,

Stroller Paling Best Untuk Travel

admin Avatar

Biasanya kami travel dengan anak-anak guna SSC saja (baby carrier, soft-structured carrier) tapi memandangkan bila Fahry dah besar (dan berat!) stroller adalah antara pilihan yang harus difirkan. Maklumlah, sakit juga belakang kalau asyik nak berdokong je.

Disebabkan kami ni jarang dapat keluar shopping, dan TERLALU SIBUK (ini kes perasan busy) maka banyaklah perkembangan dunia stroller yang kami tak follow. Lagipun sebelum ni memang kaki carrier je.. tak pernah consider stroller. Kalau ada pun, main beli je.

Tapi untuk travelling, lagi-lagi lightpacking, tak sesuai pula nak bawa stroller gedabak. Lagi pula kami jenis simple dan praktikal… Tak suka renyah-renyah dan bersusah-susah. Dalam hati memang nak cari stroller lightweight dan senang lipat. Tapi tak buat research pun.

Kebetulan je kami jumpa Babyzen Yoyo di Shinsegae, Seoul, semasa backpack ke Korea bersama Fahry dan Hafiy. Betapa dahsyatnya lah sebab tak pernah cari pun di KL, tak tahu pun ada stroller yang sangat best macam ni!

Stroller ringan

Saya ni memang ada masalah besar nak melipat stroller. Hehe, nama je engineer. Tapi dengan BabyZen ni.. tiada masalah! One-hand operated je. Ish, taktau nak kata betapa best dan senangnya stroller ni.

Siap ada kapal terbang yang benarkan masuk dalam cabin lagi (Saudi Airways), yang lain biasanya treat macam stroller lain-lain juga.

BABY ZEN YOYO

Dia atas tu gambar Fahry dalam stroller kesayangan (kesayangan mak apaknya hehehe). Maklumlah, dulu stroller sebesar bas (exaggerate), masuk dalam bonet kereta, tak muat dah letak benda lain. Jadi bila ada yang macam ni, rasa puas hati dan seronok sangat.

Harga stroller ni dalam RM1800 tak silap (yang dalam Won tu saya pun tak ingat berapa ribu). Tapi kat page Babyzen Yoyo Stroller Malaysia ni boleh dapat murah sikit. Tapi saya tak pernah berurusan dengan page ni ya. Boleh try cuba (tiba2 dapat free iklan pula :D).

Tapi memang sekarang ramai yang pakai stroller ni, untuk memudahkan urusan travelling. Bukan saja naik kapal terbang, malah naik kereta, bas, kapal laut pun sangat-sangat mudah.

Ce tengok video ni:

admin Avatar

8 responses to “Stroller Paling Best Untuk Travel”

  1. irfa Avatar

    rm1800 ?
    mak aih, mahalnya
    hihi, takpelah.. suh je anak jalan kaki
    tp pegalaman travel ngan budak ni
    mmg kena bawak stroller kalau ke oversea
    timing tidur dia bukan boleh paksa macam kita
    kena pulak siang di sana, malam kat sini
    alamat patah pinggang kena dokong

  2. Orlando Avatar

    There are lots of new and great ways to utilize an herbal
    vaporizer. The next vaporizer within the list is not hard to make use of and portable.

    Quitting smoking can increase the smell of your respective breath, along with the general health of
    one’s mouth.

  3. normaizira Avatar
    normaizira

    Salam mommy, good info..tqvm

  4. tutyrahiza Avatar

    menarik stroller ni..

  5. Shaklee Avatar

    ok la rm1800 kita kan jutawan lumayan multimillionaire

    apedehal dengan rm1800

    hehehe

  6. nurinkhairi Avatar

    salam kenal. ingatkan stroller kami dah cukup best dah (lipat jadi kecik), tapi yang ni lagi best! stroller kami quinny zapp

  7. Huda Avatar

    Saya guna Graco. Ok bila jalan kat tempat berbatu-batu tak rata.

  8. Nadia Avatar
    Nadia

    Kalau nak pergi new zealand pd musim sejuk , stroller ni bgus ke? Sebab orang ckp nz jln byk batu…salji tebal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge