,

Sekolah Di Rumah Saya

admin Avatar

Tiba masanya kembali menggegar!!! 😛

Saya kan, rasa macam kureng sikit nak pakai term ‘homeschool’ kalau kita just ajar anak sikit2 kat rumah. Sebab saya rasa kalau homeschool tu dia ada banyak steps and full commitment, macam yang Kak Baiti OHH, Coachsha, Mamafiza, Hanz (oh memang ikon legend nih!), – sekadar menyebut beberapa nama.

Ajar anak di rumah adalah ajar anak di rumah 😀 Eh tapi saya tak kisah lah sesiapa nak pakai term homeschool pun. Takde dalam kamus Dewan pun 😛

Saya kini sedang set-up sekolah di rumah saya. Sekolah di rumah saya ni bukanlah sebuah sekolah canggih yang nak melahirkan seorang Einstein. Alangkah indahnya kalau sekolah di rumah saya dapat melahirkan seorang Muhammad Al-Fateh. Seorang yang sangat bijak, berani berjuang, yakin dengan diri sendiri, kuat semangat, dan hidup berlandaskan Kitabullah dan Sunnah.

There’s a fine line antara mendidik anak dengan menyaksikan perangai anak. Semua orang dilahirkan berbeza. Tak semua orang mukanya cantik, tapi tak semua orang cantik tu akhlaknya baik. Ada yang sakit, yang cacat (dan hensem macam Fahry)… Inikan pula anak-anak yang masih belum aqil baligh.

Mungkin terlalu cenderung kepada teori Barat bahawa anak2 yang dididik dari awal sepatutnya menjadi sangat baik, mendengar kata, diam2 je, etc. Tapi hakikatnya Islam telah meletakkan anak-anak di bawah umur aqil baligh sebagai suci, mulia, dikasihi malah Rasulllah amat mencintai mereka ini.

Walau macamanapun kanak-kanak tetap juga kanak-kanak. Saidatina Aisyah, meskipun selepas bernikah dengan Rasulullah SAW, masih cenderung bermain anak patung, hingga Rasulullah membenarkan kawan-kawannya datang bermain sama.

Element penting dalam mendidik anak ialah KEIBUBAPAAN, atau PARENTING. Ya, ia adalah berkaitan ibu bapa. Apabila anak nakal, adakah patut dimarah anak itu kerana perangai nakal “Kenapa anak nakal sangat???”. Tengku Ismadi menyarankan supaya ibu bapa yang bertanya diri sendiri “Apa yang boleh aku buat supaya anak aku menjadi anak yang soleh”. Ia lebih proaktif di situ.

Sekarang ni saya masih tiada laptop. Sebenarnya, mengenang kisah Hafiy mencurahkan air ke atas laptop saya, dan saya tidak marah sedikitpun kepadanya, kerana ia pernah berlaku kepada saya. Saya telah ter-merosakkan kereta ayah saya dengan teruk sekali, sehingga tak boleh digerakkan, terpaksa ditarik, sedangkan ayah saya bekerja pada malam hari kejadian tu. Tapi ayah saya tak marah. Malah selepas kereta siap dibaiki, Ayah menyuruh saya memandunya lagi.

Kejadian itu membuat saya berfikir. Ya, rasa bersalah kerana memandu kereta ayah hingga melanggar sesuatu yang tersembunyi di dalam semak (seketul tiang batu besar yang dibaringkan) dan menyebabkan chasisnya patah. Tapi Ayah tak marah. Mungkin, kalau beliau marah, saya akan memberontak, atau saya terus serik dan dah tak berani bawa kereta lagi.

Sejak kejadian tu saya jadi lebih berhati-hati, sebab saya tahu Ayah mesti sedih. Jadi, saya taknak buat dia sedih lagi.

Sebab tu saya tak marah anak-anak saya. Biar mereka tahu sendiri yang saya sedih dengan perbuatan mereka. Saya memang percaya itu, sebab saya sendiri yang alaminya.

Kerana itulah juga, saya (dan Ayah, mungkin) ‘melebihkan’ sikit duit kami supaya bila berlaku kejadian merosakkan benda mahal, tak adalah tension sampai meroyan. Takpe, nanti boleh repair/beli lain je. Tapiiii saya tak puji anak saya merosakkan harta benda saya, like “Kretif! Bagus!” Apa gila ke. Di depan orang memang saya akan cakap begitu, supaya orang tak kata anak saya “Nakal”. Selagi anak saya tak rosakkan barang public/barang orang berkenaan, mereka tidak berhak untuk berkata demikian. Selagi itu adalah harta saya, dan saya sendiri yang menanggungnya, dan tidak menyusahkan orang lain, tiada orang layak melabel sedemikian 🙂

Bukan saya nak membela anak, dia memang salah, tapi kesalahannya hanya pada saya. Dan saya tak kisah pun 🙂 Kalau dia jahanamkan harta orang lain, itu belakang kira lah. Fikir logik pun, kalau anak kita rosakkan harta benda orang, takkan kita nak puji2 anak kita lagi? Harus la bagi sedas dua. Lepas tu pandai2 la bayar gantirugi kat empunya harta.

Matapelajaran tu memang susah nak pass = BERTANGGUNGJAWAB. Tak ramai yang suka dan sukarela memikul tanggungjawab, kecuali nak jadi isteri dan ibu 😀

Sekolah di rumah saya ni baru nak buka semula selepas 10 bulan bercuti (woooh lamanya!).

homeschool

Dua orang pelajar tetap di sekolah saya.

homeschool

Benda ada 5 je tapi dia dah kira sampai TEN.

fahry

Fahry memang lawak. Jumpa cermin dia mesti nak cium reflection dia. Hensem ke Dik orang dalam cermin tu?

admin Avatar

20 responses to “Sekolah Di Rumah Saya”

  1. siti serenity Avatar

    comel fahry kiss mirror! 🙂
    .-= siti serenity´s last blog ..Bagaimana memilih jenis CD yang sesuai untuk anak anda =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry mmg perasan. Tgk cermin sengih2.

  2. Mrs Imran Avatar

    itu lah tgk fahry kiss cermin, comel nya 🙂 i nnt ajar2 basic jer kot dekat rumah. sbbnya i lagi prefer anak join kawan2 lain dkt institusi pembelajaran yg lagi ramai student, sbb nk kasik dia bukak mata tgk keliling and increase his social skills. betul kata u, homeschool ni ada byk commitment and steps2 dia tkleh main terjah. Hihi. Org yg dh biasa buat boleh la, sbb diaorg mmg dah kaji secara mendalam. K
    .-= Mrs Imran´s last blog ..My Brother & Singer sewing machine =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Mungkin bukan keperluan lg utk kita buat homeschool secara serous.

  3. ummi Hanie Avatar

    hmm..betol gak tu..term ‘homeschool’ tu agak berat bagi yg belum benar2 melaksanakannya step by step..i mean,do it properly.i think i’m not fully ready to fulfill my wish to do homeschooling properly..just a little bit for my first steps . huhu.

    tapi,insyaAllah rasanya lepas dah cat2 bilik,dah gantung2 poster pendidikan bagai..rasa macam ada semangat baru kan utk mula homeschooling properly ?
    .-= ummi Hanie´s last blog ..Libur2 Medan,Indonesia : PART 2 (Final) =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Homeschool kalau kat overseas mcm UK, US ia tak silap saya sistem pendidikan formal yg ada plan, kurikulum, jadual bagai cuma dibuat di rumah. Kalau kita sekadar ajar anak di rumah sikit2, mungkin bukan standard homeschool di sana.

  4. farah Avatar

    hahaha suka sgt tgk gamba fahry kiss cermin tu..yela die rase budak dlm cermin tu hencem.
    .-= farah´s last blog ..Breastfeeding dan ibu bekerjaya =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tapi budak2 depan2 dia tak hingin nak kiss. Trick sungguh Fahry.

  5. k.aliza Avatar

    Memang nak mulakan homeschool perlukan banyak persediaan, sampai skrg saya tak yakin untuk mulakan untuk anak-anak saya walaupun kami banyak melakukan aktiviti dirumah.

    Yang paling penting bagi anak-anak ialah mendidik akhlak mereka, itulah tugas yg paling sukar dalam hidup seorang ibu. Kadang2 kita fokuskan pada membaca dan menghafal tapi lupa akhlak adalah asas hidup anak-anak kita.

    Ramai anak2 yg berperangai lain didepan kita, bila dibelakang kita lain pula jadinya. Oleh itu bagi saya pendidikan anak2 berlangsung seumur hidup. Sama-samalah kita mendidik anak2 kita agar dunia mereka akan jadi lebih baik daripada zaman kita.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      TQ Kak Liza kerana sudi tinggal komen.

      Saya rasa tugas ibu lebih kepada membina iman Dan akhlak serta jatidiri, benda yg tak diajar di sekolah.

  6. zuhaini Avatar

    comel la fahry! 🙂

    oh ya, alia pun macam hafiy.. gambar ada la dalam 3 atau 4 benda, dia kira dari one, sampai ten! ahahaha… lawak tul… 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..Behind a successful man, there’s a woman, Behind a successful woman…? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hehehe. Terhibur dgn gelagat anak2.

  7. ibuaQeel Avatar

    so sweet..besar cabaran nk buat homeschool..i admit..i just ajar sket2..xdela smpai formal mcm kt skool btl tu:D but at least there is something:)

    p/s:pls confirm attendance for blogger’s famili day ok..dateline to confirm is 24th:)

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Yg panting anak seronok beraktiviti,

      P/s: mode merancang.

  8. Jiji Avatar

    Borak dengan kawan ni sorang ni, dia ni isteri kedua, ada anak pompan sorang mostly dia je yg jaga.. borak borak tetiba terkeluar ayat ni “INGAT SENANG KE JI NAK DIDIK ANAK. LAGI LA ANAK PEREMPUAN. NAK AJAR TUTUP AURAT. INGAT DIA UMUR 12 TAHUN NANTI BARU NAK AJAR ? DAH LEWAT JI!!”

    12 tahun bagi dia dah lewat nak ajar anak menutup aurat hish.. kalo kita (saya la punya pemikiran, takpe kecik lagi dah besar esok laa)

    Banyak pekara kita leka kan… banyak sgt terikot budaya barat. Paling tak suka jadikan anak patung peneman tido.. suruh anak kita bergantung kat pantung pulak. Mmg la ada saikology blablabal bagai tp.. tak perlu sebenarnya
    .-= Jiji´s last blog ..Apa masalahnya?? =-.

  9. Hanz Avatar

    ish..x layaklah digelar legend icon gitew..huhu..doa2kan berterusan ya me ngan HS, i meant boleh bawak anak ke opis, risau nak pindah opis ni..huhu..kalu idak malam2 ngan weekend jelah…
    .-= Hanz´s last blog ..TheHoneybunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever! =-.

  10. Fid Avatar

    fahry tgh fikir kenapa ada dua fahry

    anda tahu jawapannya?sila beritahu fahry!

  11. LeeN Avatar

    haaaaaa… nama itu sudah disebut. hehehe. ;p

  12. aidie Avatar

    i still opted to send my kids to school. at school they will learn to communicate with others, be friends, be happy or maybe get hurt in the process. but its an experience for them which we cant really get it by homeschooling.
    .-= aidie´s last blog ..Hot weather =-.

  13. huda Avatar

    comelnye fahri kecik-kecik, kenal die time die dah besar, sume baby pun memang comey ape pun die buat, akan buat kite senyum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge