, ,

Perkembangan Anak Bujang Saya

admin Avatar

London 368

Alhamdulillah, dari sehari ke sehari saya berpeluang menyaksikan pembesaran anak-anak bujang saya. Walaupun kadang-kadang ada tercetus dalam hati “Ya Allah kenapa la Kau berikan aku anak2 yang kuat menangis dan susah tidur malam? Susahnye nak buat apa-apa..” tapi bila saya pandang kembali jejak-jejak yang saya tinggalkan.. “hmm, not bad”  🙂 Kadang-kadang tak berapa nak percaya “Saya ke yang buat ni?”

Itulah kita kadang2 nampak benda yang merumitkan jiwa tu tanpa memikirkan ‘kerja Allah’ di sebaliknya. Diutuskan insan2 kecil ni ke dalam hidup saya bagi menjadikan saya lebih kental dan lebih nampak hikmah yang terselit di celah2 masalah.

Kita tak boleh terlalu fikirkan masalah sebagai masalah, kerana itu lah yang menambahkan masalah dan terus menjadikan masalah itu masalah. Setiap masalah adalah peluang. Kalau tak ada orang sakit (masalah), tak adalah hospital yang membuka pekerjaan kepada doktor2, misi2, attendan2… (peluang). Kalau tak ada orang bodoh (masalah), tak adalah sekolah yang membuka jalan rezeki kepada cikgu2, kerani2, tukang2 kebun, makcik kantin… (peluang).

Kini Hafiy dah semakin bijak, boleh dah cakap walaupun saya kena fikir 2-3 kali perkataan yang dia sebut tu sebab masih kurang jelas. Paling kelakar dia mengaku “Hafiy orang KL”. Dia je orang KL, orang lain semua jadi orang Sarawak la, Kelantan la, Johor la 😀 Lagu favourite dia, hari2 nyanyi di rumah “Negaraku”.

Fahry pula dah taknak duduk di baby chair, dan nak makan sendiri. AMARAN: Kepada pengusaha kedai makan, jangan biarkan keluarga ini masuk ke restoran anda kerana anda akan mendapati sebuah meja yang sangat huru-hara.

Kedua-dua adik beradik ni ada kegemaran yang sama : KERETA.

Kalau tengok buku/majalah yang ada kereta, berebut2 lah. “Car Adik!” kata si Kecik. “Car Hafiy lah!” balas si Besar.

Adat bagi kanak-kanak dalam usia ini, macam2 karenah.

Hafiy dah berhenti susu, sekarang kami beri dia minum susu dalam kotak. Susu tetap kena minum walaupun dah putus susu ibu.

Yang bestnya anak-anak saya sejak minggu lepas, pukul 2 pagi masih melompat-lompat lagi.

*siap sedia untuk  Preview EPL di Scriptory Box esok! Datang ya!

admin Avatar

6 responses to “Perkembangan Anak Bujang Saya”

  1. isabelle Avatar

    seronok lyna kan…wpun penat membesarkan 2org, tapi lega la…dah ada 2.me, nanti adam dah besar….rotate balik proses bangun malam bagai.
    .-= isabelle´s last blog ..Curang =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ehehe. baru dua.

  2. mrs adam Avatar

    eh bestnya lagu kegemaran hafizy “negaraku”..emm terfikir nak ajar anak lagu negaraku pulak la,skrg anak suka lagu wali band.hehe
    .-= mrs adam´s last blog ..sakit kepala dan muntah2-apakah tandanya? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha. dia belaja lagu tu masa perhimpunan sekolah gamaknya.

  3. rina Avatar
    rina

    eh kak along, hafiy minum susu kotak ape? ok dah ke dia dgn susu moo..

  4. izawani Avatar
    izawani

    Anak akak juga, kalau bertemu dua orang tu (Amalia dan Najmi), tentu tentu masih melompat hingga ke dinihari. Pisahkan mereka, baru mereka tidor. Tapi, mereka sangat ikut perintah maid akak… Kalau maid kata tidor, mereka akan diam dan tidor…
    Dengan mak dia ni, mereka suka suki jer buat tak tau…
    Dan selalunya, akak akan tidor saja, tanpa peduli mereka nak melompat ker apa ker… nanti mereka akan tidor dengan sendiri dikaki atau dikepala katil… atau dibawah ketiak…
    Dengan syarat… pastikan bilik tempat mereka melompat sangat baby friendly (tiada benda bahaya) dan mereka tidak dapat keluar dari bilik… hehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge