Peluang Pelaburan 2011: Semakan Semula (Emas, Saham, Hartanah)

By | August 17, 2011

Saya pernah tulis pasal Peluang Pelaburan Emas, Hartanah, Saham & Perniagaan 2011 pada 30 Disember tahun lepas. Masa saya tulis artikel tu tahun lepas memang dah set nak buat some update 6-bulan lepas tu, just nak calibrate my own forecast tentang financial markets di Malaysia. Alih-alih dah bulan lapan, nak masuk bulan 9 dah pun, huhu. Sori la lambat…

So dalam artikel kali ni saya nak cek semula jangkaan awal yang saya sendiri tetapkan. Untuk lebih mudah dibaca, saya copy-paste semula artikel yang lama tu warna biru dengan komen dalam tulisan warna purple.

Mari kita mula…

Pelaburan Saham 2011

Bursa Malaysia dah naik 45% in 2009 & 17% in 2010 sehingga paras tertinggi 1,530 dicatatkan in November, 2010. I think, banyak program transformasi kerajaan dah “factored in” dalam harga saham; terutamanya GLCs dan korporat gergasi, sehingga menyebabkan peluang untuk harganya naik lebih tinggi in 2011 agak terhad.

Bursa boleh cecah 1,650 by year end 2011, just another 8% gain daripada sekarang.

Dengan ekonomi Malaysia yang dijangka semakin memberangsangkan tahun depan (kesan program ETP Idris Jala & kemungkinan PRU 2012), melabur dalam saham 2nd & 3rd liners (aka saham-saham syarikat saiz sederhana [mid-cap] atau kecil [small-cap]) can be the best bet. Namun, usaha mencari ‘hidden-gem’ dikalangan syarikat kecil ini bukan mudah. Ataupun, boleh juga membeli warrant syarikat gergasi untuk melipat-gandakan pulangan.

My Comment

Sejak Januari 2011, KLSE barely touch 1,600 mata. Lepas some correction in January, KLSE rebound semula sampai dah nak cecah 1,600 tapi jatuh semula ke 1,500. Dan sejak matawang USD kena downgrade, KLSE drop further below 1,500 mata. KLSE tengah dalam proses pemulihan. Suasana ekonomi dunia yang tak tentu hala membuatkan pelabur saham tak berapa nak selesa HOLD saham lama-lama. Selagi ada kesempatan, JUAL terus. Demand US, UK & Eropah juga masih lemah. So I think my forecast untuk saham ni agak tepat ;). 1-0, huhu.

Strategi saya kali ni (pertama) jangan beli Blue-Chip atau saham-saham mewah untuk jangka-masa yang lama; termasuk GLCs melainkan anda sukakan pulangan melalui dividen, kerana potensi nak naik lebih tinggi agak kabur. Namun begitu, jika berlaku kejatuhan mendadak, saham-saham mewah ni is the best bet sebab paling cepat rebound. Sebagai contoh, saham PCHEM jatuh sampai RM6.10 minggu lepas dan kini dah jadi RM6.50; pulangan 6% seminggu atau 312% setahun!

Pasal 2nd & 3rd liner, memang masih ada peluang nak terus berkembang dalam suasana ekonomi yang lemah. Kalau nak selamat untuk jangka masa panjang fokus kepada saham kepenggunaan (consumerism); eg. KPJ, QL & AirAsia. Saya sendiri sedang dalam proses susun-semula koleksi saham yang ada daripada fokus kepada komoditi sebelum ini (minyak/gas & minyak sawit) kepada asset kepenggunaan.

Pelaburan Hartanah 2011

Hartanah Malaysia agak ‘senyap’ sejak pertengahan tahun 2010. Pemaju hartanah mungkin sedang menyusun strategi jualan agar kesan had pinjaman 70% tidak menjejaskan sales. Hartanah akan terus senyap sehingga pertengahan tahun 2011. Pemaju kelihatan masing-masing ingin tahu strategi jualan pesaing mereka.

Tahun 2011 mungkin lebih banyak township baru akan dibuka.

Strategi terbaik untuk menjual hartanah waktu pemulihan ekonomi ialah dengan membanyakkan jualan rumah mampu milik di kawasan baru sebelum menjual rumah mahal berprestij sebagai pilihan “upgrade”. Bajet 2011 juga menggalakan pemaju untuk membina rumah sebegini. Sg Buloh pasti menjadi sasaran utama pelabur; lagi-lagi sejak diumumkan MRT nak masuk situ. Sime Darby juga mungkin mula membangunkan Elmina (sebelah Denai Alam?) mulai akhir tahun 2011.

My Comment

Jumlah pelancaran hartanah baru suku pertama 2011 jatuh 52.3% berbanding suku keempat 2010 dan kurang 59.3% berbanding suku pertama 2010. Nak baca artikel penuh, klik sini (July, 2011). 2-0?

Seperti yang pernah saya katakan, kebanyakan pemaju hold property launch yang baru sebab tak pasti sejauh mana demand boleh bayar. Kalau ada pun yang berani nak lancarkan hartanah baru, pemaju lebih berminat untuk menyasarkan golongan berduit; aka rumah-rumah mahal. Dah la mahal, jumlahnya juga sangat sedikit supaya dijamin terjual.

Jika anda berminat nak malabur dalam hartanah, cuba abaikan kondo yang oversupply. Saya sendiri sukakan hartanah landed untuk tahun ni sebab 1) demand jual semula sangat kukuh 2) demand menyewa agak perlahan 3) rumah atas angin oversupply. Tatkala kondo cuma naik 0.9%, rumah landed naik 5.3% hingga 7.7%!

Malangnya, tak jumpa2.

Ada yang OK tapi harga MASYAALLAH. Yang harga OK tapi lokasi INNALILLAH.

Peluang Perniagaan 2011

Keyakinan pengguna terus pulih membuat mereka kembali berbelanja. Peniaga juga kelihatan mula meningkatkan produktiviti bagi menampung permintaan yang meningkat. Juga, lebih banyak syarikat yg didaftarkan sejak kemudahan pendaftaran syarikat SSM secara online dipromosikan besar-besaran.

Tahun 2011 dilihat sebagai peluang terbaik untuk memulakan perniagaan.

Walaupun Living cost Malaysia dah tinggi, ia akan terus meningkat in 2011. Subsidi yang akan terus dikurangkan sejajar dengan kenaikan harga minyak menyebabkan konsep buat duit sampingan bukan lagi pilihan; tapi satu kemestian. Jika anda berminat untuk buat duit onlinepastikan anda tak tertinggal kelas ini (klik sini).

My Comment

Banyak subsidi kena tarik sejak awal tahun 2011. Ini juga menyebabkan living cost meningkat agak mendadak. Oleh yang demikian banyak yang cuba mencari sumber pendapatan sampingan bagi menampung kos kehidupan yang tinggi di bandar.

Malah, usaha mencari peluang pelaburan hartanah saya & suami agak terbantut tahun ini kerana fokus kepada perniagaan kecil-kecilan. Alhamdulillah, sejak awal tahun 2011, pendapatan terbaru Shaklee saya menerusi laman web Vitamin Semulajadi berkembang sehingga 5x ganda. Kami menganggarkan ia akan terus berkembang hingga 7x ganda sebelum tahun 2011 berakhir. Am not talking hundreds or even thousands here, but tens of thousands.

Jika anda nak tahu bagaimana, klik sini untuk maklumat lanjut.

Can I say; 3-0 betul so far? HeHeHe…

Pelaburan Emas 2011

Nah, dalam banyak-banyak mungkin ini yg paling sensitif, huhu. Dalam nilaian USD, harga emas naik 50% in 2007, almost 0% in 2008, 22% in 2009 & 27% in 2010; atau purata naik 24% (CAGR) setahun 2007-2010. Anda surely akan terus naik in 2011 sejajar dengan kanaikan komoditi yang lain. Tapi, berapa banyak lagiharga emas boleh naik tahun 2011?

I’m no guru here tapi emas should be on its way to USD1,600; another 15% from now?

I think kenaikan harga emas in 2011 akan lebih moderate; maybe USD1,500/oz lebih realistik (8% gain). Sebabnya, hampir semua negara akan lebih sibuk mengukuhkan ekonomi masing-masing daripada hedge against USD; dengan agenda mengurangkan kadar pengangguran antara yang paling penting untuk tingkatkan kepercayaan rakyat. Lagipun, gagal mengukuhkan posisi ekonomi hari ini hanya akan mengakibatkan negara tersebut terus tertinggal bila ekonomi dunia kembali rancak mulai tahun 2015 (atau seawal tahun 2013).

My Comment

Harga emas naik daripada USD1,430/oz kepada sekitar USD1,760/oz sekarang; kenaikan 23%, pretty impressive huh? Kalau lah saya tulis review ni masa pertengahan tahun bulan 6 arituh, agak tepat juga jangkaan USD1,500-USD1,600 kan? Harga emas naik mendadak akhir-akhir ni sebab nilai saham US yang kian merosot. Kenaikan harga emas juga didorong oleh ekonomi US, Eropah & UK yang belum menampakkan kesan pemulihan yang cukup memberangsangkan. Malah, harga emas naik hampir 10% bila S&P downgrade matawang USD. Kalau jadi lah S&P downgrade bond USD pulak, memang boleh naik lagi 10% sebelum akhir tahun (*p/s: tolong jangan gunakan statement ini untuk pelaburan peribadi anda).

Yeah, 3-1 I guess?

Saya agak bullish dengan harga emas masa kini walaupun nilainya dah naik agak banyak dalam masa kurang dari sebulan ni. Mula-mula sebab ekonomi barat terbukti masih/makin tenat, mereka masih belum jumpa formula untuk memulihkan ekonomi tanpa menjejaskan kejatuhan matawang masing-masing (eg. tak mampu nak naikkan kadar faedah & tak mampu nak naikkan cukai). Oleh yang demikian, pelabur akan menggunakan emas sebagai “hedge” against any negative possibilities. Dan sebab ketiga, people just crazy about gold. Masa saya nakgi beli emas gold bar kat Habib Jewel, langsung tadek stock.

Namun begitu, anda perlu berhati-hati agar tak terjebak dengan nilaian yang keterlaluan. George Soros dah jual 99% pegangan emasnya dengan melabelkan emas sebagai “Ultimate Bubble”. Beberapa indicator yang mungkin boleh diperhatikan ialah nisbah harga perak dgn emas & harga emas berbanding platinum, both can give you some insights.

Juga, anda perlu menyeimbangkan menyimpan emas dengan pegangan saham. Bila harga emas naik mendadak biasanya sebab harga saham jatuh merudum. Harga saham yang merudum teruk membolehkan anda membelinya dengan kuantiti yang banyak bagi mempersiapkan upcycle bermula bulan 9 atau 10 nanti. Bila saham kembali melonjak, hampir pasti harga emas jatuh; kalau tak banyak, sikit.

Namun, ia bergantung kepada risk profile & ilmu pelaburan anda.

Kalau saya nak ceburkan diri jadi penasihat/perancang kewangan peribadi, ada orang nak hire tak? HuHuHu…

Sekian saja pendapat saya kali ini. Nak tahu pendapat selanjutnya, nantikan artikel kewangan seterusnya… 😉

7 thoughts on “Peluang Pelaburan 2011: Semakan Semula (Emas, Saham, Hartanah)

  1. kinna

    terer la! saya baca satu-satu poin dengan penuh kekaguman..siap boleh bagi figure & stat!! leh la jadi 2nd Azizi Ali 😛

    Reply
  2. ryena

    ini lah yg saya nantikan… cerita ttng pelaburan..hartanah n emas…oh kak lyna.. sudi kah anda jadi penasihat/perancang kewangan peribadi daku.. hehehe…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge