Tak Pecah Selaput Dara Boleh Mengandung? (18SX)

WARNING: Entry ini adalah untuk mereka berumur 18 tahun ke atas dan berfikiran terbuka sahaja.

Selaput dara adalah sangat sinonim dengan wanita terutama anak2 gadis dan mereka yang bakal berkahwin. Kadang2 boleh jadi isu bila melibatkan selapur dara ni sebab terlalu banyak mitos dan cerita2 tentang selaput dara yang adakalanya tak betul.

Antara mitos2 tentang selaput dara:

1. Setiap gadis dilahirkan dengan selaput dara.
2. Selaput dara hanya pecah bila melakukan hubungan seks.
3. Selaput dara ialah lambang kegadisan seseorang.

Menjawab mitos:

1. Tak semua gadis lahir dengan selaput dara. Ada dibuat kajian terhadap baby2 gegurl dan mendapati tak semua baby gegirl ni ada selaput dara.

2. Banyak perkara yang boleh menyebabkan selaput dara pecah, seperti berlari, berbasikal, jatuh ke… lagi2 sekarang ni bila budak2 perempuan pun dah aktif sana sini. So tak hairanlah kalau sebelum kahwin pun dah pecah dara.

3. Kalau dengan sebab2 di atas tu… takde maknanya lahh. Dan ada juga orang yang dah kahwin dan dah melakukan hubungan seks masih mempunyai dara. Selaput dara tebal barangkali.

Selaput dara… nama pun selaput. Kalau sebut selaput tu ia mestila sesuatu yang nipis. Jadi secara logik memangla dia senang koyak. Selaput dara ni satu membran yang terletak 1-2cm dari veehjayjay yang ada macam2 bentuk pada setiap individu. Ada yang bentuk bulat, ada yang bentuk sabit, ada yang berbentuk gelung.. ada yang elastik, ada yang brittle, dan sebagainya. Ia memang unik.

Seperti yang tersebut di atas, ada gadis yang memang semulajadi takde selaput dara, dan ada yang dah koyak selaput dara akibat aktiviti lasak. Jadi tak semua wanita baru berkahwin tu akan mengalami pecah dara dan mengalami sedikit pendarahan.

Boleh mengandung ke kalau tak pecah dara?

Ya, boleh. Ada wanita yang mempunyai selaput dara elastik, jadi daranya tak pecah semasa hubungan suami isteri. Malah, ada yang boleh mengandung tanpa penetrasi. Kuasa Allah…

…..Apabila satu pasangan baru berkahwin berjumpa saya kerana si isteri lewat datang haid, ujian kehamilan dilakukan ke atas isteri dan keputusannya dia didapati positif mengandung, walaupun mereka tidak pernah melakukan hubungan penetratif.

Ini berlaku kerana wanita itu takut untuk melakukan hubungan penetratif. Jadi, mereka keliru bagaimana isteri itu boleh hamil.

Bagaimanapun, selepas mereka menjelaskan cara hubungan intim dilakukan, baru saya faham dan dapat menjelaskan keadaan yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah setiap kali suami mengakhiri adegan sentuhan intim terhadap isterinya, dia melepaskan air maninya di kelangkang isteri dan air mani itu dibiarkan meleleh.

Ini mengakibatkan isteri mengandung apabila lelehan air mani menuju ke pembukaan faraj dan bercampur dengan air mazi isteri dan dengan kuasa Tuhan, kehamilan berlaku. Walhal wanita itu masih dara!

Yang menjadi masalah ialah, ketika hamil, hubungan kelamin mungkin terhenti seketika dan dilakukan kembali selepas isteri bersalin dan tamat waktu berpantang.

Jangkaan pasangan itu ialah selepas bersalin secara normal, faraj menjadi sedikit renggang dan mudah dilegakan untuk membolehkan hubungan penetratif dilakukan.

Bagaimanapun, jangkaan itu nyata meleset. Wanita itu masih takut untuk melakukan hubungan seksual, sekali gus menyebabkan masalah sama berulang apabila wanita itu tidak dapat menyesuaikan dirinya untuk bersetubuh.

Hubungan mereka akan menjadi hambar dan boleh menggugat rumah tangga kerana suami mungkin meminta perpisahan apabila masih tidak dapat bersama isterinya, walaupun selepas bersalin. Tanpa bimbingan dan rawatan doktor, perkara ini tidak akan dapat diatasi.

Berbalik kepada pasangan yang mendapat rawatan dengan saya, wanita terbabit selamat melahirkan anak lelaki dan setahu saya, wanita itu kemudian dapat melakukan hubungan seksual penetratif dengan suaminya selepas mendapat bimbingan dan tunjuk ajar cara mengawal dan membuka faraj untuk memudahkan kemasukan zakar.

Dr.Ismail Thamby (pakar sakit tuan)

Walau macamanapun, kesucian seseorang perempuan itu usahlah diukur dengan selaput dara ni. Sebab ape, ada banyak rumahtangga yang bercelaru kerana kekeliruan tentang selaput dara, terutama bila isteri tidak menunjukkan ciri2 hilang dara selepas malam pertama (tak kluar darah dan sebagainya) menyebabkan si suami berasa curiga dengan kesucian isteri dia.

Sebagai anak gadis, jagalah keperawanan dengan menjaga diri di bawah pengaruh agama supaya tak terjebak dengan perkara2 di luar kawalan akal yang waras ni. Nikah dulu baru boleh buat segala hubungan terlarang ni.

Saya tak ada anak perempuan (belum) hmm tapi yang lelaki ni kene jaga lebih juga, sebab lelaki2 la yang boleh buat perempuan mengandung pun. Oh sungguh tak aci OK kalau orang nak jaga anak perempuan je, tapi anak lelaki takde nak risau sangat… memangle dia tak kene rog*l, tapi dia ada alat untuk rog*l orang huhu.

Apepun, bukan masalah ada selaput dara atau tak, tapi kalau nak kahwin tu carilah perempuan yang tahu menjaga kehormatan diri, agama … ikut garis yang dah ditetapkan syaraklah. Jangan hanya menjaga ‘selaput dara’ dari ‘dara’ tu tak jaga pun. Dan jangan sebab ‘tak ada selaput dara’, perempuan suci yang baik2 pun dituduh macam2.

41 thoughts on “Tak Pecah Selaput Dara Boleh Mengandung? (18SX)”

  1. hhmm..so gu-gurl out-there yg masih rasa anak dara i.e. xkahwin..so beringatla..kawal la nafsu tu, kalu xboleh gak paksa bopren ajak kawin b4 korg terlajak perahu buat anak nnt..hehehe
    .-= mamanoa´s last blog ..BIZI~~!!!!! =-.

  2. Lyna, anak lelaki pun bolehlah kena rogol zaman milenium ni..walau bukan HOMO sekali pun..kalau dah kena gang-bang, ha camner nak protect diri? Lelaki ker pompuan ker kena jaga sama percentage..

    So, pepatah Melayu lama, yang berbunyi : “Menjaga sekandang lembu lebih senang daripada menjaga seorang anak perempuan” itu dah tak leh pakai.
    .-= Hanz´s last blog ..The EcoKids Books are fantastic! =-.

  3. mommylyna & hanz..
    ingatkan kita boleh lega sikit sbb anak2 kita lelaki. sekali statement “memangle dia tak kene rog*l, tapi dia ada alat untuk rog*l orang huhu.”

    tu rasa nak tersembur dpn pc ni jap..hahahah.
    very true, though
    .-= isabelle´s last blog ..Lil dracula & hantu coklat =-.

  4. iye betul.. ppuan yg kena r*gol tu adalah sbb lalki yg ada alat tp takde otak.

    seks luar nikah, pagi tadi isu ni dlm MHI. survey menyatakan 50% pelajar ipt (jumlah around 700 org) melakukan hubungan luar nikah.

    mcm dah diterima masyarakat pulak
    .-= tuty´s last blog ..Academy of Breastfeeding Medicine =-.

  5. bagaimana kalau lelaki dah terpancut kali pertama,dan kali kedua pulak die dah pakai kondom tapi terbalik..dan die betulkan semula..penis masa tu dalam keadaan kering..kemudian mereka melakukan hubungan dengan guna kondom yg sudah dibetulkan tu..adakah perempuan tu boleh hamil?

  6. Buat blurr dan cokie-cokie… Soalan-soalan anda ni macam anda ada experience dalam seks, tapi sebenarnya anda tak berkahwin lagi. Tak usahlah gigih menuntut ilmu melalui internet dengan cara macam ni. Susah payah cari info untuk terus buat maksiat “kaedah selamat”. Kat akhirat for sure takkan selamat punya!
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Solat sujud Sajadah =-.

  7. nak pecah kan dara tu lagi mudah kot2 batang tak keras mane nie…tu yg tak di lolos tu..dara adalh simbolik shja..mcmne kalau sampai ke tua tak di rodok???

  8. Jika kepala btang tu hanya berlegar2 di faraj wanita, tapi tak pernah masuk dalam faraj wanita, dan hnye air marzi je bertemu antara faraj wanita dan batang lelaki di luar faraj wanita… adakah itu possible membuat kn seorg wanita itu mengandung???

  9. ehh risaunye..i nak kahwin minggu depan..tapi rasa2 benda tu mcm dah xada..mcm mana nak sure i masih dara lg..pls tolong bagitau mcm mana nak check..i pernah terover pakai jari n carot..lepas i rasa mcm ada darah keluar kat situ..nyesal tak sudah..

  10. salm..sya ingin bertanya…jika lelaki i2 tidak memancutkan air mani dia ke peha @ yang berdekatan dengan faraj perempuan..apakah boleh mengandung??..padahal mereka hanya gesek2 kan kemaluan mereka……

  11. nak tahu perletakan selaput dara , bole pecah ke kalau masokkan jari sahaja ?
    kwan saya kata dia da pecah dara sbb masokkan jari . onani terlalu kerap .
    suatu hari , masa dia masukkan jari dan tekan bahagian atasa dalam faraj , tiba2 berdarah . dan dia tanya saya betul ke yg berdarah tu selaput dara atau apa ?

  12. nk d ikot kn ank mude skung dh xad dare . .tmbh2 lg ank mude skolah mengah . .kalu la cek gerl2 skolah agk ny 70 or 60 % xad dara . ,

  13. Usia saya 60 tahun dan isteri saya 32. Saya baru berkawin dan setelah beberapa kali persetubuhan isteri saya telah mengandung. Saya pasti pancutan hanya saya lakukan diluar sebab saya belum bersedia untuk mempunyi anak disebabkan beberapa faktor yang tak perlu saya berikan disini. Saya tidak boleh terima isteri saya boleh mengandung disebabkan 1) Air mani saya telah berkurangan dan pekat tidak seperti usia saya semasa 20-45 tahun. 2) Pancutan air mani itu saya lakukan diluar. Tolong sesiapa boleh dapat melenyapkan keraguan saya.

      1. pancut luar tak akan menyebabkan kehamilan. mana boleh sperma berjalan masuk sendiri… mesti pancut dalam sebab kat dalam tempat pertemuan sperma dan ovum

  14. nak bertanye.,.
    semasa bersetubuh lelaki ini telah mngeluar kan air mani nye dan pada masa yg same ade darah yg kelauar dari kemaluan wanita (darah dara kot),.sye ingit bertanya adekah air mani itu akan keluar bersama2 darah tersebut.,dan ade kah proses kehamilan tidak akan berlaku??

  15. apabila suami saya keluarkan air mani dia ke dalam saya punya…tapi air mani tersebut terkeluar sendiri.adakah ia boleh jadikan saya mengandung?setiap kali kita air mani tersebut keluar sendiri.

    1. kak dineshwary….
      air mani memang akan keluar dari faraj setiap kali selepas pancut kat dalam… air tu tak meresap masuk ke dalam badan. juz sel sperma saja yg masuk ke dalam. air tu, keluar balik…

  16. knpa selepas hubungan seks..kemaluan perempuan menjdi begitu pedih ketika membuang air sedangkan kami tidak memecahkan dara ketika melakukan hubungan seks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge