Biasanya kami travel dengan anak-anak guna SSC saja (baby carrier, soft-structured carrier) tapi memandangkan bila Fahry dah besar (dan berat!) stroller adalah antara pilihan yang harus difirkan. Maklumlah, sakit juga belakang kalau asyik nak berdokong je.
Disebabkan kami ni jarang dapat keluar shopping, dan TERLALU SIBUK (ini kes perasan busy) maka banyaklah perkembangan dunia stroller yang kami tak follow. Lagipun sebelum ni memang kaki carrier je.. tak pernah consider stroller. Kalau ada pun, main beli je.
Tapi untuk travelling, lagi-lagi lightpacking, tak sesuai pula nak bawa stroller gedabak. Lagi pula kami jenis simple dan praktikal… Tak suka renyah-renyah dan bersusah-susah. Dalam hati memang nak cari stroller lightweight dan senang lipat. Tapi tak buat research pun.
Kebetulan je kami jumpa Babyzen Yoyo di Shinsegae, Seoul, semasa backpack ke Korea bersama Fahry dan Hafiy. Betapa dahsyatnya lah sebab tak pernah cari pun di KL, tak tahu pun ada stroller yang sangat best macam ni!
Saya ni memang ada masalah besar nak melipat stroller. Hehe, nama je engineer. Tapi dengan BabyZen ni.. tiada masalah! One-hand operated je. Ish, taktau nak kata betapa best dan senangnya stroller ni.
Siap ada kapal terbang yang benarkan masuk dalam cabin lagi (Saudi Airways), yang lain biasanya treat macam stroller lain-lain juga.
Dia atas tu gambar Fahry dalam stroller kesayangan (kesayangan mak apaknya hehehe). Maklumlah, dulu stroller sebesar bas (exaggerate), masuk dalam bonet kereta, tak muat dah letak benda lain. Jadi bila ada yang macam ni, rasa puas hati dan seronok sangat.
Harga stroller ni dalam RM1800 tak silap (yang dalam Won tu saya pun tak ingat berapa ribu). Tapi kat page Babyzen Yoyo Stroller Malaysia ni boleh dapat murah sikit. Tapi saya tak pernah berurusan dengan page ni ya. Boleh try cuba (tiba2 dapat free iklan pula :D).
Tapi memang sekarang ramai yang pakai stroller ni, untuk memudahkan urusan travelling. Bukan saja naik kapal terbang, malah naik kereta, bas, kapal laut pun sangat-sangat mudah.
Ce tengok video ni:
Leave a Reply