Tips Melawat Busan, Korea

By | December 20, 2013

Kami menaiki pesawat Air Asia X dari LCCT mendarat di Lapangan Terbang Gimhae Busan, Korea Selatan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Sepanjang penerbangan asyik dijamu makan je, sampai tak habis (of course kena beli lah, nama pun Air Asia).

Kami tiba di Busan dalam jam 3 petang waktu Busan, macam tu lah. Tolak campur semua, dalam jam 4 lebih sampai di hotel.


Hotel kami, Hotel Ibis Ambassador Busan di Bujeon-Dong. Strategik sangat hotel ni. Depan pintu hotel dah entrance ke Metro Seomyeon dan Bujeon (bawah tu ada underground shopping centre).

Dari tingkap boleh view bandar ni.


Hotel ni dekat dengan downtown, pasar jual buah, sayur, ikan.. Merata-mata melimpah-limpah. Nak beli buah pun mudah, hehe. Kebetulan di awal musim luruh ni, buah-buahan musim panas masih ada. Termasuk buah melon ni.

Nak beli buah apa-apa, turun je bawah. Jenuh nak pilih. Murah-murah.

Yang jual tepi jalan macam ni jauh lebih murah dari dalam pasar.

Lewat petang tu kami ambil tren ke Jagalchi. Pasar ikan yang terkenal di Busan. Nak ke sana naik Metro Line 1 dari Bujeon ke Jagalchi.

Makcik-pakcik (ajuma? Ke apa? Tak tengok drama Korea la hehe) duk kelui-kelui masuk kedai diorang. Seafood semua fresh.. T


Kami tertakdir masuk kedai ni. Nak sebut pun tak reti sebab Bahasa Korea. Menu semua dalam Korean… Pilih ikut rupa dalam gambar je.

 Sekali… Sampai yang macam ni… Menangis… Hahaha. Bayangkan sotong2 ni masih bergerak-gerak dalam pinggan tu.


Walaupun begitu… Dahle takde choice, mahal pula tu. Habis licin OK! Dalam tekak memang geli-geleman.

Lepas maka kami jalan-jalan sikit di sekitar Jagalchi.. Agak happening juga. Ada pasar malam, banyak kedai, dan ada pasaraya Lotte.

Dah boring, ambil tren balik ke hotel. Tren di Korea ni memang best. Walaupun tren penuh, tapi kerusi ni kosong…. Ya inilah kerusi khas untuk orang cacat, ibu hamil, orang tua, orang bawa baby…. Kalau di KL kat sini memang full house… dengan orang2 muda, couples, orang tido… Hmmm.

 Tren di Busan memang sangat convenience… Dari satu stesen ke satu stesen pun beberapa langkah je.. Umpamanya lah..


Esoknya kami sambung, ke Haeundae pula. Haeundae ni daerah yang paling tinggi populasi di Busan.

Nak ke sini dengan menaiki tren Line 2 dari Seomyeong ke Haeundae station. Kalau naik Line 1 boleh turun di Busan Station. Dari Haeundae station kami jalan ke pantai tercantik di Korea…


… Haeundae Beach!

Tapi sebab dah sampai pun tengahari buta (bila travel dengan budak ni kena ikut timing diorang jawabnya) so tak buat apa pun di pantai tu.

Kami ke Busan Aquarium yang terletak di kawasan pantai tu juga.

 Standardlah akuarium mana-mana.. Sama je dengan Aquaria, Anchol Jakarta, etc.

Sempat tengok acara beri makan ikan. Inilah first time sempat tengok dari awal.

 Lepas tu jalan-jalan di sekitar Haeundae… Tak ramai sangat orang. Mungkin sebab tengahari panas, hujung minggu orang Korea rehat di rumah atau out of town.


Lapar, beli kebab Turki (makanan paling sedap bila travel T__T) dan makan tepi jalan. Pinjam kerusi kedai orang.


Lepas tu kami balik ke Bujeon, jalan-jalan di pasar di downtown. Tak ada beli apa pun, tengok-tengok je..

Buah-buahan sayur sangat heaven.


Lewat petang tu kami ke Gwangali Beach. Metro Line 2 turun di Gwangan Station. Gwangan, satu lagi bandar tepi laut di Busan. Dekat sini pun ada pasar ikan terkenal, Millak.

Di sini letaknya Gwangan Bridge yang famous itu. Berehat petang-petang sambil makan kebab tapau dari Haeundae tadi memang sorga.

Kami duduk je di tepi pantai ni sampai malam, sampai lampu di Jambatan Gwangan dipasang.


Lepas tu jalan-jalan cari makan, apa lagi! Di Busan ni berhabis jugalah sebab nak rasa makanan laut fresh.. Makan king crab ni satu family memang kenyang. Teringin nak rasa di tempat orang. Mampu milik lagipun.:. Hehe. Di Malaysia harga sekor pun dah dekat 2 ribu ringgit *nanges*.

Order makanan je, airmasak dapat free. (Hai lah king crab.. Esok-esok memang makan pasir je la ni)


Lepas dah kenyang, dah penat… Balik! Penat-penat pun sempat buat aksi akrobatik depan hotel.


Balik bilik, kena berkemas pula. Esok pagi nak kena check out, ambil flight ke Jeju jam 2 petang. Sebelum tu jalan-jalan lagi area Busan yang tak sempat cover hari ni.

Esoknya, pagi-pagi kami keluar, check-out dan tumpang tinggal beg di hotel.

 Destinasi pertama ke Busan Tower. Busan Tower ni terletak di Yongdusan Park. Dari Bujeon je Busan Tower naik metro Line 1 ke Nampo Station, Exit 7 ke Yongdusan Park.

Kena jalan sikit dalam 350m ikut Gwangbok-ro Street ke Yongdusan Park. Lepas tu akan jumpa eskalator. Naik je.

Di Yangduson Park ni, selain tower ni, ada banyak lagi attraction lain – Palgakjeong, ada akuarium dalam ni; Cheongdongyongtap (menara naga); jam bunga macam di Geneva; ada kuil juga.


Dah kenyang makang king crab, hari ni kita makan roti aje lah ye.


Naik ke Busan Tower bayaran untuk 16 tahun ke atas ialah 4000 Won. 3-15 tahun pula 3500 Won.

Pemandangan dari Busan Tower…


Di bawah tower ni ada muzium.. Muzium kapal. Free entrance.


Pakcik-pakcik Korea main dam di sekitar tower ni. Cool dan rileks. Di sini ada pusat kebajikan orang2 tua. No wonder memang ramai pakcik-pakcik berehat.

Area sini memang banyak kedai. Turun eskalator tu adalah fashion street. Tapi kedai-kedai itu pasti tidak menarik poket rabak ini, lol.

Pakcik ni jugak yang menarik.

Lotte Town ni boleh nampak dari Jagalchi. Dekat-dekat je tempatnya… Kat sini kami masuk je. Tak reti nak membeli barang-barang di sini. Lebih baik berhabis untuk makan katanya…

Ada show tarian air ni. Air yang menari..

Jalan-jalan di underground shopping mall pulak. Sambil beli souvenir sikit untuk dibawa pulang. Underground mall bersepah. Macam2 ada. Baju2 korea yang cantik2 ada banyak.

Pakcik ni tokei kedai souvernir yang kami masuk. Sporting habis. “Marayshia, Lee Chong Wei” katanya.

Entah ada kempen apabenda pula…

We call it a day in Busan. Tiba masanya ke airport. Tak larat dah naik tren, ambil je teksi dari hotel. Pakcik teksi pun peramah boleh tahan.. Walaupun sepatah haram tak faham.

Sampai2, check in, tunggu flight, tapi delay. LOL.

Bye bye Busan. Kita sambung cerita di Jeju pula.

Category: 2013 - Korea Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

9 thoughts on “Tips Melawat Busan, Korea

  1. normaizira

    Salam kak, nak tanye kat mane nak beli beg gendong fahry seperti dalam gambar diatas. siap boleh tutup kepala bila tido kan…

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      semoga Tuan Ramzi bakal menjejakkan kaki ke Korea tidak lama lagi 🙂

      Reply
  2. Del

    Hahaaa… Bab seat kosong dlm tren kat sana.. Teringat kisah biol. tak perasan kata utk org tua & disable. Dah 3-4 kat sana baru perasan… Patut asik kena jeling je… Huhuhuu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge