,

Puasa Ibu Menyusu

admin Avatar

Selepas seminggu berpuasa pelbagai respon daripada ibu yang menyusukan anak tentang proses penyusuan sepanjang berpuasa. Ada yang susunya tidak berkurang, malah ada yang bertambah! Namun tak kurang pula yang mengalami kekurangan susu hingga tak cukup untuk anak.

Jadi, apakah solusinya? Formula?

Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa yakni kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) ada dua sebab:-

  1. Risau tentang keselamatan dirinya
  2. Risau tentang keselamatan anaknya

Dari Anas R.A.:

“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.”

Ibu menyusu yang mengalami kekurangan susu tidak perlu memberikan anaknya formula semata-mata kerana nak terus berpuasa, kerana ibadah di bulan Ramadhan ni bukan semata-mata berlapar dahaga (puasa) tapi ia lebih lagi. Rukhsah juga satu ibadah berdasarkan hadis:

Sesungguhnya Allah menyukai rukhsah-Nya dilaksanakan sebagaimana Allah membenci maksiat dilakukan” (HR Ahmad)

Akan tetapi, tak semua ibu menyusu yang kurang susu semasa puasa boleh berbuka. Ibu yang wajib meneruskan puasa:

  • Ibu yang dah campur susu, kerana anaknya memang dah minum susu formula.
  • Ibu yang ada stok susu berbotol-botol, kerana anaknya masih ada bekalan susu ibu untuk diminum.

Islam itu indah dan mudah. Ibu yang tidak menyimpan stok, atau tak sempat menyimpan stok, tak perlu gusar dan susah hati bila susu merudum sebab puasa, kerana Allah telah memberi hadiah yakni rukhsah puasa – berbuka (tak payah puasa) bila keadaan itu memberi mudarat kepada anak (tak cukup susu). Dan janganlah guna ayat ‘ponteng puasa’ bila terpaksa berbuka dalam keadaan begitu. Bukan ponteng atau mengelat sebab ada peruntukkan di situ. Malah itu adalah perkara yang amat disukai Allah.

Ibu yang berbuka kerana susu tak cukup wajib mengqodho puasa dan membayar fidyah (kerana berbuka oleh sebab orang lain).

Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada semua ibu untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini serta menerima setiap perbuatan baik sebagai ibadah kepada-Nya.

P/S : stok performance drink masih ada untuk ibu2 yang nak maintain pengeluaran susu. jom order dengan saya 😀 cepat2 sebab bulan puasa PD ni lajuuu & cepat habis. email sauberlina@gmail.com

admin Avatar

10 responses to “Puasa Ibu Menyusu”

  1. naimulfirdaus Avatar

    perkongsian yang bagus untuk ibu-ibu di luar sana..

  2. anitaare Avatar

    assalammualaikum tuan rumah,

    kalau untuk ibu-ibu dah tak menyusukan ada ke?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      waalaikumussalam cik puan,

      performance drink ke? semua orang pun bole amik, dari kanak2 sampai ke warga emas 🙂

  3. Norafizah Avatar
    Norafizah

    Assalamualaikum, Mommy Lyna..
    Saya dh try performance drink n soy protein yg saya order dari akak minggu lepas tu…Alhamdulillah,mmg marvelous!
    Susu macam sentiasa penuh je. hehe..dan, dah takyah ponteng puasa lagi.
    Thanks ya!

  4. nurul Avatar
    nurul

    Dear,

    I mengalami kemeruduman susu yg teruk dln bulan pose ni.. di ofis, i hanya dapat 11oz, 2 session. session tghari lagi sedih, 2oz for both sides.
    Mujur baby ada dgn I, sbb I da start hantar nursery, Mak tak sihat.. So, mlm ada lah natural stimulator..
    Can U share with us, cara U amik PD & ESP semasa bulan pose ni?
    Jazakallah..

    1. Norafizah Avatar
      Norafizah

      Assalam.. hari ke2 dan ke3 puasa, kuantiti susu saya memang merosot sgt2. then esoknya selepas saya minum PD & ESP, dah semakin banyak daripada sebelumnya, malah lebih pekat.. Saya minum kedua2 tu selepas berbuka dan semasa sahur. Nurul try lah, insyaAllah susu akan bertambah dan badan kita pun cergas je sentiasa…

      1. nurul Avatar
        nurul

        Salam Norafizah,

        Thanks.. InsyaAllah saya akan amik PD & ESP secara konsisten. So far, asyik ikut dan aje.. Mujur la saya byk stock EBM, setiap hari amik 2 bag, utk top up.. Sedih juga tapi kwn2 saya kata, saya kena bersyukur. Stock byk, kenapa nak risau..
        Entah la ye.. kena risau la jugak sbb stock EBM saya abt 90% ada di rumah mak di Melaka.. So, malam bila baby dah tidur, saya akan mengepam utk bekalan esok. Kdg2 bila bgn awal sedikit utk sahur, saya pam dulu sebelum masak @ panaskan lauk.

  5. kaknor Avatar
    kaknor

    Saya tak beli performance drink, tapi ada ESP dan semua supplements dlm SET B untuk ibu yg menyusu, blh bantu beri guidelines mcm mana nak consume semua supplement ni, memandangkan EBM saya merudum to half of the normal production…

  6. […] Puasa -Menu Berbuka dan Bersahur Ibu Menyusu -Bisnes Shaklee Boleh Diwariskan Kepada Anak-Anak credit Berminat untuk mencuba set menyusu khas untuk berpuasa? Boleh hubungi saya seperti di […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge