,

Peluang Yang Kita Beri Kepada Anak

admin Avatar

Ahad lepas saya mengikuti Seminar Early Childhood Education (ECE) yang dianjurkan oleh Genius Baby on Board di Wisma Bling Lustre, Puchong (sekarang rasa Puchong makin dekat je dengan Damansara, LOL). Satu seminar yang santai but superb! Memang tak rugi bayar mahal-mahal.

Saya akan cover (fuyyo macam wartawan ko!) tentang seminar ni dalam satu entry lain. Tapi di sini saya nak kongsikan tentang satu benda yang diutarakan dalam seminar tersebut (ada 1001 benda lagi!), iaitu PELUANG yang kita beri kepada anak-anak.

Peluang yang macamana?

Kita kan biasa dengar, atau kita sendiri yang mengeluh, semacam ni “Anak ni ketagih dengan TV, siang malam TV”, “Anak I terlalu minat dengan Ultraman, risau betul hari2 asyik Ultraman saja” etc.

Setiap anak yang kita lahirkan, dalam keadaan fitrah. Suci, putih, bersih. Lahir-lahir anak takkan kenal apa itu TV, apa itu Ultraman, apa itu Ben10, apa itu Thomas dan sebagainya. Tapi sepanjang jalan dia membesar.. pernah tak kita:

  • “Adik tengok TV kejap ya, Mama nak mandi”
  • “Adik jangan nangis jom kita tengok kartun”
  • “Adik tengoklah TV, Mama nak lipat kain”
  • “Anak I suka betul tengok kartun di TV. Pandai dia!”

(Sekadar contoh).

Semasa anak saya Hafiy masih kecil, saya mempunyai pemikiran bahawa “Kalau budak2 boleh kenal watak2 kartun, mesti dia boleh kenal bendera, peta, huruf, nombor, objek, etc”. Saya mendapati pemikiran saya adalah betul, apabila Hafiy berusia 13 bulan (semasa saya bercuti sakit sebelum melahirkan Fahry) dia mengenali planet, warna, huruf, dan sebagainya.

Namun ternyata benda-benda elok ni kena pegang dan jaga baik2. Elemen yang tak berapa elok, senang betul melekat. Saya masih ingat pertama kali Hafiy menyebut “Ultraman” iaitu selepas saya menghantarnya ke taska. Lalu saya ‘kasi can’ tengok Ultraman. Memang mudah sangat nak melekat dengan Ultraman. Tak payah suruh, dia yang suruh kita pasangkan Ultraman. Jadi, secara lagnsung atau tau langsung, saya telah ‘menggalakkan’ Ultraman kepadanya.

Bila saya fikir semula, dan apa yang dibincangkan dalam Seminar ECE itu, memang betul. Apa yang menjadi habit dan kegemaran kepada anak kecil adalah dari sikap ibu bapa. Kalau ibu bapa dari kecil istiqamah mengajar anak, mengasuhnya dengan elemen yangย  jauh dari unsur2 di atas, anak2 takkan tahu bahawa TV itu menyeronokkan. Namun, biasanya TV mengambilalih tugas ibu bila ibu nak buat kerja, nak mandi, nak masak, nak makan dan sebagainya. Jangan marah anak bila anak jadi hantu TV.

Bila bercakap tentang 3 tahun pertama sebagai masa yang paling sesuai untuk mempraktikkan ECE, ramai yang kata “Itu semua teknik Mat Saleh”. Namun hakikatnya ibu Imam Syafie berhijrah dari Palestin ke Mekah semasa anaknya berusia 2 tahun demi masa depan pengajian anaknya. Nampaknya Ibu Imam Syafie terlebih advance ECE-nya dari kita.

Saya dapati apabila mencecah usia 4 tahun, anak dah pandai memprotes. Itu yang saya alami bersama Hafiy. Ketika ini teringat perbualan dengan Gynae saya, Dr Aida di Miri dulu. Suka borak dengan Dr Aida, banyak tips dia tentang breastfeeding, parenting… Katanya sebelum 4 tahun, jangan kenalkan dengan watak2 kartun di TV, dan sebagainya. Selepas 4 tahun OK, sebab dalam masa itu anak2 sedang membentuk peribadinya, dan dalam usia 4 tahun mereka dah ada ego mereka sendiri. Bila dah terbiasa dari awal, kita nak tegur pun dia dah pandai menjawab. Bila kenalkan selepas usia 4 tahun, dia dah boleh fikir realistik sikit. Saya rasa ada betulnya kata2 Dr Aida, kerana itu yang beliau praktikkan. Bertepatan dengan konsep WOO (windows of opportunity) iaitu anak2 lebih mudah menerima sesuatu semasa usia 3 tahun ke bawah.

Tapi, jangan risau kalau anak dah addicted dengan watak kartun. Sebenarnya, tak menjadi masalah kalau anak suka pada watak kartun. Kena kreatif sikit.

Misalnya saya gunakan Ultraman untuk mengajar tentang Jepun (Ultraman asal dari Jepun kan), Transformers untuk Jordan (ada scene Prime-Prime yang terperangkap dalam Petra) dan sebagainya. Banyak benda boleh dikembangkan daripada benda-benda tu.

Jadi, apakah peluang yang anda berikan kepada anak-anak anda?

admin Avatar

8 responses to “Peluang Yang Kita Beri Kepada Anak”

  1. Sid Avatar

    huuhu…
    aku susah nak bg anak aku tgk kartun
    tpi lepas2 jugak
    mmg budak2 ni mudah ngikut
    especially kartun upin ipin tu
    sangat jarang nak suh dia buat benda lain time aku nak mandi,nak solat..
    klu kena mandi dgn bekemban bukak pintu..
    mmg elok jer dia tunggu
    sama dgn solat
    even melalak2 pun aku bwk
    huuhu..
    la ni ade 2 beradik dah
    tpi mmg nmpk si abang jenis kaki bengkeng since umur 2 thun lagi
    selagi boleh
    dia nak sume tu kepunyaan dia..
    kuat melawan pun satu hal.
    policy aku
    cukup sejam
    tutup tv..
    tutup komputer
    abis cerita
    biarlah nangis..
    anak – anak ni jgn digula – gulakan sangat.
    pukul?
    tak kose aku.
    aku taknak ape yg bapak aku amalkan pada aku,aku amalkan pada anak2.
    toleransi perlu,diplomasi perlu tambahan plak displin juga perlu.

    jadi mak bapak ni tak mudah semudah bercakap
    semudah mencari ilmu
    sebaik – baik guru aderlah pengalaman tapi biar dengan pelajaran serta sisipan
    jgn berguru tanpa yang mengajar
    tu berguru dengan syaiton namanya.

  2. MamaAiman Avatar

    saya setuju la dgn akak..baby memang cepat tangkap apa yg di depan mata..jadi pengaruh tv sgt kuat padanya..tapi setakat ni aiman ni takpaham n taksuka tgk tv..seperti kelaziman akak cakap, kalo nk g masak ke, buat keje rumah ke, saya letakkan aiman depan tv katun, die takpenah nk tgk betul2, kecuali kalo depan komputer bukak nasyid katun..takutla pengaruh katun cam ben10 tu..huhuhu..tapi bila ibu berkerjaya, takdapat pantau anak 24/7..hmmmm..

  3. ida.z Avatar

    Saya pun kalo ikutkan tak pernah introduce Ultraman, ben10 semua ni kat anak, tp bila dah pi nursery tu..nak kata apa kan..kawan-kawan pakat dok ngajar.
    So, saya try to positivekan kartun2 tu kalo dia nak tgk..cth time tgk cerita tu baju warna apa ben10 pakai..etc..and kalo time tak nak makan ke kasikla perangsang, kalo nak kuat macam ben10/ultraman kena lah makan..

  4. Neroecha Avatar

    Menarik beb..thanks for the info

  5. eda Avatar

    saya pon same laa, xpnh bkk otromen ke, ben10 ke kt umah…cite yg lawan2 ni mmg xbkk…tkut kang si abg tiru, blasah adik dia plak. tp dia blaja kt nursery…ade bdk kt nursery dia dulu mmg ari2 bwk CD otromen. beli plak parent dia CD cite tu, pelik jgk. so, nk xnk kene laa bdk pengasuh tu psg ari2 as requested by the kid td. dr situ laa ank saya mula knl otromen tu. tp kt umah smpai la ni kartun2 jenis gitu diharamkan. cuma saya bkk channel Playhouse Disney je, sbb saya rase channel tu ade blaja2 skit kan…sume cartoon character dia pon baik2 je.

  6. Mama-miya Avatar

    otak anak2 develop most during the 1st 6 years and seawal age 2 otak anak dah decide dia nak major on what. Sangatlah rugi kalau we dont take advantage of this window of opprtunity kan? Working mom or Fulltime mom, kalau nak terbaik utk anak, boleh aje buat macam2. Sibuk dgn life/work is not a good alasan. ๐Ÿ˜‰ luangkan 1jam sehari utk homeschooling pun dah cukup. kesan dia besar.

  7. LINA Avatar
    LINA

    Salam
    sy sll copy artikel anak2 fr your blog N fwd to my hubby. hrp u tk marah.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam LINA

      alhamdulillah if its benefit you. takkan saya nak marah kan ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge