Revolusi Shaklee Online

By | June 25, 2013

7 tahun lalu, bila sebut Shaklee, tak ramai orang tahu, terutama golongan muda. Biasanya yang tahu tentang Shaklee ialah orang-orang lama yanng pernah terjebak dengan Shaklee satu ketika dulu.

Maklumlah, produk Shaklee adalah dari pemasaran jaringan (network marketing) yang dijual secara terus kepada pelanggan (direct selling). Dulu-dulu ia dijalankan seperti MLM lain, jumpa orang, buat demo, cari downline dan sebagainya. Biasalah, direct selling macam itulah caranya kan. Memandangkan kos untuk pengiklanan diserahkan kepada pengedarnya, maka pengedarlah yang kena bergerak ke sana sini, buat home party, buka booth dan sebagainya.

Namun revolusi internet dalam perniagaan Shaklee merubah segala-galanya.

Bisnes Shaklee yang berasaskan ‘product based’ (berlandaskan produk) tidak lagi memerlukan modal yang banyak, kecuali usaha yang gigih. Tapi, usaha gigih ni, dalam mana2 bisnes pun kena usaha gigih kan..

Revolusi Shaklee online, meletakkan bisnes Shaklee sebaris dengan perniagaan lain di internet. Malah ia lebih menjanjikan kerana produknya yang halal dan terbukti berkesan.

Saya mula menjalankan bisnes ini semasa permulaan revolusi online Shaklee. Sebagai batch pertama, kami banyak terlibat dalam ‘setting-up’ kumpulan. Ia bermula dengan 7 orang distributor saja kalau tak silap saya. Namun bilangan itu telah meningkat beratus kali ganda dalam masa 7 tahun ini!

Bisnes Shaklee online menjadi pilihan ramai wanita (dan kini jadi rebutan lelaki) kerana ia hanya dijalankan secara online. Bukan jualan saja secara online, malah coaching dan seminar juga dijalankan secara online. Jadi kami tak perlu kerap keluar, apa lagi ‘lunch meeting’ atau meeting larut malam untuk close deal. Semuanya dilakukan di atas talian, dari jualan hingga mencari wakil di satu Malaysia, Asia dan dunia!

Kami menitikberatkan ilmu dalam berniaga, terutama ilmu tentang produk. Selain dari mengutip ilmu produk secara online, pihak Shaklee juga menyediakan bengkel-bengkel nutrisi (peserta diberi sijil) dan ceramah2 kesihatan untuk pengedarnya. Pengetahuan tentang produk amatlah penting kerana produk kesihatan tidak seperti produk makanan. Lebih-lebih lagi di negara kita, kesedaran tentang produk kesihatan masih belum jelas. Ramai yang menganggap produk kesihatan (vitamin) seperti ubat – dah sakit baru makan. Dan ada juga yang nak makan 10 biji vitamin C sehari supaya kesannya cepat.

Bagi membantu perniagaan online ni dijalankan oleh lebih ramai bakal WAHM mahupun WAHD, kami menyediakan coaching secara online dan offline. Coaching online dijalankan setiap hari, diselitkan dengan seminar online, dan offline coaching biasanya untuk bengkel, contohnya bengkel penulisan blog bagi mereka yang tidak pernah ada blog, dan bengkel pemasaran online bagi memantapkan lagi skill pemasaran di internet.

jadi ahli shaklee

Antara bengkel yang pernah dijalankan

Memang berebut orang nak jadi ahli Shaklee sekarang ni. Kalaupun bukan untuk menjalankan perniagaan, tapi untuk makan sendiri, umpama kad membership seperti Jusco Card, Bonus Link dan sebagainya. Maklum saja, makan sendiri pun boleh kumpul points dan bonus!

Disebabkan Shaklee online ni bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.. iya lah, tidak seperti bisnes biasa yang mana si ibu perlu meninggalkan anak-anak, kami bawa anak ke mana saja, termasuk ke acara penyampaian award. Si kecil turut sama berada di pentas menerima anugerah.

pengedar shaklee

Si kecil ikut bersama ibu ikuti kelas mantapkan skil bisnes online

member shaklee

Di pentas bersama anak-anak

Inilah revolusi Shaklee yang telah merubah pandangan terhadap bisnes network marketing ini. Perniagaan yang mudah dan murah pula modalnya, hanya dijalankan di rumah saja di bawah bimbingan mentor yang telah melalui jalan-jalan menuju kejayaan ini.

Ramai yang telah berjaya menjadi WAHM (work at home mom) dan WAHD (work at home dad) dengan menjalankan bisnes yang santai ini. Jangan terkejut kalau kebanyakannya bekas jurutera, dan para profesional yang lain. Apatah lagi surirumah yang ramai menceburkan diri dalam bisnes ini. Sambil jaga anak, sambil berniaga. Dapat jugalah membantu suami menampung keperluan keluarga yang makin mendesak.

Nak tahu lebih lanjut tentang jadi ahli Shaklee dan menjalankan bisnes Shaklee secara online? Anda boleh isi borang di bawah:

Powered byEMF Contact Form
Category: buat duit online Money and More Work From Home

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

One thought on “Revolusi Shaklee Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge