Walaupun pelbagai dugaan namun sampai juga kami di Perth, Australia semasa dunia dengan sibuk dengan pencarian pesawat MH370 (walaupun PM Malaysia, Datuk Seri Najib dah umumkan bahawa MH 370 telahpun berakhir di Lautan Hindi). Di Perth International Airport ada ramai pemberita, dan orang-orang di situ bercakap-cakap tentang MH 370. (Perth adalah pangkalan untuk team pencari di Lautan Hindi).
Pada hari pertama, kami belum bermotorhome lagi, kerana office mereka dah tutup semasa kami tiba. Motorhome tu apa? Motorhome tu ini.
Orang Malaysia kalau sebut caravan baru boleh get the idea, betul tak? Hehe. Biasanya caravan merujuk kepada yang ini:-
Di New Zealand ramai bermotorhome, di Australia pula ramai bercaravan. Kami belum cuba lagi caravan, tapi dari segi pengangkutan masuk bandar, caravan lebih senang sebab boleh tinggal ‘rumah’ di campsite dan bawa kereta (yang tarik caravan ni) je ke bandar. Kalau motorhome, semua sekali kena angkut. Biasanya motorhome tak boleh masuk dalam bandar. Besar gedabak macam lori sampah.
Kami ambil motorhome Britz 6 berth. Besar gedabak tapi memikirkan keselasaan anak-beranak, rasanya the best choice dah ni.
Hari pertama kami sewa kereta dan menginap di cabin di Perth Vineyard Holiday Park di Swan Valley. Kami tiba di Perth pun dah dekat Maghrib, jadi aktiviti hari tu tak ada apa cuma check-in, makan dan grocery shopping.
Esok paginya selepas sarapan, kami mula bergerak hantar kereta sewa dan ambil caravan. Ikut GPS tak boleh pakai! Mujur ada MiFi, guna Waze baru jumpa.
Plan asal nak ke Hyden tengok Wave Rock.
Tapi disebabkan kesuntukan masa, kami terpaksa batalkan ;( Lagipun jauh sangat tempatnya, 340km, dekat 5 jam! Itu belum dengan lori diesel auto yang lambat pickup ni.
Lagipun last minute plan, hampir2 cancel… dan agak sibuk utk plan trip kali ni. Sehari sebelum terbang baru study!
Akhirnya kami putuskan untuk ke Bunburry dan Albany.
Jarak dari satu-satu tempat tu memang jauh. Jenuh nak sampai, dengan pemandangan yang sama je sepanjang jalan.
Perth ke Bunburry..
Bunburry ke Albany..
Di Bunburry tak ada apa sangat pun. Singgah satu malam.. Sebenarnya dalam perjalanan dari Perth ke Bunburry banyak tempat hiking yang menarik, tapi disebabkan masa yang sangat singkat (4 hari je!) dan bawa anak-anak.. lupakan sajalah. Kalau berdua takde hal nak singgah-singgah.
Australia ni (kami cuma pernah ke Queensland & New South Wales dan Western ni je pun) macam kurang tempat-tempat stop by untuk hiking, tak macam New Zealand. Di New Zealand boleh singgah sekejap di bukit-bukit mana sepanjang perjalanan. Tapi bandar-bandar kecil untuk stop by banyaklah.
Kangaroo dan koala? Kami berjalan berjalan dan berjalan je… Hehe, adakah ada kangaroo dan koala? Tungguuu..
Leave a Reply