Tiba masanya kembali menggegar!!! 😛
Saya kan, rasa macam kureng sikit nak pakai term ‘homeschool’ kalau kita just ajar anak sikit2 kat rumah. Sebab saya rasa kalau homeschool tu dia ada banyak steps and full commitment, macam yang Kak Baiti OHH, Coachsha, Mamafiza, Hanz (oh memang ikon legend nih!), – sekadar menyebut beberapa nama.
Ajar anak di rumah adalah ajar anak di rumah 😀 Eh tapi saya tak kisah lah sesiapa nak pakai term homeschool pun. Takde dalam kamus Dewan pun 😛
Saya kini sedang set-up sekolah di rumah saya. Sekolah di rumah saya ni bukanlah sebuah sekolah canggih yang nak melahirkan seorang Einstein. Alangkah indahnya kalau sekolah di rumah saya dapat melahirkan seorang Muhammad Al-Fateh. Seorang yang sangat bijak, berani berjuang, yakin dengan diri sendiri, kuat semangat, dan hidup berlandaskan Kitabullah dan Sunnah.
There’s a fine line antara mendidik anak dengan menyaksikan perangai anak. Semua orang dilahirkan berbeza. Tak semua orang mukanya cantik, tapi tak semua orang cantik tu akhlaknya baik. Ada yang sakit, yang cacat (dan hensem macam Fahry)… Inikan pula anak-anak yang masih belum aqil baligh.
Mungkin terlalu cenderung kepada teori Barat bahawa anak2 yang dididik dari awal sepatutnya menjadi sangat baik, mendengar kata, diam2 je, etc. Tapi hakikatnya Islam telah meletakkan anak-anak di bawah umur aqil baligh sebagai suci, mulia, dikasihi malah Rasulllah amat mencintai mereka ini.
Walau macamanapun kanak-kanak tetap juga kanak-kanak. Saidatina Aisyah, meskipun selepas bernikah dengan Rasulullah SAW, masih cenderung bermain anak patung, hingga Rasulullah membenarkan kawan-kawannya datang bermain sama.
Element penting dalam mendidik anak ialah KEIBUBAPAAN, atau PARENTING. Ya, ia adalah berkaitan ibu bapa. Apabila anak nakal, adakah patut dimarah anak itu kerana perangai nakal “Kenapa anak nakal sangat???”. Tengku Ismadi menyarankan supaya ibu bapa yang bertanya diri sendiri “Apa yang boleh aku buat supaya anak aku menjadi anak yang soleh”. Ia lebih proaktif di situ.
Sekarang ni saya masih tiada laptop. Sebenarnya, mengenang kisah Hafiy mencurahkan air ke atas laptop saya, dan saya tidak marah sedikitpun kepadanya, kerana ia pernah berlaku kepada saya. Saya telah ter-merosakkan kereta ayah saya dengan teruk sekali, sehingga tak boleh digerakkan, terpaksa ditarik, sedangkan ayah saya bekerja pada malam hari kejadian tu. Tapi ayah saya tak marah. Malah selepas kereta siap dibaiki, Ayah menyuruh saya memandunya lagi.
Kejadian itu membuat saya berfikir. Ya, rasa bersalah kerana memandu kereta ayah hingga melanggar sesuatu yang tersembunyi di dalam semak (seketul tiang batu besar yang dibaringkan) dan menyebabkan chasisnya patah. Tapi Ayah tak marah. Mungkin, kalau beliau marah, saya akan memberontak, atau saya terus serik dan dah tak berani bawa kereta lagi.
Sejak kejadian tu saya jadi lebih berhati-hati, sebab saya tahu Ayah mesti sedih. Jadi, saya taknak buat dia sedih lagi.
Sebab tu saya tak marah anak-anak saya. Biar mereka tahu sendiri yang saya sedih dengan perbuatan mereka. Saya memang percaya itu, sebab saya sendiri yang alaminya.
Kerana itulah juga, saya (dan Ayah, mungkin) ‘melebihkan’ sikit duit kami supaya bila berlaku kejadian merosakkan benda mahal, tak adalah tension sampai meroyan. Takpe, nanti boleh repair/beli lain je. Tapiiii saya tak puji anak saya merosakkan harta benda saya, like “Kretif! Bagus!” Apa gila ke. Di depan orang memang saya akan cakap begitu, supaya orang tak kata anak saya “Nakal”. Selagi anak saya tak rosakkan barang public/barang orang berkenaan, mereka tidak berhak untuk berkata demikian. Selagi itu adalah harta saya, dan saya sendiri yang menanggungnya, dan tidak menyusahkan orang lain, tiada orang layak melabel sedemikian 🙂
Bukan saya nak membela anak, dia memang salah, tapi kesalahannya hanya pada saya. Dan saya tak kisah pun 🙂 Kalau dia jahanamkan harta orang lain, itu belakang kira lah. Fikir logik pun, kalau anak kita rosakkan harta benda orang, takkan kita nak puji2 anak kita lagi? Harus la bagi sedas dua. Lepas tu pandai2 la bayar gantirugi kat empunya harta.
Matapelajaran tu memang susah nak pass = BERTANGGUNGJAWAB. Tak ramai yang suka dan sukarela memikul tanggungjawab, kecuali nak jadi isteri dan ibu 😀
Sekolah di rumah saya ni baru nak buka semula selepas 10 bulan bercuti (woooh lamanya!).
Dua orang pelajar tetap di sekolah saya.
Benda ada 5 je tapi dia dah kira sampai TEN.
Fahry memang lawak. Jumpa cermin dia mesti nak cium reflection dia. Hensem ke Dik orang dalam cermin tu?
Leave a Reply