Sungguh catchy sekali namanya, ‘SuperMak’. Itulah drama terbaru di TV3 yang mengisi slot Aksi. Saya sebenarnya jarang sangat menonton drama TV. Juvana rasanya 2 kali je saya tengok. Nora Elena apatah lagi, LOL.
SUPERMAK mengisahkan tentang seorang ibu dan surirumah sepenuh masa, Amy Salim (Nasha Aziz) yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan dan kuasa ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy yang berasal dari kepulauan Riau. Lima suku dari kepulauan tersebut di terajui oleh moyangnya yang bernama Thani. Menurut sejarah dan latar belakang keturunannya, Thani telah menyelamatkan hidup seekor burung mitos yang dipanggil garuda. Kisah bermula apabila burung garuda itu terkena panah, lalu cedera dan terus rebah ke tanah. Lebih merumitkan, panah itu dibuat dari sejenis kayu yang sukar di cari. Setelah diselamatkan oleh Thani, burung garuda tersebut berubah rupa menjadi seorang wanita jelita. Demi membalas jasa, wanita tersebut menganugerahkan lima kuasa sakti yang berlainan kepada Thani dan empat suku yang lain. Wanita itu turut menghadiahkan sebuah pingat yang unik kepada Thani yang boleh digunakan untuk menyeru semula burung garuda mitos yang sangat berkuasa dan mampu menakluk dunia.
Bila melihatkan rumah yang super bersepah dan superkids yang tak berhenti2 mengerjakan aktiviti, saya berharap saya dapat kuasa SuperMak, atau Mary Poppin pun tak apa. Serabut betul rasanya, tambah2 saya bekerja di dua tempat, sambil belajar (walaupun takde sijil, LOL). Suami saya kata, takpelah benda2 yang macam kemas rumah tu kita outsource saja kepada weekend maid. Kadang2 panggil juga, tapi lebih ‘feel’ bila sendiri yang kemas. Namun dalam keadaan ada 19 kerja yang nak dibuat, adalah lebih baik delegate-kan mana yang perlu.
Salwa pernah komen dalam status FaceBook saya, katanya dia lebih suka saya masa saya di Sarawak dulu. Rasanya… saya pun suka kehidupan di sana. Less hectic, dan saya pun ada maid masa tu. Anak pun baru sorang dua. Jadi keadaan terkawal la sikit. Home education amatlah saya titikberatkan dan sangat konsisten. Tak macam sekarang. Keadaannya memang langsung tak sama, dan tak boleh nak banding. Dulu waktu makan tengah hari boleh balik rumah, makan, susukan Hafiy.. petang2 ada banyak masa untuk bawa anak jalan2.
Sekarang semua tu dah tak ada. Nak turun dari office ke ground floor pun dah lebih 5 minit. Nak balik? Kirim salam.
Tapi sebenarnya tak boleh nak jadikan alasan itu maka kita tak boleh nak buat benda2 yang kita biasa buat. Samada kita yang mengawal masa & keadaan, atau biarkan masa & keadaan yang mengawal kita.
Bila kita yang mengawal masa, kita berada dalam posisi yang sentiasa tenang dan bersedia. Bila masa yang mengawal kita, stress lah jawabnya. Terkeja dan mengejar tu memang adat, tapi dikejar dalam keadaan terkawal dengan di luar kawalan adalah berbeza.
Oh I wish I have the tips to be a SuperMak. Tapi saya mak yang biasa-biasa saja. Mengendalikan 3 anak lelaki yang sedang membesar… menyebabkan saya ‘tak boleh penat’. Saya pernah tertidur 2 kali sebab mengantuk sangat, dan bila saya bangun2 je tengok budak berdua tengah buat ‘projek besar’. Aduh, memang tak boleh nak lepa sekejap kerana mereka terlalu aktif. Maklumlah budak2. Yang Si Fahry pun nama saja tak de kaki, tapi lasaknya bukan main. Dia pun yang kata paling persisten. Kalau dia nakkan A, sampai ke sudah dimintanya A.
Tapi, itulah ibu. Walau macamana sekalipun tugas ibu memang takkan tamat selagi tak tutup mata (tidur). Dalam tidur pun boleh termimpi-mimpi lagi. Tak termasuk ‘entertain’ anak2 yang bangun malam. Anak2 saya pula, semua masih bangun malam.
Semua ibu adalah supermak. Sebab jadi mak ini memang super tugasnya. Samada ibu bekerja ke, tak kerja ke, part time biz ke, part time work ke. Setiap golongan tu tak boleh nak claim diri masing2 kerana setiap orang ada keistimewaan tersendiri.
Walau bagaimanapun, Supermak yang sebenar adalah ibu yang menjalankan tanggungjawabnya kerana Allah. Tak gitu?
Leave a Reply