, ,

Peluang Bisnis Baru Bersama Genius Baby Resources

admin Avatar

Yoyooh je. Hehe.

2-3 hari ni kami menjalankan konfrantasi yang entah apa-apa antara saya, Kay dan Watie. Bermula dengan satu SMS yang saya kirim semasa Watie berada di PD. SMS apa ekkk??? Mak lopaaaa. Saya pun tak ingat apa benda yang saya propose kat beliau tempoh hari hahaha.

Kemudian Watie bersetuju nak buat GENIUS BABY-MINI SEMINAR a.k.a BORAK SANTAI di Scritory Box! Apakah bendanya ini.

Watie ni rasanya ramai yang kenal dia as seorang mak yang sangat2 minat, suka, passionate about early education. Yang bestnya Watie ni dia suka share apa2 yang dia buat dengan 2 orang princessnya si Qarissa dengan Quzayra tu. Bagusla kan, sharing2 benda baik. Walaupun ramai yang tak setuju tentang early education, yang katanya mendera budak…. saya rasa ia sebenarnya lebih mendera makbapak dari mendera budak 😀 Ape pun ini semua pilihan masing2. Cuma dalam dunia ni ada mak bapak yang suka dengan benda eduacation yang macam ni, dan suka tengok anak dia kecil2 dah pandai. Ada orang suka follow the flow, nanti masuk sekolah belajarlah. Terpulanglah kan, selera masing2.

Tapi, untuk yang nak tahu, ada passion, rasa nak dengar tentang early education bersama Genius Baby Resources ni, sila la register cepat2, sebab tempat terhad untuk preview ni!

Mereka akan mengupas tentang:

  • Maksud Early Childhood Education (ECE).
  • Apa Yang Anda Faham Tentang ECE?
  • Takrifan ECE Mengikut Negara
  • Bila Kita Harus Bermula Untuk Mendidik Anak.
  • Pendapat Lain & Pilihan Yang Ada
  • Mengapa Perlu Bermula Seawal Usia?
  • Kuasa Otak Bayi & Sambungannya
  • Mitos & Fakta tentang Otak Bayi
  • Bagaimana Otak Anak Berkembang?
  • Bagaimana Memaksimumkan Potensi Anak
  • Cadangan produk yang baik untuk menstimulasi anak anda
  • Info tentang seminar GBOB
  • Skop & topik seminar

Rasanya diorang dah cover semua kan? So bagi bakal ibu bapa, ibu bapa baru, ibu bapa lama pun boleh, kalau masih tercari2 cara terbaik untuk mengajar anak di rumah, ini lah masanya.

Si Qarissa dah pandai membaca semasa usianya setahun! Macamana rasanya kalau anak kita hebat macam tu. Cakap pun belum pandai tapi dah boleh membaca. Tentunya bukan sebab si Qarissa tu lahirnya bijak laksana, tapi rangsangan dan usaha mak ayah dia yang buat dia jadi camtu, dengan izin Allah.

Memang tak mustahil sangat, budak2 ni pandai membaca/mengaji seawal umur setahun, provided usaha mak ayah dia la. Kalau yang jenis malas-malasan, eh bukan, kurang minat dan kurang komited… jadi mungkin agak mustahillah. Saya ada seorang kawan yang anaknya boleh membaca seawal umur 7 bulan. Macamana nak tahu baby tu pandai baca walhal belum pun bercakap lagi? Bila kawan saya ni tunjukkan kad yang ada printed perkataan tu, baby merangkak pegi tunjuk pada objek tu.

Tapi semuanya bergantunglah kepada kehendak, keselesaan, kemahuan parents sendiri. Kalau rasa tak  ada keperluan nak pandai membaca awal2, tak perlu kita amalkan untuk anak-anak kita. Ada orang lebih pentingkan artistic, ada yang pentingkan childhood enjoyment, jadi semua tu tak salah. Terpulang pada kehendak dan keperluan masing2.

Apa benda pulak merapu ni.

Nak ceritanya kami (Scriptoy Box) sekarang mengikat pertunangan dengan GBR. Ahaks. Doa-doakan kut boleh mengikat tali perkahwinan pulak (ada hati~). GBR akan berstesen di Wisma Bling Lustre juga! Best kan, ada gak member kat situ.

Ramai yang kata SB ni jauh ke dalam. Hmm.. mmg tak dapat dinafikan. Maklumla ofis kecik setoet kami ni mana layak berada di jalan2 utama, ecewah. Tapi nanti jalan yang depan kedai tu akan disambung terus ke Putrajaya, eh, ke Cyberjaya?  tapi area sana lah. So senanglah orang2 di sebelah2 sana nak ke mari. orang KL, PJ, Puchong pun tak sampai 20 minit boleh sampai. Shah Alam pun tak jauh. Cuma kalau tak biasa memang tak jumpa sebab tak berada di tepi LDP tu. Tapi dia betul2 sebelah dengan Bandar Bukit Puchong, dan on the way nak ke pusat kesihatan Puchong.

So boleh lah datang nanti 🙂

Seronoknyaaa tak sabar lah nak tengok banner GBR kat tingkat atas tu!

sedikit details tentang mini seminar.

Date: 17 July 2010 (Saturday)
Time: 2 pm – 4 pm (or maybe longer depends on the chit-chat moment)
Place: Wisma Bling Lustre, No: 47-1, Jalan Meranti Jaya 3/1, Tanming Boulevard, Taman Meranti Jaya , Puchong, Sgor.
Price: RM 50/pax @ RM 80 per couple (husband & wife).
Max Participants: 30 pax only (1st come 1st serve with full payment)
Target Participants: Pregnant Lady, 1st time parents & Parents with > 1 child who love ECE.

datang ramai2. We have more events incoming untuk budak2 under KIDS’ LUV. So kita jumpa di sana.

Ahad ni jom sertai bengkel Sanggul dan Bedak bersama Maizawati Zainal. Hanya RM80 untuk ilmu make-up cara Muslimah dan talk tentang isu tudung zaman sekarang.. sanggul tinggi dan sebagainya. Boleh regsiter dengan saya 🙂

source : www.rahsiaperkahwinan.com

Saya ni excited nak belajar cara2 mekap untuk suami hehehe. Maklumlah suami kita makin tua makin bergaya dan kaya. Kalau kita tak pandai pikat dia kat rumah, risau jugak kan. Lagi2 kalau isterinya selekeh semacam bau bawang kat rumah.

Betul, saya memang nak mekap untuk suami, sebab dia tak bagi saya mekap bila keluar. Dapat pakai bedak tu kira dah cukup bagus. Takut la tu.. hehe. Macamla lawa sangat bini dia hahaha.

Bila dah nak tutup karangan ni baru rasa tajuk tak menepati isi. Hmmm…

admin Avatar

12 responses to “Peluang Bisnis Baru Bersama Genius Baby Resources”

  1. nita Avatar
    nita

    macam best jek sanggul & bedak tu. maiza akan touch up muka kita ker?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak pasti pulak dia tukang bg explaination je kot. ok nanti check dgn dia 🙂

  2. meah Avatar
    meah

    bagus sgt2 ler ko wat bengkel2 gitu, xnak suh aku wat bengkel masak2 ker..haha…biler lagi nak blaja wat makan2 yg best tp cpat tok anak2 n suami….btw, aku gi umah mu ari tuhs x sempat wat carrot cake sebab gerak dr umah mokcikku, umah mak mertuaku plak oven rosak…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      turun KL kang meh la sini
      kita wat baking class 😀

  3. zaila / Mari Kelih Store Avatar

    aku berminat nak join tapi sentiasa busy..huhuhuhuhuuu
    .-= zaila / Mari Kelih Store´s last blog ..Nur Ameera Husna is 2 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      apa kata mu luangkan sedikit masa?

  4. Yaati Nor Avatar

    Salam perkenalan..

    mcm menarik je klu nak join ECE tu…wisma bling tu dkt je dgn umah saya..5 minit dah sampai..wisma tu akak punye ke?Menarik..
    .-= Yaati Nor´s last blog ..Breast Caring -amp Breasfeeding Event At Petronas Permata =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam perkenalan Yaati Nor,

      jomla join, hehe bole kita berkenalan.

      ohh BSC event kat permata tu saya pun pegi jugak, bukak booth kurung menyusu bling buubies 🙂

  5. Mommy Of Q's Avatar

    Lyna, hehhe..nak suko baca entry hang kali nih ..kahwin tak tahannn…alhamdulillah yang, aku pun tak sangka kan ..really hope tit will be a succes one ..insya allah ..:)

    now participants dah ada 25. tinggal 5 jer lagi ..:) so happy sebab all this parents sgt berminat dengan ECE jugak ..we have the same interest, so easy to share ..

    thanks again Lyna, really appreciate u & Kay for proposing me to do all this .. Muahsss kat semua tempat! (hahaha.. ayat trade mark aku kat kawan pompuan jer .. wkakakaka)
    .-= Mommy Of Q’s´s last blog ..Official Launch Of My 1st Mini Seminar – =-.

  6. mila Avatar

    chai yok! chai yok! mommy lyna,
    wish i could go, tp duk jauh..huhu.
    .-= mila´s last blog ..Aktiviti Menyelamat =-.

  7. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    alamak nk penuh doh ko? br nk pujuk darling hubby g join bengkel nih huhuhuhu

  8. Yaati Nor Avatar

    heheh..mst mommy lyn yg bg pamplet tu kat saya..saya ada tgk booth bling ms kat permata tu..tu yg tahu wisma tu dekat umah saya tu..2,3 hari lps tu terus cuci kete kat wisma bling..
    .-= Yaati Nor´s last blog ..Contest Aksi Si Manja di Playground =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge