Rugikah Jika Tak Mula Dari Awal?

admin Avatar

Saya melewati (skimming je) beberapa blog yang ditulis oleh adik-adik yang masih di peringkat remaja. Kagum sungguh saya dengan pemikiran, pandangan dan pendapat mereka. Saya rasa segan sendiri pula bila tulis tentang benda merapu dan gunakan ayat2 yang merapu, LOL.

Sampai terbit di hati saya “Ruginya saya tak mula dari awal”

Sebenarnya itu memang dilema kebanyakan kita, kan? Bila dah terlewat, dah terlambat barulah kita rasa “Ruginya tak mula dari awal”. Yelah, kalau mula dari awal, mesti sekarang dah begitu berjaya, atau at least ada perkembangan.. tidaklah berada di takuk lama macam sekarang. Memang tak boleh lari, saya sendiri pun rasa banyak benda saya rugi sebab tak mula dari awal.

Tapi.. betul ke rugi kalau tak mula dari awal?

Pertama sekali, kalau dah sampai tahap ini, jangan menyesal. Sebab apa, kalau MENYESAL, biasanya terus tak buat apa2 sebab rasa semua dah terlambat.

Kedua, mulakan sekarang! Pepatah Cina ada mengatakan “Masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 10 tahun yang lalu, dan masa kedua terbaik adalah sekarang”. So kalau rasa dah terlepas peluang pertama yang kita ‘rugi’kan itu, gunakan peluang kedua yang masih ada, SEKARANG. Bukan esok, tapi sekarang.

Ketiga, baca entry saya tentang Jadi Late Bloomer Yang Berjaya. HeHe, boleh masuk dalam steps pulak ya.

Masa kecil dulu, saya ada banyak cita-cita yang belum tercapai lagi (dan mungkin ada yang tak tercapai langsung, atau sipi2 je). Saya nak jadi seorang gimnas atau ballerina (lawak sungguh) tapi, yelah mungkin sebab gimnas & ballerina tu seksi maka saya cuma diizinkan Tuhan untuk join pasukan Taekwon-Do. Ada jugakla kena buat split. Ala2 macam gimnas jugak hape. Dulu saya terer betul buat split, (kalau buat depan2 atok sure kena marah :D) tapi sekarang dah tak ada kot. Step2 dalam taekwon-Do pun yang basic je saya ingat.

Saya teringin sangat ke Jepun. Nak sangat sambung belajar kat sana. Sampai sekarang belum jejak kaki lagi. Dah beberapa kali plan nak visit sepupu saya kat sana, tapi ada saja halangannya. Belum ada rezeki lagi nak tengok bunga sakura kat sana.

Tapi bila difikir2, sangat banyak hikmah di sebalik belajar di uni dalam negara ni saja.

Berbalik kepada topik, bila kita rasa dah terlambat, sebenarnya belum. Inilah MASANYA yang sesuai untuk kita lakukan perkara yang kita rasa ‘terlambat’ tu. Sebab itu kita diberi ilham tentangnya. Dulu-dulu, masa yang kita rasa sepatutnya kita buat benda2 tu, adalah masa2 yang mana kita diberi peluang untuk buat benda lain.

Jadi bila dah sampai peluang kedua ni, janganlah disia-siakan lagi, memandangkan kita dah terlepas masa yang 10 tahun dulu.

Semua orang berhak untuk berjaya, tak kira dia siapa. Cuma ia terletak pada diri sendiri nak buat ke tidak. Tak ada siapa yang boleh tolong kunyahkan makanan untuk kita, suapkan mungkin boleh, tapi nak kunyah.. ehhe, kita pun tak sanggup kot nak telan makanan yang orang dah siap kunyah, LOL. Kalau pakai blender masuk ikut tiub pun tunggu kita dah sakit teruk tak boleh bergerak, ada la harapan gamaknya.

Hmmm, saya ada banyak buku yang saya rasa patutnya saya baca 10 tahun lalu, tapi 10 tahun lalu saya sibuk dengan buku pelajaran (iyolah tu!). Jadi saya terpaksa beredar sekarang 😉

Jom, mai kita buat benda yang patutnya kita buat dah lama dulu!

admin Avatar

5 responses to “Rugikah Jika Tak Mula Dari Awal?”

  1. naimulfirdaus Avatar

    late is better than never kan..

  2. asz Avatar

    setuju sgt..apa yang berlaku sume dah diatur yang Esa..kalo diteliti balik, pasti ada hikmahnye!

  3. kemma Avatar

    tetiba rse nak nangis baca entry ni..huhu…

  4. juanita Avatar

    Eh sama laa..wawakwak…

    Yer saya pun perlu beredar dulu….

  5. Amay Hamidi Avatar

    Tahniah kerana menyedari.. Yang penting ialah kita memulakannya walaupun terlewat..! Dapatkan buku Siapa Kita 10 Tahun Lagi yang sedang hangat di pasaran. Dijual di semua kedai buku MPH sekarang. Harganya cuma RM19.90. Nak dapatkan daripada saya pun boleh juga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge