Nurse-In Flash Mob, KLCC 7th August 2011

admin Avatar

Sekejap lagi akan berlalu acara yang mungkin pertama seumpamanya berlaku di negara kita – FLASH MOB OLEH IBU-IBU MENYUSUKAN. Ia adalah bersempena dengan MINGGU PENYUSUAN IBU SEDUNIA (Minggu pertama bulan Ogos) dan flash mob ini akan dilakukan selama 5 minit di mana 100 orang ibu akan menyusukan bayi secara serentak di Suria KLCC!

Salah satu objektif flash-mob ini adalah untuk memperjuangkan hak ibu menyusu untuk menyusukan bayi di mana sahaja tanpa sebarang prejudis, pandangan jelik apatah lagi celaan. Yang menariknya acara Nurse-In Flash Mob ini turut disertai oleh selebriti yang juga menyusukan bayi mereka 🙂

Saya, tak dapat bersama-sama dalam acara itu kerana ada komitmen keluarga. Namun dari jauh tetap mendapat sokongan! (Oh, saya memang suka sangat perihal nursing in public, sebab kami memang selalu keluar & NIP is my practice).

Pasti seronok keadaannya. Dan Salwa (rujuk entry tentang Ayah Kauthar) juga menyertainya! Kalau pegi kang boleh korek cerita 😀

flash mob

BF flash-mobbing di Paddington Station, London

Nantikan live dari KLCC di FaceBook dan Twitter 😀

admin Avatar

4 responses to “Nurse-In Flash Mob, KLCC 7th August 2011”

  1. baby Avatar

    baca fb kawan2 katanya ramai jugak kat klcc

  2. pizet77 Avatar

    kalau dekat nak jugak pegi…menarik

  3. ScaniaZ Avatar

    Sokong 1000% susu badan huhuhu…bagus sgt2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge