Semak Gula! Pastikan Tiada Gula Tambahan!

admin Avatar

Saya membelek akhbar 2-3 hari lepas dan mendapati ada satu iklan tentang susu untuk kanak-kanak yang memaparkan –NO ADDED SUGAR. Oh sekarang pun ada iklan TV tentang ni kan.. Biasanya saya dapati benda macam tu pada minuman2 seperti jus (e.g. Peel Fresh ‘No Added Sugar’) dan sebagainya. Rasanya memang tak manis.

peel fresh no sugar

Rupa-rupanya sangat banyak makanan kita yang mengandungi gula tambahan yang BANYAK! Mungkin kite lebih concern dengan gula-gula yang diambil oleh anak-anak, kerana kandungan gulanya… tapi banyak sebenarnya makanan kanak-kanak yang mengandungi gula tambahan.

gula gula

Kenapa???

Kerana kandungan gula ini ‘bersembunyi’ di sebalik nama-nama yang lain! Contohnya…

  • Corn Syrup Solids (pepejal sirap jagung)
  • Sucrose (sukrosa)
  • Glucose Syrup Solids (pepejal sirap glukos)

corn syrup solids
Malah, kandungan karbohidrat dalam makanan/minuman anak-anak juga kita kena ambil perhatian.. kerana karbohidrat kan dipecahkan menjadi glukosa (gula)!

No wonder orang kata anak-anak zaman sekarang sangat aktif sebab ‘terlebih gula’. Mana taknya,  dalam hampir kesemua makanan (kecuali mungkin yang dimasak di rumah) mengandungi gula yang tinggi, termasuk susu (sekiranya mereka minum susu formula)! Tak hairanlah budak2 yang suka menggonggong botol di waktu malam lebih senang nak dapat karies dan reput gigi…

Berbalik kepada gula yang bersembunyi di sebalik karbohidrat, sebaiknya sebelum membeli sebarang produk makanan anak-anak (terutama susu), periksa dulu labelnya dan yang penting tengok kandungan karbohidratnya. Karbohidrat yang tinggi bermakna gula yang tinggi!

Macamana nak tahu?

Jom kita ke www.semakgula.com.my

semak gula

13 susu teh??? Biar betulll????

Website ini memberi jawapan kepada dilema ‘berapa banyak gula yang anakku ambil hari ni???’ dan membongkar rahsia di sebalik gula dalam susu tepung untuk membesar…

Jadi ibu-ibu yang nak wean off anak dan memilih untuk bertukar ke susu formula, pastikan anda membuat pilihan yang tepat dan betul. Buat pilihan yang terbaik untuk masa depan anak anda yeahh…

Pastikan anda memilih pemakanan terbaik untuk mereka… TANPA GULA TAMBAHAN!

So, apa kata masing2 yang anak ambil susu formula tu cuba periksa label susu… berapa sudu gula agaknya T___T

admin Avatar

7 responses to “Semak Gula! Pastikan Tiada Gula Tambahan!”

  1. sidratul muntaha Avatar

    aku bagi setot minum milo bancuh sendiri.
    dia mgm tak suke mkn junk food tpi pasal karbo tu aku rasa betul la.dia tak tolak mkn ape saje.
    ahahahhaa..
    maybe sbb tu dia hyper!

  2. Fara Avatar

    Ambil berat tentang gula. Betul. Tapi kena beringat juga dengan taktik pemasaran produk. Iklan memang nampak serius. Sampai kita pun boleh terpedaya.

  3. Sarah_Salihah Avatar
    Sarah_Salihah

    Ohh..perlu2..kena
    * Corn Syrup Solids (pepejal sirap jagung)
    * Sucrose (sukrosa)
    * Glucose Syrup Solids (pepejal sirap glukos)
    ini term2 yg kena lebih prihatin nie..tq tuan rumah!

  4. lydzar Avatar

    nnt satu persatu brand akan keluarkan iklan susu formula dorang kurang gula ..

  5. maui_wifey Avatar

    betulker..terlebih gula bg budak jd terlbh active?
    bb sy yg nak msk 11bln tu suka sgt air kotak dutch lady tu..dier tau kiter xbagi, cepat2 dier sedut laju2..
    pantang nampak air kotak tu..lajujer dier dtg..takut pulak dier trlebih active nnt..

  6. sayacomel Avatar

    ramai orang tak tahu. Jadi, diorang main beli aje..
    emm..kena lebih berhati-hati sekarang..

  7. qay Avatar
    qay

    lain drpd tuh, maltosa, dextrose,yg kdg ditulis pd mknn n mnuman, semua pun gula ringkas juga…even glucolin tu mmg btul ada lah gula ringkas..gula kita pki tu namanya sukrosa.so mmg kena hti2..skrg dah bnyak porduk yg tulis, bapa jumlah karbo dan berapa jumlah gula yg tkndung dlm mknn tuh..so kena tliti labelnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge