Jalan-Jalan Korea – Intro

By | December 19, 2013

Alhamdulillah kami 4 beranak diizinkan oleh Allah SWT untuk menjejakkan kaki ke Korea pada awal musim luruh yang lalu. Seperti biasanya, we pack our bags, backpacking style.
 
 Kami memulakan perjalanan dengan Air Asia X ke Busan. Air Asia X ada direct flight dari LCCT ke Busan Airport. Busan adalah sebuah daerah di Tenggara Korea Selatan, nyata tak sebosan namanya.
 
 Busan sangat best dengan seafood segar, tentunya sashimi! Jagalchi Fish Market tujuan kami untuk nikmati hidangan ikan dan makanan laut mentah yang segar.
 
 Mulanya excited order, sekali.. Sampai semuanya mentah!

 Kecuali king crab ni yang dimasak stim.

 Sos ni memang sedap. Hilang semua rasa geli makan barang mentah.
 

 Dua hari di Busan, kami menaiki Aseana Air ke Pulau Jeju. To me, the best place ever!
 
 Jeju tiada tren, jadi kami sewa kereta. Lebih mudah sebab bawa anak-anak, tak melarat nak naik teksi.
 
 

 Dengan memandu sendiri, boleh singgah di mana-mana saja.

 Dalam perjalanan dari Jeju International Airport ke hotel kami di Seogwipo tu banyaklah menyinggah. Asal dalam GPS ada keluar nama macam menarik je, singgah 😀
 
 Banyak tempat menarik dan exciting di Jeju. Di sinilah kami menguji ketahanan Hafiy panjat gunung tertinggi di Korea, masuk dalam gua lava, dan sebagainya. Detail nanti cerita dalam entry lain.
 
 4 hari di Jeju, cuma dapat pick tempat-tempat wajib bagi kami (hiking?) je. Lain-lain attraction macam kampung tradisional ke, muzium ke.. tu semua terpaksa korbankan… Takpe, ada rezeki boleh datang lagi.
 
 Dari Jeju kami terbang ke Seoul. Kebetulan geng Hai-O Malaysia pun ada trip ke Seoul masa tu. Tapi tak pula terserempak dengan geng Glam: Hanis Haizi, Shaliza, K Mai semua. Ops, I’m not one of them. Altho dalam ‘dunia’ yang sama iuga. & saya cuma kenal-kenal gitu la dengan diorang, dunia blog & internet kan..
 
 Di Seoul, kami menginap di salah sebuah area paling happening di situ, Myeongdong. Myeogndong ni kira tengah-tengah Seoul, walking distance nak ke mana-mana attraction di Seoul (termasuk segala market-market tu). Hmmm tapi.. Tapi.. Definitely bukan walking distance orang Malaysia lah. Kat KL ni nak jalan kaki 2km pun berpeluh ketiak, tak sanggup den! Belum masuk risiko nak kena ragut lagi.
 
 Ingat lagi malam-malam kami jalan di pinggir jalan di Gangnam, husband tanya, nak tak jalan2 macam ni di KL? Jawapannya… Tak sanggup! Malam-malam di KL…, duk dalam rumah sendiri pun diburu ketakutan, apatah lagi nak berjalan-jalan dengan anak-anak pula tu. Bukan takut hantu, tapi yang lebih menakutkan dari hantu – orang.
 
 Kebetulan masa tu ada event apa entah ye di Korea.. Department store banyak buat sales. Tapi.. Kami bukan kaki shopping… Tak ada maknanya. Tapi naik gila bila tengok barang-barang outdoor.. SANGAT BEST!
 
 


Orang Korea punya attire untuk outdoor sangatlah vibrant, warna-warni, menarik bercorak2. Kalau mat saleh, lain sikit, agak dull & plain.
 
 2 minggu di Korea, tiba masa untuk balik! Kami pulang ke Malaysia dari Busan. 2 hari sebelum tu ambil tren ke Busan. Tujuan utama nak makan sashimi. Dah jadi favourite pula. & hanya satu kedai tu je di Jagalchi yang ‘boleh pergi’. Sedap sangat, dan unik. Walaupun nak order ada sikit punya sulit sebab mereka tak berbahasa Inggeris…
 


Orang-orang belah Timur Jauh ni (Korea, Jepun…) walaupun cakap tak faham tapi sangatlah peramah. Layan…
 
 Dulu-dulu suspen juga nak ke negara yang tak guna Bahasa Inggeris ni (orang hotel di sana siap ada translator di telefon lagi), tapi okey je sebenarnya. Yang bestnya, mereka cakap Korea, kami cakap Melayu. Ye lah, cakap inggeris pun sama je tak faham.
 
 OK.. So.. Detail perjalanan kami di Korea… Nantikan dalam entry-entry berikutnya!

9 thoughts on “Jalan-Jalan Korea – Intro

    1. admin Post author

      superb kan. rasanya kalo ada rezeki nak bawa mak ayah g sana 😀

      Reply
  1. nisa

    hi kak..seronok tgk akk pegi jeju dgn ur sons..thrilling…sy igt nk tawan jeju jugak utk jangka mase seminggu bru rase xmenyesal..nak hiking sunrise peak jugak =)

    Reply
  2. ctnurhafiza

    Assalamualaikum.. Nak tya, booking tiket ke jeju, mmg kena byr guna credit card shja ke? Sama gak dgn rental keta dekat Sana.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge