkira, ok je…ye la, dah janji sehidup semati kan…hehehehe
    .-= Along´s last blog ..Daria and Her Shoes =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kesepakatan gitew kan along? suami isteri bincang sama2 saja. masa nak kahwin dulu ada ikut semua garis panduan, insya-Allah berkekalan mengikut kehendak-Nya.

  6. sitisifir10 Avatar

    Dulu pernah la ada bekas pakwe (mcm la pernah bercinta) ai kata kalau kitorang kawin, dia nk buat semua..ai jadik permaisuri aje.. tak kose ah aku sedangkan kita tau rumah tangga ni perlu mengamalkan prinsip Wonderpet (kerjasama). Kalau sorang buat, lama2 makan dalam…

    *tak terpesona dengan janji manis – baik laki aku skang -tak berjanji jadi tak sakit hati kan?? kan??
    .-= sitisifir10´s last blog ..Pakej CD Harga Murah =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      geng Labu Labikah pakwe mu itu?

  7. CY4.0 Avatar

    we always have choices kan.. kalau larat, buat.. tak larat, biarkan 😀

    macam kitorang, dah tau tak larat, amik la helper.. tapi bukan yg stay-in.. datang bila kita perlu saja.. so privacy wise masih terjaga..

    semoga yang terbaik berlaku untuk kita semua.. amiin.
    .-= CY4.0´s last blog ..Lagi-lagi Twitter =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      some ppl like to make everything complicated 😛

  8. Aidah Avatar

    salam. love ur entry. saya dan suami selalu tukar2 wat kerjarumah. basuh baju ker, kemas umah dan laman ker, bayor bil ker dan lenlain lagi lah…. cuma bab masak saya lah ketua, hubby tolong i masak air jer… kalau terlalu penat bila balik kerja, kitorang makan kat luar lah… hubby tak kesah, yang penting dapat makan bersama. dia pon kesian nak suruh saya masak bila tengok muka saya layu, letih sesangat.. heheheh.. =)
    .-= Aidah´s last blog ..Makan sayur dan buah untuk elakkan penyakit =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam Aidah,

      apa yang penting??? kerjaasaamaa

      yela suami pun kene la prihatin, istri penat2 blk kerja, perlu juga rehat jap.. ni blk2 terus buat itu ini kat umah, dia lepak2 je dpn TV. tak patut camtu kn?

  9. Shareen Avatar

    Ni sebenarnya isu yang agak sensitif. Ada suami yang sedar dan kesian isteri penat lepas balik kerja and kena settle anak2 dan kerja rumah, ada pulak jenis suami yang balik terus baca surat khabar depan TV sambil isteri kena selesaikan kerja rumah sambil bergelut layan karenah anak2.

    My opinion is… Zaman sekarang ni agak berat nak survive hidup di bandar kalau hubby jer kerja, so isteri ramai yang sanggup tinggalkan anak di nursery (walaupun berat hati) dan keluar bekerja dengan niat nak tolong suami. Yang pelik, ada jenis suami yang tak terniat pulak nak tolong isteri yang dah sanggup berkorban macam tu. Adil ker? Walau macam mana pun, untuk golongan isteri, selagi larat, bersabar jelah. Saya ni bukannya pandai agama, tapi insya-Allah, ada ganjaran di sebalik setiap pengorbanan kita sebagai seorang isteri dan ibu.
    .-= Shareen´s last blog ..Presenting.. my gorgeous Snugg Mei Tai! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bila kita perkatakan perkara ni di kalangan ibu2 je, mmg tak ke mana kan. kdg2 orang laki kalau kita tak beritahu, dia tak sedar. dia igt siteri dia superwoman takde rasa penat2 bila buat semua kerja. maybe sbb wife dia tak pernah bgtau?

  10. nadnye Avatar

    “Tapi perkara2 wajib seperti melayan kehendak suami dan tak boleh keluar rumah tanpa izin suami, adalah BERDOSA kalau dilanggar. Tak bole outsource OK!”
    Statement nie la kene pegang sampai bila2 bila dah jadi isteri..
    utk suami isteri kene bekerjasama la buat kerja rumah jadi si isteri bole nak layan suami dengan sebaik mungkin :P…

    Kalu suami tolong buat kerja dan offer orang upah kemas umah nie sebenarnya lagi bertambah2 sayang si isteri kat dia..Alhamdulilah la dapat suami yang bole membantu dan tak cerewet.
    Isteri pun walau keje macamana banyak pun kene ikhlas dan anggap keje tu sebagai satu Ibadah.. tapi kdg2 kalu dah terlampau penat merungut jugak, sebab kita nie kan manusia biasa…
    .-= nadnye´s last blog ..Yeay.. 2nd prize Honeybunch Giveaway.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kena bagitau suami pasal benda2 ni kan? tak semua ada sensor… huhu

  11. m-i-o Avatar

    hmmm. sy ingin kongsikan sesuatu yg pernah sy baca/dengar (tak pasti yg mana satu) tentang suami tak bagi izin isteri balik ke rumah ibu bapanya tu. betul, wajib kita sebagai isteri utk patuh kpd suami. tetapi suami juga mesti ingat – manusia jenis apakah itu yg memutuskan tali silaturrahim antara seorang anak dengan orang tuanya? mungkin suami boleh imbas kembali – sebelum suami itu mengahwini isteri, bukankah kena minta izin wali dulu utk mengahwininya? tepuk dada, tanyalah iman krn dunia ini hanya sementara 😛

    tidak kiralah tanggungjawab siapa pun, tapi sy sendiri memang tahan tengok rumah berhabuk, kain tak berlipat, pinggan penuh dalam sinki – oleh itu, walau penat nak pitam sekalipun terpaksa menggagahi diri. memanglah suami kata,

    “ai tak kesah rumah bersepah”

    tp sy jawab,

    “tapi mata ai kesah”

    pandai2lah mengimbangi hidup, masing2 ada caranya. tetapi yg pasti kita semua tak sama. bak kata harper lee dalam to kill a mockingbird,

    you never really understand a person until you consider things from his point of view–until you climb inside of his skin and walk around in it.
    .-= m-i-o´s last blog ..Yang mistik itu misteri =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sbb tu kena beramal dgn ilmu. seorang faqih yang beramal dgn ilmunya yg ada lebih dikasihi Allah dr seorang abid yang beramal tanpa ilmu.

      macam orang nak poligami, sesetengah org memandang ini sebagai tak adil kejam semua la.. walaupun isteri yg dimadukan dapat payung emas di mahsyar. tapi masalahnya mostly suami yg nak berpoligami bukan sebab ikut tuntutan agama, tapi ikut nafsu.

      same thing here.. suami yg halang isteri blk kampung sebab nak putuskan silaturrahim memang weng.

  12. bai Avatar

    ahhh masa kursus kawin dulu pun cikgu tu cakapt he same thing. bukan tanggungjawab isteri untuk kemas rumah etc. tapi untuk saya yang SAHM ni, tak sanggup lah kan dok umah goyang kaki, suami bagi makan pakai then kita lepak macam Queen kat rumah. hahaha. walaubagaimanapun, dgn adanya si kenit ni, rumah tetap sepah! nasib hubby i tak bising hehehe

    ikut understanding suami tu sendiri camna la kan.
    .-= bai´s last blog ..Between ‘Kwik Cut’ and ‘Mamak Cut’ =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itu point dia

      takkan le kita nak lepak goyang kaki & asben yg buat keje umah? hehehe.

  13. chekna Avatar

    hmmm… panas tul isu ni kan..sana sini org dok cite. bg saya yg masih baru dlm alam rumah tangga ni, suami isteri kena la saling tolong menolong..esp bila masing2 bekerja. isteri bekerja pun untuk siapa?? untuk keluarga jugak kan..untuk kesenangan bersama jugak.. tepuk dada tanya selera..
    .-= chekna´s last blog ..photoshoot =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      isu berkaitan dgn kehidupan ni mmg takkan abis2. dah setel bahagian kita, nanti next generation pun bangkitkan benda sama. hehehe.

  14. mommy nadia Avatar

    Alhamdulillah my hubby sgt rajin membantu!
    Imagine drp dia anak bongsu tak pernah buat keje rumah..now he’s perfect!
    tgu sy trn ilmu masak aje..abis settle semua dia reti!!
    in fact he’s perfect than me..:)
    .-= mommy nadia´s last blog ..OFF LIMIT!!! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalo dah pandai masak tu kirim2la ke sini ehehehe

  15. atoyis Avatar

    incik toy pulak kekadang ada angin dia..dtg angin baik..tetiba jek bangun pagi jek dh dibelikan breakfast (..tp tu x kira sgt sbb dia nk jaga ati wifey..spy nnti blh kuar gi main panitball pagi2 lagi)..kalau dtg lagi angin tah dr mana tetiba jek tolong basuhkan pinggan..kemas bilik suma + tlg mesinkan baju..hehe sonok la pulakkan..heheh tp klu dtg angin taufan dia..kat stu lah baju..kat stu lah towel..poning
    .-= atoyis´s last blog ..friends..let’s change link =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha

      kdang2 rasa tak payah buatle kang habis semua disorganise. ada tak?

  16. farah Avatar

    topik yang sangat menarik..i ingat nak panjangkan info ni kat blog i la lyna yer
    .-= farah´s last blog ..Orang lain bukan tahu susah kita.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      panjang jgn tak panjang 😀

  17. Ica Avatar

    Topic yg menarik Mommy Lyna. tengok saja ramai yg bagi feedback….hot topic sebenaqnya ni… ada lelaki yg suka nak bantu, ada yg tak. Semua ni atas kesedaran diri…nak paksa2 nanti jadi issue. Mujur diri sendiri ni dpt suami yg boleh tolong sana sini……alhamdulillah syukur sangat.
    .-= Ica´s last blog ..Focus…Hocus…Pocus =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha memang. tapi takde plak suami2 yg komen ek? takut kot 😛

  18. knv Avatar
    knv

    kata khalifah umar al-khattab tentang isterinya yang kuat berleter:-

    “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

    “Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.

    “Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”

    enough said. 😉
    .-= knv´s last blog ..7 months =-.

  19. kambingbujang Avatar

    Ada suami yang bertindak membantu isteri dan ada juga yang “Takpe kalau penat tak payah buat, Abang tak kisah rumah bersepah”

    ini adalah quote dr my hubby

    dan bler my hubby tulun buat keje, i asked him ” jahid tak penat ker masak n tulun huda ni, then dier jawab – kalu huda igt jahid penat, huda pun mesti penat gak kan buat keje tue. ”

    😀
    .-= kambingbujang´s last blog ..Working without Weaning – Part 3 =-.

  20. salzahari Avatar
    salzahari

    ada suami yg suka diberitahu, ada suami yg pantang diberitahu/ ditegur (ego) dan agak nasiblah kalau dpt yg kedua tu..ooh,i dpt ni time tgk Tv9 segmen llife begins at 40 for men-jemput Azhar Sulaiman (late 30s) and laki SpaQ tu-Zefrul (early 40s) and these 2 men mmg different, Azhar suka diberitahu/ diingatkan sbb dia kata dia byk fokus pd kerja kdg2 lupa hal rumahntangga manakala si Zefrul i lihat agak ego (so masuk jenis kedua :p).
    As for my hubby, dia no. 1..So mula2 kahwin mmg x berani nak luah sgt apa x puas hati,takut kena marah tp lama2 tgk mcm x phm bhs je / body contact je laki aku ni, so kena laa jgk bagitahu :p Ahhaa, so untunglahh badan sikit skrg!
    apa pun, cara menyampaikan hajat masing2 perlulah berhemah (cakap baik2 apa x puas hati, apa yg nak minta dibantu dsb, jgn asyik bebel dan muncung2 je, tak kemana muncung tu leh buat ikat je pun)

  21. kong skull island 2017 online stream Avatar

    It’s going to be end of mine day, however before ending I am reading this impressive article
    to increase my experience.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge