Detik-Detik Kelahiran Danny Al-Falfa

By | March 21, 2011

Alhamdulillah, putera ketiga kami telah selamat dilahirkan pada 16 Mac 2011, jam 3.39 pagi di Prince Court Medical Centre. Seperti anak2 sebelumnya, saya akan catitkan detik-detik kelahiran beliau di blog ini.. sebelum saya lupa LOL.

15 Mac 2011

Sepupu saya dari Sri Iskandar, Perak datang bermalam di rumah. Jadi malamnya kami tak ada aktiviti mengukur Selangor dan Kuala Lumpur Utara di waktu malam. Jadi kami tidur lebih awal lah. Dalam dinihari macam tu, bermula saya rasa tak selesa pada perut. Entah berapa kali saya terbangun tapi tak adalah serius sangat, so tak kejutkan suami pun.

Pagi esoknya, rasa tak selesa tu bertambah kerap dan saya kita dalam setengah jam sekali. Saya agak it was the signal, so beritahu suami supaya ambil cuti dan hantar anak-anak ke taska pakej bermalam. Hehe, untung taska ada pakej bermalam gitu, siap cuci baju semua.

Sambil menunggu suami balik, saya kemas2 beg hospital (Apakah? Baru nak packing hospital bag :P). Surge makin kerap hinggalah 7 minit sekali masa suamiku pulang.

“Jom pegi hospital” kata dia.

“Nanti lah, tunggu 5 minit sekali baru pergi” jawab saya.

Sambil2 tunggu 5 minit sekali tu, saya baring-baring. Lepas tu… langsung tak ada surge dah. Lepas sejam, pun tak ada apa2. Even I felt more energetic than before. OKlahhhh! FALSE ALARM! Mujur tak pegi hospital kalo tak bapak buhsan lah kat sana.

Sambil2 tu saya ambil kesempatan, kemas rumah semua. Suami pun suruh buat apa yang patut kasi cepat sikit keluar, LOL. Saspennn lahh. Yelah, kalau tak kerja tak ape lah kan.

Petangnya kami ke Sarakids Shah Alam dan Scriptory Box hantar stock. Berkira2 nak ambil semula atau tak anak2 yang di taska tu. Akhirnya kami decide untuk tinggal saja mereka di sana, at least kasi babymoon untuk Mommy dan Abiy. Howlenggahh!

Malam tu kami jalan2 cari makan di Bangsar. Surge mula terasa tapi tak tetap. So I tot it was another false alarmlah.

Apa jadi lepas tu? Bersambunglah baru best 😀

Category: Danny

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

19 thoughts on “Detik-Detik Kelahiran Danny Al-Falfa

  1. sohomama's

    alahai…tengah2 syok baca…ada sambungan ler plak…huhuhu…
    ape2 pun tahniah buat mummy lyna di atas kurniaan cahaya mata ke 3….

    Reply
  2. umi

    tahniah atas kelahiran ketiga. suspen je dgr cerita bersalin ni huhu ngeri…tapi mnjadi kenangan indah pula nanti!
    umi´s menulis tentang ..Pau gebuMy Profile

    Reply
  3. Nazri

    Baca tajuk tadi ingatkan vitamin baru Shaklee tadi, hahaha.
    Welcome baby boy !

    Reply
  4. Gney

    Nyimpang jap…jakun ni…ada eh daycare bermalam?how does it works?berapa dia charge?anak2 along tak nangis ke kena tinggal malam?berapa hari boleh tinggal?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge