Perniagaan Menguntungkan Bukan Sebab Produk Semata. Setuju?

By | January 17, 2011

Kalau cakap pasal berniaga kepada orang yang belum mula, pasti persoalan tak tahu nak jual apa sebagai kemelut utama. Apakah perniagaan menguntungkan itu bergantung kepada produk semata-mata? Bagi menjawab persoalan ini, kita perlukan life-cycle (secara umum) sesuatu perniagaan.

1. Kaji Selidik

Peringkat ini sangat penting sebelum anda fikir nak jual apa-apa sekalipun. Di sini biasanya kita kaji demand, supply & tahap persaingan. Jangan ambil mudah langkah pertama ni, kerana jika tersilap maka sia-sialah usaha, tenaga & wang yang bakal dihabiskan nanti. Jangan lupa buat analisa ekonomi; dengan anggaran jualan & kos, sama ada idea anda mampu memberikan pulangan yang memadai atau tidak.

2. Hasilkan Produk

Produk yang dihasilkan mestilah sesuai dengan kehendak pasaran. Pada masa ini anda dah kena tahu supplier yang boleh dipercayai, sumber pekerja yang rajin bekerja dan peralatan yang diperlukan. Jangan lupa jalankan ujikaji dengan orang yang anda percaya (rakan & saudara terdekat) sebelum memasarkannya kepada orang umum bagi mengurangkan risiko masalah lepas jualan nanti.

3. Pemasaran

Zaman sekarang, pemasaran sangat penting. Anda mungkin memiliki produk yang sangat berkesan tapi promosi yang tidak memberangsangkan hanya akan membuatkan orang umum memandang rendah kepada produk tersebut. Pemasaran juga bertanggungjawab membuatkan produk hampes sangat popular.

Di peringkat ini, anda perlu tetapkan produk positioning serta brand syarikat atau diri anda sendiri. Lambakan produk di pasaran membuatkan pengguna sering keliru. Jalan penyelesaian paling mudah ialah membeli daripada penjual yang mereka percaya; dengan harapan kalau apa-apa jadi senang nak rujuk semula. Sebagai penjual pula, jangan sesekali ambil mudah kepercayaan yang bakal pembeli letakkan kepada anda.

4. Improvement/ Diversify

Ambil kira komen pembeli yang munasabah secara serius. Anda mungkin perlu mengubah sedikit sebanyak produk anda agar ia lebih mesra pengguna berdasarkan komen-komen pembeli. Atau, berdasarkan komen pembeli tadi anda dapati boleh membina produk lain yang berkaitan dengan produk yang mula-mula anda jual sebagai pelengkap. Contoh, jual tudung dengan baju kurung.

Jika semuanya dah stabil, anda boleh mulakan projek lain untuk mempelbagaikan produk sebagai langkah mengembangkan pasaran.

Kesimpulan

Peranan produk berkualiti hanya menyumbang 15-30% daripada kejayaan sesuatu perniagaan. Jangan sebab tak tahu nak jual apa anda mengetepikan 70-85% faktor lain yang juga penting. Tambahan pula, dalam zaman outsource sekarang ni, anda boleh mengupah orang lain jika anda tak tahu nak hasilkan produk from scratch.

Category: Perniagaan Tags: , ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

5 thoughts on “Perniagaan Menguntungkan Bukan Sebab Produk Semata. Setuju?

    1. azrul

      saya setuju dgn mama,,tapi kalau modal tak ada mcm mane?dh lah nk bayar pinjaman pelajaran,duit sewa rumah,bulanan kereta………kursus dah banyak attend,kemahiran dan produk dah ada,,so tunggu je lah allah bukakan jalan,

      Reply
    2. abg caye

      kalau ada peluang cantek ajak lh saye,,,saye pun nk kaya gak for all and for us

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge