Seorang ibu bertanya “Perlukah mengikuti kelas penyusuan susu ibu? Adakah penyusuan susu ibu boleh berjaya tanpa megikuti kelas, hanya dari pembacaan saja?”
Bagi saya, ya dan tidak.
Saya menyusukan kedua-dua anak saya Hafiy dan Fahry hanya dari pembacaan, forum online dan bimbingan dari mereka yang berpengalaman. Saya tidak pernah mengikuti kelas penyusuan susu ibu. Mungkin kerana lokasi saya ketika itu di Sarawak dan kurang pendedahan pada aktiviti sokongan penyusuan ibu di sana.
Namun untuk anak ketiga, saya (secara langsung atau tidak) ada ikuti beberapa kelas penyusuan susu ibu termasuk yang dianjurkan oleh Prince Court Medical Centre.
Kelas penyusuan susu ibu sangatlah bagus, tak kira first time mother atau dah anak 10. Sebab dalam kelas penyusuan ni kita bukan jek dapat ilmu tapi jugak dapat jumpa kaunselor laktasi (atau sesiapa yang jadi speaker) secara langsung & dapat ekspress concern kita secara terus.
Belajar dari pembacaan, kita tak boleh bertanya secara terus dan mendapat jawapan secara terus. Menghubungi kaunselor/pakar laktasi melalui email atau telefon juga kurang berkesan sebenarnya sebab mereka tak dapat tengok keadaan kita depan2, especially kalo ada masalah.
Berforum pun kena pandai tapis info sebab dalam forum online, tak semua yang join tu betul2 panda (dapat ilmu yang betul)i, yang memandai2 pun ramai.
Tapi ikuti kelas atau tidak, bukan faktor utama untuk berjaya menyusukan atau tidak. Yang penting, ibu mendapat ilmu dan sokongan yang betul.
Misalnya, dalam minggu pertama kelahiran, susu ibu belum ada, yang ada cuma kolostrum yang tak mengalir pun (memang ada ibu yang engorge terus tapi kebiasaannya ibu tak rasa perubahan pun pada breast pada 2-3 hari pertama). Ramai ibu beranggapan mereka tidak menghasilkan susu, lalu merasakan bayi lapar (especially bila baby asik menangis). Walaupun engorgement mula berlaku dalam hari ke-4 dan seterusnya, ibu dan bayi dah hilang motivasi untuk terus memberi dan menghisap susu ibu.
Ada juga ibu yang berusaha ‘nak ada susu masa pregnant’ supaya boleh menyusukan anak nanti. Tak perlu, sebab susu yang terhasil masa pregnant tak menentukan sikit atau banyaknya susu sepanjang tempoh penyusuan kelak. Ini kerana konsep penyusuan susu ibu ialah ‘bekalan berkadar langsung dgn keperluan’. Makin banyak keperluan (dari hisapan bayi dan pam), makin banyaklah susu ibu dihasilkan.
Jadi, bagi ibu2 yang bakal melahirkan, dapatkan maklumat dan sokongan yang betul tentang penyusuan susu ibu. Ambil peluang untuk ikuti kelas2 penyusuan bersama suami atau lagi best bawa emak atau mentua sekali.
Selamat menempuh alam penyusuan!
(menulis sambil menyusukan F**** D*** dengan transitional milk ;D)
***transitional milk adalah susu peralihan dari kolostrum ke susu matang.
Leave a Reply