Review : Baby Carrier – SSC, Osprey & MacPac

By | December 18, 2013

Saya lebih suka guna baby carrier berbanding stroller, sebab lebih fleksibel, bebas dan saya adalah malas nak buka-tutup stroller >_< Namun begitu sebenarnya banyak kebaikan dan faedah gendong anak ni, dari segi bonding dan sebagainya (Walaupun bagi sesetengah pihak itu cuma sesuatu yang diperbesarkan kerana bonding ibu dan anak bukan sekadar digendong,… tak kisahlah tu).

Dulu- dulu saya guna carrier kain ela je.. Shawl pun boleh jadi. Asal boleh ikat sudah. Yang penting, ibu dan bayi mesti selesa. Yelah, kalau tengok ibu-ibu kulit hitam (di luar negara) tak ada pun yang bawa carrier canggih2, pakai ikat kain je. Di Malaysia kita terbiasa dengan carrier yang siap-siap dijahit.

Masa tak berapa tahu dulu, main beli je mana carrier yang murah. Tapi bila dan dapat ilmu bahawa kaki yang terjuntai buat anak cepat rasa lenguh.. Saya fikir memang betul. Kalau naik basikal dengan kaki terjuntai memang lenguh, nak juga sangkutkan kaki di mana-mana palang. Jadi mula consider carrier yang lebih selesa..

Mei Tai pertama hadiah dari teman baik, Aidafiqs untuk Fahry. Memang best berbanding carrier DIY dari shawl tu. Lepas tu saya beli sendiri SSC (soft structured carrier) The Stork dari Snuggbaby. Ada 2 pasang, satu beli yang dah siap, satu lagi saya tempah, dari Snuggbaby juga. Kalau hardcore babywearing pasti ada macam-macam standard, jenama, jenis, etc.. Tapi saya softcore je. Mana2 asalkan mudah.

20131218-030055 pm.jpg

SSC sesuai untuk pelbagai peringat umur, ikut saiz panel. Saya punya satu panel kecil, satu panel agak besar untuk toddler. Saya ada anak yang OKU ni kena consider untuk gendong dia.

SSC sesuai untuk jalan-jalan, shopping,.. Hiking pun boleh. Tapi kalau hiking yang agak mendaki dan lama, boleh rasa tak selesa. Kami guna SSC daki Gunung Hallasan, agak kurang selesa juga bila dia bergerak kiri-kanan. Dia tidur terlentok, kita pun rasa ‘rebeh’ bahu sebelah. Nak lawan graviti, panjat-panjat batu.. Mencabar skill jugalah.

Oleh itu, untuk hiking kami gunakan Osprey Poco dan MacPac Koala ni.

carrier untuk HIKING

Osprey Poco memang kami guna untuk hiking dan panjat bukit saja.. Tak sesuai nak bawa jalan-jalan segedabak macam tu. Saiz dia walaupun boleh laras dari XS ke L, tapi memang besar dan tak padan dengan saya. Jadi, untuk suami sayalah jawabnya. Osprey Poco ni boleh attach satu daybag, jadi kalau nak hiking dah tak payah bawa beg lain. Boleh masuk semua barang dalam tu.

Memang selesa untuk both parents dan anak. Anak ada ‘ruang’ sendiri tanpa ganggu ‘ruang’ orang yang gendong dia. Dia nak main ke nak terlentok ke, takde hal. Titik graviti pun lebih stabil sebab frame besar dan tegap. Osprey Poco ni dia ada ‘kaki’ so kalau nak berhenti rehat ke, anak tak payah keluar dari carrier. Beza dengan SSC dan carrier yang seumpamanya, anak kena keluar kalau mak ayahnya nak rehat menyandar badan.

20131218-031516 pm.jpg

Satu lagi hiking carrier, MacPac Koala untuk saya.. Sesuai untuk mereka yang genit. Tapi saiz saya pun ala-ala cecah hips je lah.. Namun inilah yang paling kecik yang kami jumpa.

MacPac Koala lebih ringan dari Osprey Poco, dan tiada kaki. Kalau berhenti, kena sandarkan ia pada sesuatu, atau paling takde boleh klip pada kaki kita. Disebabkan ia ringan dan boleh dilipat, sesuai juga nak guna untuk jalan-jalan town.. Ada poket yang boleh isi barang-barang keperluan.

Kalau panjat bukit pakai MacPac ni, sangat selesa dan lebih kurang Osprey, tak diganggu oleh aktiviti anak. Saya memang tak ada pilihan, ini je yang sesuai dengan saiz saya.

20131218-032152 pm.jpg

Namun, carrier Osprey dan MacPac ni sesuai untuk toddler yang dah tak menyusu badan, atau yang tak perlu comfort nursing. Ini kerana keduanya hanya boleh backcarry saja.. Tak boleh front carry. Untuk bayi yang masih menyusu, lebih sesuai front carry sebab ibu boleh susukan bila-bila masa.

Kalau jalan-jalan biasa (bukan hiking), SSC tetap pilihan saya kerana mudah dan senang dikendalikan. Dan kalau anak nak bebas berlari, SSC boleh sangkut di pinggang atau masuk dalam beg. Lebih mudah, fleksibel dan bebas.

Kalau Osprey atau MacPac tu, satu hal nak kena juga gendong dia walaupun anak dah berlari-lari. Lagipun nak angkat ke belakang bukan senang. Lagi-lagi kalau anak dah duduk di dalamnya. Untuk travel naik kapal terbang, carrier gedabak tu tak boleh masuk dalam cabin, so masa check in luggage kena masukkan dia sekali. So.. Ia memang sesuai untuk hiking je.

Tapi tak salah nak bawa Osprey jalan-jalan… Kalau nak berhenti, boleh letak anak di bawah. Anak tidur pun tak mengganggu dia.

Ish, tak sabar pula rasanya nak pegi hiking. Anak-anak pun dah mengajak nak panjat bukit kata mereka..

Category: MSK Special Parenting

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

6 thoughts on “Review : Baby Carrier – SSC, Osprey & MacPac

  1. hidayah

    Sgt suke review ini… so kesimpulan nye plan nak hiking baru carrier yg dua tu. Stkt travelling biasa SSC pun da ok. Kita sama tk suka bekerja dgn stroller .

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      hehe, kalo jalan2 sy lagi senang SSC je kot, taknak pakai boleh simpan masuk beg.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge