Fahry dah masuk dalam senarai OKU berdaftar. Hujung bulan Disember kami collect kad OKU Fahry di JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di Subang Jaya.
Permohonan untuk dapatkan kad OKU senang je prosesnya, cuma kita yang kena selalu follow up. Diorang memang tak inform apa-apa lah melainkan just bila saya call tanya.
Cara-cara memohon kad OKU:
- Pastikan anak kita betul2 kurang upaya (agaknye lah). Boleh semak kat website JKM. Ye la mana tahu yang lebih upaya pun nak apply jugak sebab banyak kelebihannya!
- Download borang permohonan dari website JKM.
- Print dan isikan details kemudian pos ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah anda.
- Update dengan diorang bila kad dah siap.
- Ambil kad di pejabat JKM Daerah.
Saya tuhari pos ke JKM Shah Alam, kemudian orang Shah Alam forward ke JKM Petaling (JKM daerah). Lepas tu kami collect di JKM Petaling kat sebelah Wisma Sime Darby di Subang Jaya. Leceh juga nak ambil sebab jauh dari pejabat kami, mujurlah ada satu hari kena ambil cuti untuk attend hari taska budak2, boleh la lajak ke sana.
Apa keistimewaan pemegang kad OKU?
Banyaaaaak. Antaranya:
- Dapat elaun bila masuk sekolah.
- Pelepasan cukai sebanyak RM5000 kepada ibu bapa yang ada anak OKU.
- Diskaun 50% untuk tiket penerbangan dan keretapi. Pengiring pun dapat diskaun juga!
- Tidak dikenakan sewa line telefon.
- Diskaun bila beli rumah.
- Pengecualian cukai jalan.
- Dapat parking tempat OKU 😀
- Dan banyak lagi. Boleh tengok kat sini.
Best kan? Sapa kata ada anak OKU ni tak best? Jeles la tu… kalau bukan OKU tak dapat special2 macam kat atas tu 😀
Semalam ada kawan saya yang dah lama tak kontek, tiba2 SMS tanya khabar anak2. Saya katakan tentang Fahry, beliau terkejut dan cakap “Sabarlah ye, ujian untuk kau”.
Saya cakap “Dulu mungkin la aku anggap sebagai ujian tapi sekarang ni, ia adalah anugerah terbesar dan terindah. Tak semua orang diberi anak cacat (ye memang saya sebut cacat, malas nak berbasa basi). Lagipun, cacat fizikal tu jauh lebih baik dari orang sempurna tapi otak sempit dan fikiran singkat”.
Betul kan?
Leave a Reply