Ahad lepas saya mengikuti Seminar Early Childhood Education (ECE) yang dianjurkan oleh Genius Baby on Board di Wisma Bling Lustre, Puchong (sekarang rasa Puchong makin dekat je dengan Damansara, LOL). Satu seminar yang santai but superb! Memang tak rugi bayar mahal-mahal.
Saya akan cover (fuyyo macam wartawan ko!) tentang seminar ni dalam satu entry lain. Tapi di sini saya nak kongsikan tentang satu benda yang diutarakan dalam seminar tersebut (ada 1001 benda lagi!), iaitu PELUANG yang kita beri kepada anak-anak.
Peluang yang macamana?
Kita kan biasa dengar, atau kita sendiri yang mengeluh, semacam ni “Anak ni ketagih dengan TV, siang malam TV”, “Anak I terlalu minat dengan Ultraman, risau betul hari2 asyik Ultraman saja” etc.
Setiap anak yang kita lahirkan, dalam keadaan fitrah. Suci, putih, bersih. Lahir-lahir anak takkan kenal apa itu TV, apa itu Ultraman, apa itu Ben10, apa itu Thomas dan sebagainya. Tapi sepanjang jalan dia membesar.. pernah tak kita:
- “Adik tengok TV kejap ya, Mama nak mandi”
- “Adik jangan nangis jom kita tengok kartun”
- “Adik tengoklah TV, Mama nak lipat kain”
- “Anak I suka betul tengok kartun di TV. Pandai dia!”
(Sekadar contoh).
Semasa anak saya Hafiy masih kecil, saya mempunyai pemikiran bahawa “Kalau budak2 boleh kenal watak2 kartun, mesti dia boleh kenal bendera, peta, huruf, nombor, objek, etc”. Saya mendapati pemikiran saya adalah betul, apabila Hafiy berusia 13 bulan (semasa saya bercuti sakit sebelum melahirkan Fahry) dia mengenali planet, warna, huruf, dan sebagainya.
Namun ternyata benda-benda elok ni kena pegang dan jaga baik2. Elemen yang tak berapa elok, senang betul melekat. Saya masih ingat pertama kali Hafiy menyebut “Ultraman” iaitu selepas saya menghantarnya ke taska. Lalu saya ‘kasi can’ tengok Ultraman. Memang mudah sangat nak melekat dengan Ultraman. Tak payah suruh, dia yang suruh kita pasangkan Ultraman. Jadi, secara lagnsung atau tau langsung, saya telah ‘menggalakkan’ Ultraman kepadanya.
Bila saya fikir semula, dan apa yang dibincangkan dalam Seminar ECE itu, memang betul. Apa yang menjadi habit dan kegemaran kepada anak kecil adalah dari sikap ibu bapa. Kalau ibu bapa dari kecil istiqamah mengajar anak, mengasuhnya dengan elemen yangย jauh dari unsur2 di atas, anak2 takkan tahu bahawa TV itu menyeronokkan. Namun, biasanya TV mengambilalih tugas ibu bila ibu nak buat kerja, nak mandi, nak masak, nak makan dan sebagainya. Jangan marah anak bila anak jadi hantu TV.
Bila bercakap tentang 3 tahun pertama sebagai masa yang paling sesuai untuk mempraktikkan ECE, ramai yang kata “Itu semua teknik Mat Saleh”. Namun hakikatnya ibu Imam Syafie berhijrah dari Palestin ke Mekah semasa anaknya berusia 2 tahun demi masa depan pengajian anaknya. Nampaknya Ibu Imam Syafie terlebih advance ECE-nya dari kita.
Saya dapati apabila mencecah usia 4 tahun, anak dah pandai memprotes. Itu yang saya alami bersama Hafiy. Ketika ini teringat perbualan dengan Gynae saya, Dr Aida di Miri dulu. Suka borak dengan Dr Aida, banyak tips dia tentang breastfeeding, parenting… Katanya sebelum 4 tahun, jangan kenalkan dengan watak2 kartun di TV, dan sebagainya. Selepas 4 tahun OK, sebab dalam masa itu anak2 sedang membentuk peribadinya, dan dalam usia 4 tahun mereka dah ada ego mereka sendiri. Bila dah terbiasa dari awal, kita nak tegur pun dia dah pandai menjawab. Bila kenalkan selepas usia 4 tahun, dia dah boleh fikir realistik sikit. Saya rasa ada betulnya kata2 Dr Aida, kerana itu yang beliau praktikkan. Bertepatan dengan konsep WOO (windows of opportunity) iaitu anak2 lebih mudah menerima sesuatu semasa usia 3 tahun ke bawah.
Tapi, jangan risau kalau anak dah addicted dengan watak kartun. Sebenarnya, tak menjadi masalah kalau anak suka pada watak kartun. Kena kreatif sikit.
Misalnya saya gunakan Ultraman untuk mengajar tentang Jepun (Ultraman asal dari Jepun kan), Transformers untuk Jordan (ada scene Prime-Prime yang terperangkap dalam Petra) dan sebagainya. Banyak benda boleh dikembangkan daripada benda-benda tu.
Jadi, apakah peluang yang anda berikan kepada anak-anak anda?
Leave a Reply