Selepas seminggu berpuasa pelbagai respon daripada ibu yang menyusukan anak tentang proses penyusuan sepanjang berpuasa. Ada yang susunya tidak berkurang, malah ada yang bertambah! Namun tak kurang pula yang mengalami kekurangan susu hingga tak cukup untuk anak.
Jadi, apakah solusinya? Formula?
Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa yakni kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) ada dua sebab:-
- Risau tentang keselamatan dirinya
- Risau tentang keselamatan anaknya
Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”
Ibu menyusu yang mengalami kekurangan susu tidak perlu memberikan anaknya formula semata-mata kerana nak terus berpuasa, kerana ibadah di bulan Ramadhan ni bukan semata-mata berlapar dahaga (puasa) tapi ia lebih lagi. Rukhsah juga satu ibadah berdasarkan hadis:
“Sesungguhnya Allah menyukai rukhsah-Nya dilaksanakan sebagaimana Allah membenci maksiat dilakukan” (HR Ahmad)
Akan tetapi, tak semua ibu menyusu yang kurang susu semasa puasa boleh berbuka. Ibu yang wajib meneruskan puasa:
- Ibu yang dah campur susu, kerana anaknya memang dah minum susu formula.
- Ibu yang ada stok susu berbotol-botol, kerana anaknya masih ada bekalan susu ibu untuk diminum.
Islam itu indah dan mudah. Ibu yang tidak menyimpan stok, atau tak sempat menyimpan stok, tak perlu gusar dan susah hati bila susu merudum sebab puasa, kerana Allah telah memberi hadiah yakni rukhsah puasa – berbuka (tak payah puasa) bila keadaan itu memberi mudarat kepada anak (tak cukup susu). Dan janganlah guna ayat ‘ponteng puasa’ bila terpaksa berbuka dalam keadaan begitu. Bukan ponteng atau mengelat sebab ada peruntukkan di situ. Malah itu adalah perkara yang amat disukai Allah.
Ibu yang berbuka kerana susu tak cukup wajib mengqodho puasa dan membayar fidyah (kerana berbuka oleh sebab orang lain).
Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada semua ibu untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini serta menerima setiap perbuatan baik sebagai ibadah kepada-Nya.
P/S : stok performance drink masih ada untuk ibu2 yang nak maintain pengeluaran susu. jom order dengan saya 😀 cepat2 sebab bulan puasa PD ni lajuuu & cepat habis. email sauberlina@gmail.com
Leave a Reply