Permohonan Kad OKU Fahry Dah Lulus!

by Mommy Lyna on January 15, 2010 · 22 comments

Langgan RSS Feed Blog ini sekarang agar anda tak terlepas tips-tips menarik lagi menguntungkan. Jika tidak, pasti anda kecewa kelak.

fahry keistimewaan kad oku

Fahry dah masuk dalam senarai OKU berdaftar. Hujung bulan Disember kami collect kad OKU Fahry di JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di Subang Jaya.

Permohonan untuk dapatkan kad OKU senang je prosesnya, cuma kita yang kena selalu follow up. Diorang memang tak inform apa-apa lah melainkan just bila saya call tanya.

Cara-cara memohon kad OKU:

  1. Pastikan anak kita betul2 kurang upaya (agaknye lah). Boleh semak kat website JKM. Ye la mana tahu yang lebih upaya pun nak apply jugak sebab banyak kelebihannya!
  2. Download borang permohonan dari website JKM.
  3. Print dan isikan details kemudian pos ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah anda.
  4. Update dengan diorang bila kad dah siap.
  5. Ambil kad di pejabat JKM Daerah.

Saya tuhari pos ke JKM Shah Alam, kemudian orang Shah Alam forward ke JKM Petaling (JKM daerah). Lepas tu kami collect di JKM Petaling kat sebelah Wisma Sime Darby di Subang Jaya. Leceh juga nak ambil sebab jauh dari pejabat kami, mujurlah ada satu hari kena ambil cuti untuk attend hari taska budak2, boleh la lajak ke sana.

Apa keistimewaan pemegang kad OKU?

Banyaaaaak. Antaranya:

  • Dapat elaun bila masuk sekolah.
  • Pelepasan cukai sebanyak RM5000 kepada ibu bapa yang ada anak OKU.
  • Diskaun 50% untuk tiket penerbangan dan keretapi. Pengiring pun dapat diskaun juga!
  • Tidak dikenakan sewa line telefon.
  • Diskaun bila beli rumah.
  • Pengecualian cukai jalan.
  • Dapat parking tempat OKU :D
  • Dan banyak lagi. Boleh tengok kat sini.

Best kan? Sapa kata ada anak OKU ni tak best? Jeles la tu… kalau bukan OKU tak dapat special2 macam kat atas tu :D

Semalam ada kawan saya yang dah lama tak kontek, tiba2 SMS tanya khabar anak2. Saya katakan tentang Fahry, beliau terkejut dan cakap “Sabarlah ye, ujian untuk kau”.

Saya cakap “Dulu mungkin la aku anggap sebagai ujian tapi sekarang ni, ia adalah anugerah terbesar dan terindah. Tak semua orang diberi anak cacat (ye memang saya sebut cacat, malas nak berbasa basi). Lagipun, cacat fizikal tu jauh lebih baik dari orang sempurna tapi otak sempit dan fikiran singkat”.

Betul kan?

Popularity: 2% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 22 comments… read them below or add one }

littlemama January 15, 2010 at 8:37 am

betul betul! it’s blessing in disguise ;) littlemama´s last blog ..Aisey.. Baru Keluar Lor! My ComLuv Profile

Reply

Fahry January 15, 2010 at 7:25 pm

Tak payah bodek sbb saya tanak share dgn sesapa hahahah

Reply

NeroEcha January 15, 2010 at 9:52 am

Setuju sgt otak sempit lg payah

Reply

Fahry January 15, 2010 at 7:26 pm

Adnan Sempit?

Reply

QueeNin Murni January 15, 2010 at 10:13 am

cayalah mommylyna, take things on the brightside!

ya betul, cacat akhlak lebih teruk dr cacat fizikal.. semoga fahry membesar menjadi anak yg terbaik, he is so lucky to have a mommy like u!

Reply

Fahry January 15, 2010 at 7:27 pm

Nak cop tak saya jd menantu? Nanti kita dapat parking OKU VVip tau Mama! ops tersasullll.

Reply

QueeNin Murni January 21, 2010 at 11:20 am

ahaks.. mama pon mama la nak..
i rela u.. hehe!

tapi fahry doa2 la mama dpt gegirl lak next. :)

Reply

fid January 15, 2010 at 10:21 am

ohh jangan mak dia plak guna kad dia…

Reply

Mommy Lyna January 15, 2010 at 9:18 pm

Eh kalo i pakai pun u kesah ape? Jeles ke? Kwang3x.

