Jejak Sakura Bersama Lyna

By | June 13, 2013

Hari pertama di Jepun, kami singgah di Tokyo sementara menunggu perjalanan ke Hokkaido. Selepas bersarapan di hotel dan check-out, terus menuju ke stesen tren. Menaiki tren ke Akihabara (atau Akiba). Tiba di sana, cari loker untuk simpan beg-beg kami.

Pagi di Tokyo, kami menghabiskan masa di Akiba, bandar elektrik Tokyo. Kalau nak cari gadjet-gadjet boleh terjah kawasan ni.

AKIHABARA ELECTRIC TOWN TOKYO

Selepas puas pusing-pusing, kami menaiki tren ke Ueno. Dari dalam tren ni, pertama kali saya melihat pokok bunga sakura yang mekar berbunga waktu itu.

Tiba di Ueno, kami melintasi landasan tren (guna jejantas, jangan lintas macam tu je!) untuk ke Ueno Park.

no smoking campaign

Kempen larangan merokok di Ueno Station

EUNO STATION

Cross train track dan jalan raya

Orang Jepun ada satu budaya yang dipanggil ‘hanami’ iaitu ‘tengok bunga’. Pada musim sakur berbunga, mereka lepak-lepak, berkelah sampai makan-makan di taman-taman yang ada bunga sakura.

Memang cantik sekali bila bunga-bunga sakura ni gugur. Mengikut kepercayaan orang Jepun, sesiapa yang dapat menangkap kelopak sakura yang gugur, hajatnya akan dikabulkan ^^

hanami under sakura tree

Orang Tokyo ber-hanami di bawah pokok sakura

bunga sakura

Bunga Sakura yang cantik

Cantik sangat, dan baunya harum (tapi tak seharum bunga melur kita ^^). Jom tengok gambar lah ya. Tak tau nak describe perasaan pertama kali tengok sakura, yang saya idamkan sejak sekian lama.

cherry blossom

hanami

euno park tokyo

sakura kebun bunga

taman euno tokyo

euno sakura cherry blossom

Tak puas-puas rasanya menyaksikan keindahan ciptaan Allah ni. Tapi disebabkan mengejar masa, kami singgah sekejap sebelum solat di Masjid As-Salam yang berdekatan dengan Euno Station ni, sebelum meneruskan kembara teroka Tokyo hari itu.

masjid assalam

Jauh juga nak menapak, syukurlah cuaca agak sejuk, jadi tak adalah berpeluh ketiak ๐Ÿ˜€

12 thoughts on “Jejak Sakura Bersama Lyna

    1. Mommy Lyna Post author

      tambang KL-Tokyo dalam RM800 one way, hotel dalam RM300 satu malam, makan2… nak jimat makan onigiri 7 Eleven ๐Ÿ˜€

      Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      Insya-Allah, semoga semua hajat fyna tercapai ๐Ÿ˜‰

      Reply
  1. Ina

    Alaa tak boleh lah tgk pasal Jepun. Hati ku dirobek2. Rindu Nihon sobs sobs!

    Reply
  2. Rina

    bunga yang sangat cantik sekali nie, ๐Ÿ™‚
    kalau tak salah di Malang,Indonesia juga sudah di tanam bunga sakura tapi tak taulah apa sudah mulai berbunga juga sebab musimnya juga berbeda dengan Jepang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge