Penatnya hari ni menguruskan benda2 semua segala ni *phewww*
Saya takut sebenarnya nak letak kat sini, takut nanti mereka tak jadi datang dan mengecewakan yang hadir.. tapi marilah kita sama2 berdoa agar mereka dapat datang 🙂
Insya-Allah, khas untuk FAME families dan semua pengunjung Bling Luste 1st Anniversary, kami bawakan…
..dan kemungkinan besar…
dan ramai lagi dari
Dan jangan terkejut kalau…
juga…
… turut sama!
*ada lagi selebriti yang dalam list, akan kita senaraikan nanti pula 😉
Saya tak main-main!
Siapa kata tak best jadi insan istimewa… ramai yang prihatin untuk turut sama-sama turun dan meraikan mereka.
Anda bagaimana? 😀
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada para sukarelawan dari Yoyooh! dan teman saya Mira yang sudi menghulurkan tangan untuk membantu kami dalam misi ini. Misi yang agak mustahil nih! Saya bukan tak pernah handle event besar tapi itu masa zaman sekolah dan universiti… tak ada suami dan anak-anak. Sekarang ni memang boleh crack kepalaku! Tapi syukurlah dengan pengalaman yang lepas-lepas, tak adalah rasa janggal. Dan pastinya support dari family.
Tiba2 event yang nak buat kecil-kecilan saja jadi macam Jom Heboh pulak. Tapi jangan salah faham. Mereka bukan datang untuk konsert (kecuali kalo Mirwana ke Mawi (Mawii???) nak nyanyi, amat2lah dialukan, bukan?), tapi untuk sama2 meraikan dan melihat kelancaran program FAMEkids ini. Malah Mirwana sangat2 excited untuk bersama-sama kami kerana mereka memang suka aktiviti charity sebegini dan Saudara Akmal dari kumpulan ini merupakan seorang tenaga pengajar kepada anak2 istimewa tentang pelbagai jenis skill. Kebetulan pula beliau mengajar di sekitar Puchong.
Mungkin dah takdir Ilahi 😀
Kami masih mengalu2kan sekiranya ada pihak yang nak sponsor apa-apa untuk majlis ini. Semoga menjadi investment yang tak perlu risau akan untung-rugi sebab insyaAllah akan sentiasa beruntung hendaknya 🙂
*gambar google je betapa tidak sempatnya saya tika ini.
Leave a Reply