Saya bercermin mata sejak sekolah rendah. Darjah 3 ke darjah 4, dah tak ingat. Dulu-dulu rasa cute sangat bila berkacamata.
Tapi sejak-sejak berkeluarga, berkacamata ni rasa rimas pula. Maklumlah setiap pagi, perkara utama kena buat ialah ‘operasi cari cermin mata’. Walaupun ada tempat khusus, tapi sesekali terlupa, memang haru-biru dibuatnya. Pernah saya ke pejabat tanpa cermin mata sebab tak jumpa. Mujur suami yang memandu.
Itu belum lagi tiba-tiba anak bawa cermin mata yang dah patah dua.. tiba-tiba terpijak cermin mata sendiri, dan pelbagai kejadian melibatkan cermin mata yang perlu diganti.
Saya mengalami myopia dan astigmatism. Mata kanan saya power dalam 350, mata kanan 400 lebih. Tak berubah sejak 5-6 tahun yang lepas.
Bila suami saya menjalani pembedahan LASIK (laser-assisted in situ keratomileusis) pada tahun 2011, saya memang tak berani. Maklumlah dari cerita dia tu, macam menakutkan saja 😀 jadi saya simpan saja hasrat itu diam-diam.
Tapi lama-lama memang rasa tak tertahan lagi. Lagi-lagi bila si kecil Danny suka cari cermin mata saya dan pakai, semasa saya sedang solat. Oh tidak, rosak mata anakku nanti! Bukan itu saja, belum bab campak merata-rata. Rumah kami pula tiada gobok yang tinggi sikit, semua pun dalam capaian anak-anak.
Akhirnya saya beranikan diri untuk menjalani LASIK. Saya ke Prince Court Medical Centre (PCMC) pada bulan Mei lepas untuk buat appoinment. Saya diberi tarikh 10 Jun untuk penilaian.
Semasa penilaian, mata kita akan diperiksa untuk memastikan ia sesuai untuk menjalani LASIK. Prof Muhaya beri remark pada mata saya ‘perfect for LASIK!’. Saya minta masa seminggu sebelum jalani pembedahan, kerana saya perlu handle seminar di Kota Kinabalu.
Sebagai persediaan untuk LASIK, saya diberi beberapa ubat titis dan pil painkiller untuk diambil sebelum dan selepas rawatan LASIK.
19 Jun 2013 (Jun juga bulan kelahiran saya), hari bersejarah bagi saya.
Pagi-pagi lagi sudah ke PCMC. Selepas bersarapan dan makan painkiller, saya ke LASIK Centre. Tunggu sekejap sebelum nama dipanggil.
Diarahkan masuk ke bilik rehat, sarung baju putih dan pakai topi. Nurse beri sedikit penerangan tentang bagaimana prosedur LASIK dilakukan dan penjagaan selepas LASIK.
Saya orang pertama yang di-LASIK-kan oleh Prof Muhaya hari tu.
Masuk ke bilik prosedur, saya disuruh baring, dan mata dititik ubat bius, dan dibersihkan oleh jururawat.
Sayang sungguh suami saya tiada di situ pada hari tersebut. Maka tiadalah gambar atau video semasa prosedur dilakukan. Beliau menziarah arwah anak rakan baik kami yang meninggal dunia sehari sebelum itu.
Mula-mula saya ditolak ke satu mesin. Prof Muhaya masuk, dan seperti biasalah sesi LASIK cum sesi motivasi. Dalam bilik itu juga dialunkan Zikir Terapi Hafiz Hamidun.
Mesin pertama, untuk melakukan flap pada kornea. Bayangkan, kornea mata kita umpama contact lense, dan dibuka masa prosedur flap ni. Mula-mula mata kanan, mata kiri ditutup. Kemudian mata kiri pula dan mata katan ditutup.
Horror juga bila diingatkan, tapi jangan takut, kita bukan nampak pun, dan tak rasa apa. Lagipun Prof Muhaya punya ‘motivational talk’ tu memang distractor yang sangat bagus ^^
Tugas kita cuma perlu fokus pada lampu hijau yang berkelip-kelip, dan jangan melilau ke sana sini. Mata dah tak boleh berkelip-kelip dah sebab dah dipasang alat untuk cekang kelopak mata.
Sekejap je, 30 saat untuk setiap mata.
Selepas tu kita ditolak ke mesin kedua pula. Mesin ni lah yang akan memperbaiki kornea kita. Untuk rabun jauh macam saya, kornea akan diratakan supaya cahaya boleh fokus ke retina, maka pengelihatan dipulihkan. Kita rabun jauh sebab imej kita terbentuk di depan retina. Sebab tu kita nampak kabur untuk objek2 jauh.
Di mesin kedua ni, kornea kita yang ‘dihiris’ tadi tu akan diselak supaya stroma kita dapat di-trim. Tisu kornea akan dibuang supaya ‘kanta’ kita jadi cekung macam kanta cermin mata rabun jauh tu.
Kalau tengok gambar memang horrorible, tapi bila alami sendiri tak rasa apa-apa pun. Lagi2 dengan Prof Muhaya kan. Masa dia selak kornea kita tu memang nampak selapis-selapis dia ‘lipat’, tapi tak rasa apa-apa. Iyelah, dah kena biuskan.
Prof kata “Jangan takut, hanya perlu tenang dan gembira. Emosi takut tidak dibenarkan di sini” haaa kau.
Selepas kornea luar tu diselak, mata kita akan dilaser. Ada bau terbakar sikitlah. Ni pun 15 saat je untuk setiap mata.
Bila dah siap laser, Prof betulkan balik kornea, dan.. siap!
Terus boleh nampak. Terharu punya pasal, terus termenangis! Mana taknya, lebih 20 tahun berkawan baik dengan kacamata, kini dah tak perlukannya lagi!
Lepas tu Prof ajak bergambar di luar. Lepas bergambar terus kupeluk Prof sebab terlalu gembira ^^ Â Alhamdulillah, dimudahkan segala-galanya.
Lepas tu rehat sekejap, dan tunggu suami datang jemput.
Selepas prosedur LASIK, mata ada rasa ‘something’ sikit. Rasa ada sesuatu dalam mata, macam pakai lens. Tapi pantangnya tak boleh nak gosok! Jadi, kalau rasa tak selesa tu titikkan saja lubricant yang dibekalkan. Ubat titik pun kena pakai dalam masa seminggu. Kena jaga betul-betul dalam minggu-minggu pertama, masa ni temph pemulihan, ramai yang LASIKnya tak berapa berjaya kerana jangkitan2 yang berlaku dalam tempoh2 ni.
Balik dari hospital tu, ber-ray ban lah sepanjang hari. Mata tak boleh tengok cahaya, silau sampai tak boleh buka mata. Balik rumah, tidur sekejap, bangun petang tu barulah rasa OK dan lega.
Tapi masih lagi rasa sesuatu dalam mata tu.
Apa pun, alhamdulillah. Akhirnya, bebas kaca mata.
Sesiapa yang nak buat LASIK dengan Prof Muhaya, boleh buat appoinment dengan LASIK Centre Prince Court, 03 – 2160 0332.
Berapa kos LASIK di PCMC? Premium LASIK (38 tahun ke bawah) ialah RM6990 dan blended vision (38 tahun ke atas) ialah RM7990. Untuk buat appointment dengan Prof Muhaya boleh hubungi Prince Court LASIK Centre di 03Â 2160Â 0332. Sekarang ada promosi untuk LASIK berkumpulan. Jimatlah, makin ramai geng makin rendah kosnya.
Boleh tengok maklumat lanjut di website Prof Muhaya.
Konon nampak bergaya pakai spek hitam, tapi kat dalam tu perit tahan silau. Hehe.
Mudah-mudahan, anugerah pengelihatan yang dikurniakan ni dapat digunakan sebaik-baiknya di jalan yang diredhai Tuhan.
Leave a Reply