Reply

catlina January 15, 2010 at 11:58 am

salam…fahry mmg a miracle baby..sy baru baca entry2 ttg fahry sebelum ni..sy tak perasan sebelum ni sbb kesemuanye tersembunyi bila tgk wajah fahry yang mulus dan comel ..lyna, sy menitis air mata bila baca entry2 fahry sebelum ni..sy sgt2 tersentuh dan terharu..semoga fahry membesar dgn credas, cergas dan bijak!
catlina´s last blog ..Promosi KedaiGambarKami:Jimat RM40! My ComLuv Profile

Reply

dbalkis January 15, 2010 at 12:21 pm

sangat sayu mayu…tapi ye la bile baca lyna pun hepi dapat share diskaun Fahry kami pun happy..Semoga la Dhani dapat kawan dengan Fahry in real world..supaya besarnya nanti jadi insan yang sentiasa bersyukur, menghormati orang lain atau kalau bukan basa-basinya jadi insan yang tak banyak cekadak..
dbalkis´s last blog ..Zakat My ComLuv Profile

Reply

suri January 15, 2010 at 2:06 pm

da lama aunt tak post sini…
amboi, da ada card rupanya…

skrg neh fahry notti tak?

Reply

kak iena January 15, 2010 at 3:01 pm

alhamdulillah…

Akak tahu along akan kuat kan hadapi semua ni.. tengok tu di sebalik ujian ni ada hikmah2 menarik yg menanti..tang cukai tu untung betul…

be strong.. sbb bkn senang akk nak dpt kawan setabah mommulyna kita ni..
kak iena´s last blog ..Otak Otak Gombak My ComLuv Profile

Reply

kambingbujang January 15, 2010 at 4:10 pm

cam huda ader adik OKU, sonok mak dapat menumpang kelebihan adik Huda. always think on bright side
kambingbujang´s last blog ..Malaysia Chocolate Fair 2010 – My Review My ComLuv Profile

Reply

farah January 15, 2010 at 4:20 pm

hahaha memang bess! banyak sebenarnye kelebihan yang fahry dapat kan.
farah´s last blog ..Sebab ni la saya nak badan mantap jugak hahahaha My ComLuv Profile

Reply

ina January 15, 2010 at 4:57 pm

salam lyna,

baguslah fahry dah register kad kenal diri oku tuh..bnyk insentif tuk die nnt..t’haru tgk picca fahry..neway salam kenal ye..
ina´s last blog ..peace every1 !!! My ComLuv Profile

Reply

yatie chomeyl January 15, 2010 at 6:46 pm

btul4x…setuju3x *angguk laju2*
yatie chomeyl´s last blog ..How do Japanese celebrate new year? My ComLuv Profile

Reply

sue79 January 15, 2010 at 6:54 pm

betul tu, kita kena selalu follow up kat JKM.. tanya kad dah siap ke belom? klu tunggu diorang call emm memang lambat la.. Anak sy dulu 2 bulan baru dapat kad. Itu pun kejap2 tanya kat sane.

Reply

yongnoina January 15, 2010 at 8:59 pm

betul2..setuju sgt..!

Reply

emma September 24, 2010 at 11:14 am

salam, mommy lyna….selamat hari raya yer….anak saya dah dapat kad oku bulan lepas….byk ye kelebihannya..apa2 pun sy bangga dengan anak sy walaupun fizikal tgn mcm tu tp cukup aktif smpi x terjaga dibuatnyer…

Reply

juanita April 14, 2011 at 4:17 pm

Haa itu la dia. Setiap kekurangan Allah balas dgn kelebihan. Tgk saja la ramai anak2 OKU yang lebih menjadi comapare yg sihat wa’alfiat. Mudah2an anak2 kita semua menjadi individu setabah & sekuat Fahry…u go boy….ehehehe….

*Pst…tang tax tu yg x tahan :D

Reply

Fui Yen January 19, 2012 at 2:59 pm

bolehkah kamu memberitahu saya mana ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di Subang Jaya? bolehkah kamu memberi alamat jabatan itu kepada saya???
saya ialah seorang orang kurang uapaya oleh itu saya memerlukan bantuan anda.
terima kasih.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi super x power penis halkasi maurers