Hiking di Routeburn Track Dalam Hujan

By | March 10, 2014

First time sampai di Queenstown, tak berapa pasti macamana nak susun aktiviti. Jadi petang itu kami ke pejabat receptionist Lakeview Holiday Park untuk tengok-tengok pamplet pakej-pakej aktiviti yang ada. Banyak sangat aktiviti yang menarik. Dan kami pilih perkara yang tak boleh dibuat kalau bawa budak kecil.

Lalu kami decide untuk a-day-hiking. Tak berapa favor untuk hike berhari-hari kerana banyak lagi benda lain yang boleh dibuat. Jadi kami book untuk hiking di Routeburn Track Glenorchy. Memang tak berani pergi sendiri, takut tak balik-balik nanti.


Esoknya seawal jam 8 pagi kami tunggu kereta datang ambil. Breakfast makan buah dan minum cinch tea je. Yang penting, CoQ Health dan Advance Joint Health Tablet mesti kena telan. Tak lupa performance drink mesti bawa.

Jarak perjalanan dari Queenstown ke Glenorchy menganbil masa dalam 40 minit melalui Tasik Wakatipu yang cantik.

Cantik kan warnanya turqoise. Tapi ni pun yang dah ‘cair’ sikit warnanya ni.


Gambar di atas tu sebenarnya diambil semasa perjalanan balik. Semasa pergi, kabus tebal sangat, rupa tasik pun tak nampak.


Kambing New Zealand. Kambing lebih ramai dari orang.


Yeay akhirnya sampai juga ke Routeburn Shelter. Hujan mulai turun dan bukit-bukit semuanya terlindung kabus. Ada 2-3 orang trampers yang baru sampai juga. Dari saiz beg mereka, sepertinya mereka bakal bermalam, mungkin di Falls Hut.


Di sini ada pondok dan tandas, boleh flush habis2… kerana tandas di dalam sana tu sangat kasihan…

Beberapa gambar perjalanan kami ke Flat Hut, Routeburn Track.


Trek-trek hiking di New Zealand kebanyakannya macam ni, dah dimudahkan untuk trampers. Tapi kalau backcountry track itu lain cerita. Nak masuk pun tak berani, takut sesat!


Disebabkan hujan, jalan pun dah jadi gorge dan air terjun.


Kabus tebal, tak nampak puncak.

Sepanjang jalan tu sangat banyak burung yang kami temui, termasuk burung kegemaran Julie, guide kami, titipounamu. Dia kata susah betul nak jumpa seekor burung pun biasanya kalau dia ke sini, tapi hari ni banyak sangat burung keluar.

“You are my lucky charms!” Kata dia. Hehe.

Sepanjang jalan, makcik Julie ni asyik membebel je explain tentang nature di situ. Kebanyakan lantai hutan di sini diselaputi moss yang pelbagai jenis. Dengar cerita filem Lord of The Rings pun ada buat shooting dalam hutan ni. Hehe maafle tak follow pun.

Kami lalui sungai dan jambatan gantung juga. Selamatlah, penyakit gayat dah tak ada sekarang.


Dah hampir sampai ke Flat Hut. Di kawasan ni sangat banyak burung yang macam swan bersahut sahutan.


Yay! Dah sampai! Bergambar dulu.


Tiada sesiapa pun di sini kerana bukan peak season. Kalau peak season, ada renjer stationed di sini. Sebab tu yang agak bosan kalai nak bermalam time off peak, tak ada orang.


Kawasan foyer.


Ada 20 katil untuk trampers.


Buku ni untuk tulis nama di setiap hut. Renjer akan periksa nama-nama di setiap hut. Bagi yang lapor untuk teruskan perjalanan, kalau di hut berikutnya namanya tak ada, gerakan mencari akan dibuat.


Inilah lunch kami pada hari itu. Sedap juga lapar-lapar dan sejuk makan sandwich vegetarian ni. Disediakan oleh guide, so tak payah bawa bekal. Tapi kalau nak bawa pun takpe.


Sewaktu kami sedang makan, ada beberapa trampers lain baru sampai ke hut itu. Ada satu couple nak ke Falls Hut, tapi sebab hujan, mereka macam nak patah balik je. Nak ke sana kena memanjat sikit.

Seorang tramper bertanya kepada kami, ada nampak burung tak? Kami beritahu, banyak yang kami jumpa. Orang tu kata, seekor pun dia tak jumpa. Takjub seketika, betul lah kata Julie, kami ‘lucky charm’ dia. Ingatkan dia saja bermanis kata je.

Setelah berehat dalam setengah jam, kami berangkat pulang.


Inilah backcountry track. Jauh beza dengan trek yang kami lalui.


Surrender OK nak masuk sini. Karang ada keluar berita ‘Malaysian Couple Lost in New Zealand’.

Bagi trampers tegar yang ada alat navigasi dan pandai baca tanda perjalanan, mudah je la kot. Sebab pada pokok2 ni ada petanda penunjuk jalan. Tapi mata kami ni memang susah sangat nak agak di pokok mana petanda tu.


Alhamdulillah, sampai ke Routeburn Shelter. Dah jam 3.00 petang masa kami keluar. Hujan pun dah berhenti. Seronok, first time hiking kat sini. Dah ada experience ni rasa yakin sikit nak hike sendiri lepas ni.


Sampai di Queenstown jam 4.00 petang, kami sempat shopping sekejap di Kathmandu. Hehe. Makin semangat nak hike. Seorang pelajar Malaysia dari Kulim ada kerja di kedai ni. Syok shopping kat kedai mat saleh ni. Kalau di Malaysia, biasanya try-try makna nak beli. Di sini diorang suruh kita cuba sampai puas hati baru beli. Tak puas hati jangan beli.


Sempat menikmati keindahan Tasik Wakatipu… Sejuk sangat angin gunung.


Sedikit info tentang hiking di sini (klik link).

7 thoughts on “Hiking di Routeburn Track Dalam Hujan

    1. Mommy Lyna Post author

      taktaulah kenapa bila publish guna BlogPress gambarnya jadi blur pulak.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge