Rasa macam berita terkini aje kejap2 terima update 🙂
Hari ni kami dapat confirmation Aznil Nawawi a.k.a Pak Nil dan Erra Fazira tak dapat datang T____T    Pak Nil sibuk dengan AF9. Malam tu ada konsert (kan?). So takpelah, takde rezeki lagi kita bersama Pak Nil. Dah banyak kalo konon nak jumpa Pak Nil tak dapat2 😀
Hari ini juga dapat call dari pihak RTM bahawa krew rancangan Chiki Boom! akan turun ke majlis ini. Peminat-peminat Kak Rara, Kristal, Mamat, Fiqah & Izaac bolehlah nanti mintak autogeraf mereka dan mengendeng2 kot-kot la dapat menyelit masuk TV you!
Hari ni juga Ben Ashaari the famous blogger telah membuat entry tentang event ni, baca entry Ben kat sini. Alhamdulillah, saya sebenarnya penat tak habis dari GCDC haritu, baru habis pantang, hujung minggu lepas ke gathering family di Ipoh dan sekarang bekerja keras untuk event ni, di samping kerja2 harian.. sehingga terpaksa melambakkan sebuah bilik menjadi ‘walking wardrobe’ LOL. Sebenarnya walking and searching wardrobe sebab tak sempat nak lipat dan gantung. Siapa nak ambil upah lipat baju sila hubungi saya. HeHe.
Nak cerita tentang Fahry, FAMEkid saya tu. Kesian sangat saya tengok Fahry, dah 6 bulan kakinya tak sampai-sampai. Sekarang katanya dah siap tapi pakcik tu la pulak demam… Ayooo.. kalaulah saya tahu buat kaki sendiri, saya dah buat 2-3 pasang untuk Fahry. So saya MINTAK sangat pada anakku Fahry besar besok (tak payah besar pun, Adi Putra sekarang belum besar dah ada company sendiri) buat satu kilang anggota palsu gred A. Kan senang nak buat kaki, buat di kilang sendiri 😀
Saya bukan taknak cari orang lain, tapi dah commit dah dengan orang tu. Bukan murahhh.. kalo seketul 7-8 puluh ringgit, or 7-8 ratus ringgit pun takpe lagi…. Takpelah mungkin rezeki Fahry nanti berlipat ganda, ameen.
Dari segi pembelajaran, kalau ikutkan cikgu2 taska nya, derang kata Fahry OK, proaktif semua. Ye, memang. Kat rumah sangat sukar nak mengajar dia sebab dia punya fokus cuma 5 saat je. Lepas tu dah cari benda lain. Tapi OK lahhhh dalam2 tak fokus tu dapat jugak dia cam beberapa perkataan 3 huruf, not bad laaa.
Yang paling kelakar solat jemaah imam bagi salam “Assalamualaikum warahmatullah…” dia pegi jawab “Waalaikumussalam!” 😀
Ok, saya akan kembali lagi dengan update2 tentang FAMEkids dan …..
iPad 2!
Leave a Reply