Pelaburan Saham vs Tanah – Perbandingan Agak Kebudak-Budakan

One of MySuperKids reader ada minta pendapat saya tentang pelaburan saham vs tanah and forward to me artikel ni untuk dikomen. Its hard for me untuk komen org popular lg berpengaruh mcm SaifulSham nih tapi memandangkan pembaca MySuperKids sorg ni nak jugak, then here it is.

I know SaifulSham is one of the popular Malaysian Marketer, in fact dh ader jual bukunya sendiri. So judging from their successes, I think they are matured enough to accept kritikan membina from me. Btw, my talking is just as good as others, so use your brain wisely and keep an open mind.

Kalau tidak, forever it will be one-sided thinking.

My komen in purple…

Pelabur saham terduduk, pelabur tanah ketawa

Source: SaifulSham.com
Blog Post Date: 15 June, 2008

Lebih kurang awal tahun ini, saya mendapat sebuah email dari seorang yang mendakwa dirinya pakar dalam pelaburan saham dan menghentam saya kerana menganggap diri saya muda dan mentah dan tidak tahu apa itu pelaburan saham.

Ketika waktu itu, saya baru sahaja melancarkan laman web UrusHartanah.com dan ketika 99 peratus respons yang diberikan adalah positif, seorang yang mendakwa dirinya pakar inilah menghantar email ingin bertekak dengan saya.

Pada mulanya saya hanya memberitahunya bahawa jika tidak percaya akan pulangan pelaburan tanah yang tinggi, saya menjemputnya datang ke pejabat bapa saya dan melihat semua portfolio. Tetapi beliau tidak berani menyahut cabaran itu.

Alasan yang diberikan adalah beliau telah membaca banyak buku pelaburan saham dan masih mengatakan pelaburan saham lebih baik dari semua jenis pelaburan. Dan untuk menguatkan hujahnya, beliau memberitahu beberapa jenis kaunter saham yang sentiasa menunjukkan trend menaik seperti kaunter-kaunter saham bluechip.

Beliau juga memperlekeh dengan memberitahu saya menipu pengunjung laman web UrusHartanah.com dengan mendakwa risiko adalah hampir tiada dengan berhujah; “Semakin tinggi pulangan, semakin tinggi risiko”.

Seriously, anda tak perlukan risiko yg tinggi untuk dptkan pulangan lumayan. Tapi, you need knowledge, skill and some experience (luck comes later) untuk dapatkan manfaat “low-risk but high-return”. More important than that is access to information…

Saya terus memberitahu bapa saya dan bapa saya katakan, “Biarkan sahaja. Dia mungkin baru menyertai pasaran saham ketika pasaran sedang naik. Dia tidak rasa keadaan pasaran saham sebaliknya”.

Tup,tup,tup, minggu lepas kerajaan menaikkan harga minyak. Pasaran saham jatuh merudum. Tidak cukup dengan itu, inflasi telah mula meningkat.

I don’t think saham merudum masa tu sbb kerajaan naikkan harga minyak. Saham worlwide jatuh sbb isu US sub-prime mortgage. lagi byk jatuh bila Northern Rock + Lehman Brother collapse. Sure not because kerajaan Malaysia yg naikkan harga, kalau ade pun 5-20% correction je tapi sure bukan sampai merudum smpai 50% la.

Ketika ini, bapa saya memberitahu:

“Sekarang, tibalah masa untuk melihat semula pasaran saham. Bercakap dan mengagung-agungkan pasaran saham ketika keadaan saham meningkat adalah tidak adil dengan tidak mengambil kira ketika pasaran merudum”.

Kata-kata hikmah mcm ni bukan setakat saham je, semua jenis investment cenggini. Talk to org yg heavy on gold last year or some harcore property in 2007 and maybe yg ade kelapa sawit in early 2008; all of them will defend their own investment portfolio macam this gentleman defend pelaburan tanah.

Our foresight & kebolehan untuk membuat jangkaan yg akan menentukan kadar keuntungan dan sebanyak mana risiko yg kita boleh terima untuk worst case scenario. Kalau the real situation is beyond the risk tolerance, cut loss! and go plan B!

“Sekarang, kita dapat lihat, siapa yang ketawa dan siapa terduduk. Pelabur saham boleh bercakap untuk menjauhi diri daripada pasaran saham ketika keadaan tidak menentu tetapi kebanyakan manusia tidak akan begitu.

Its not about ‘siapa yang ketawa dan siapa terduduk‘ or ‘siapa yg ternganga dan siapa terliur‘, but macam mana kita manage the whole portfolio accross different asset class does matter. Look, semua jenis market ada ups and down, ataupun should I say ketawa & terduduk. Tak pernah lg jumpa market or business yg manjang ketawa or terus terduduk; except orgnya lah.

Ketawa or terduduk seseorg pelabur bergantung kepada pengetahuan + kemahiran tentang sesuatu yg dia rasa dia tahu, bukan salah mana-mana asset yg dilaburnya. Agree?

Ketika sudah mencatat untung, keinginan untuk untung akan membuak dan terus-menerus melabur. Dan kemudian pasaran mula jatuh, selalunya, manusia tidak mahu menarik pelaburannya kerana merasakan akan ada peluang untuk pasaran meningkat kembali.

Ataupun jika pasaran jatuh, pelabur menarik kembali pelaburannya dengan menjual saham pada harga rugi. Dan kemudian masuk kembali ketika pasaran meningkat, dan untung. Dan rugi ketika pasaran merudum. Jadi, akhirnya, jika dihitung, tiada keuntungan signifikan. Keuntungan dihabiskan oleh kerugian dan ini merugikan kerana banyak masa diambil untuk memahami pelaburan”

The way i look at it, ini mcm kes amateur punya stock investor. Cut-loss & lock-profit is indeed very-very-very tough emotionally; but remember, it only applicable for short to medium term traders.

Untuk pure long-term stock investor macam Warren Buffet, saham jatuh teruk adalah peluang untuk shopping. Tak payah risau kalau overall harga saham jatuh sebab syarikat yg memiliki fundamental value yg sgt strong akan sgt-sgt cepat rebound. In fact, melabur waktu krisis is the most profitable ventures I can think of as people buck-up and come out stronger.

Biasalah kalau business ada drop sikit sana-sini but as long as pekerja/ owner dia pandai ambil peluang, recession is just another peluang to grow stronger than others. Tough situation never last but tough people do, remember? Look at AirAsia…

Cuma kalau nk pakai strategi ni, make sure beli saham at discounted price to play-safe. Jgn gelojoh…

Bapa saya memberitahu lagi, “Sekarang, ketika semua orang pening kepala dengan kenaikan harga minyak, pelabur tanah tidak merasai sebarang kesan dan hidup seperti biasa”.

“Abah pun dulu keras kepala masa muda-muda, taknak percaya pada satu pepatah barat: Barangsiapa yang masuk pasaran saham akan mengalami kerugian pada akhirnya.

Dulu abah muda-muda pun sama, langsung menolak apa yang orang lain cakap walaupun orang itu adalah lebih hebat daripada kita.

Bila abah dah mula rugi pasaran saham, baru abah setuju kenyataan tersebut.

HaHa, this is a common problem.

My dad pernah jugak cuba nak main saham ‘suatu ketika dahulu’ tapi taubat taknak main lagi dah bila dh rugi beratus/ beribu ringgit, tak ingatlah. As if it’s not enough, bgtw anak-anak dan sapa-sapa yg dia kenal jgn le main saham weh, bahaya!

Same goes to arwah TokPa when he made mistake bila beli rumah kat Johor; harga rumah tak naik banyak (wolopon Sime Darby yg develop; masa tuh Sime UEP lagi) and cashflow bulan-bulan pun negative. Tu belom kira penyewa yg tak pernah tak buat hal mcm rumah hancur + tak byr sewa.

Sebagai anak yg soleh & solehah, abiy & me sepatutnya folo nasihat ayah-ayah kami. But we beg to differ for this particular advice.

One big problem untuk pelabur yg just started is we prefer to run away bila ada problem dgn pelaburan kita rather than analyze kesilapan apa yg kita buat. Kalau kita tahu apa yg silap, you can start cari how to fix it. Keep on doing this, satu-satu kesilapan dapat di atasi before betul-betul consider as ‘berjaya’. In any business, you need mistake to succeed.

Just make sure you start small (jgn tamak) and grow bigger (jgn takut) as you leverage on your past success & failure.

There are millions if not thousands of investors dlm dunia ni yg kaya raya daripada hartanah, saham, forex, emas, tanah etc. Since takde org boleh deny those facts, never deny profitability of each assets. The fact is, if you got it right, duit should come to your lap tak kira la mana-mana cara sekali pun.

Sama juga hal ini dengan pemaju hartanah berkediaman, bermula saat ini, lihatlah akan lahirnya banyak pemaju hartanah berkediaman yang akan muflis. Dengan harga bahan pembinaan yang melonjak naik, pemaju hartanah berkediaman sudah tidak membuat sebarang untung. Malah mereka terpaksa menanggung kerugian.

Adakah pelabur tanah menanggung risiko seperti mereka? Apakah pelabur tanah akan menanggung ketidaktentuan pasaran saham seperti sekarang? Jawapannya tidak!”

Saya ada satu kisah, minggu lepas saya ikut bapa saya minum kedai kopi bersama-sama dengan rakannya yang merupakan pemilik syarikat pemaju hartanah kediaman.

Katanya, “Tuan haji tidak mengapalah, tuan haji tidak payah pening kepala. Barang naik ke, sama ja. Saya ni, harga besi naik mencanak-canak, harga simen pun melonjak. Semua benda naik. Dulu rumah harga RM100,000 dapatlah untung RM19,000-20,000. Sekarang ni, untung pun buat cover harga barang”

Jadi, siapa lagi mahu bertekak dengan pelabur tanah?

Bertekak? Perlu ke?

Hmm, byk beginner keep on comparing keuntungan saham vs hartanah vs emas vs ASB or anything else lah. Maybe boley lah compare ASB dgn emas sbb price structure dia amat generalise, but never do the same to saham, hartanah, tanah, forex or apa-apa yg tak boleh di-general-kan.

kalau nak compare gak, better do it in more granular way mcm perbandingan Saham Bank Islam vs Condo Troika KLCC vs Tanah kat Pulau Sipadan; kalau this one I can tell you mana lagi menguntungkan la; tu pun the answer subject to apa-apa fundamental change.

The thing is, macro comparison accross different asset class ni hanya bagus untuk bg preview wic one you should start learning & do first; and ultimately you must cover all. Am talking about pelaburan, bukan kerja dlm any particular sektor pelaburan ok, as there are different situation. Pelaburan is when you let the money grow by itself, Kerja is when you involved in that investment for a living.

Sgt senang untuk bias kepada sektor yg kita dh biasa. But as investors, you must have broad-based thinking FIRST before slicing into particular sector LATER. As you know, access to info yg u boleh dpt for each asset class pun boleh menentukan perspective individu; mcm ade bapak keja pejabat tanah, so tau la tanah mana yg hot and tak, or mak kerja company developer wic they can give discount untuk spot hartanah yg tengah naik, so that senang la you nak estimate risiko yg bakal di ambil etc.

11 thoughts on “Pelaburan Saham vs Tanah – Perbandingan Agak Kebudak-Budakan”

  1. for me, actually the best investment is diversity.. invest in saham, property, gold, forex.. every investment has its pros n cons… so diversity of the investment boleh cover kelemahan masing2… tapi macam yg lyna cakap, yg penting invest in yourself dulu.. bykkn ilmu di dada… itu no 1…

    kitorg br je start investing in property kecil2an.. so far xde prob. saham belum pernah masuk lagi.. maybe anytime soon.. hehehe :D
    .-= Ummi Khayra´s last blog ..~ Sekarang Bakal Menjadi 10 ~ =-.

  2. Baru tengok web nie…sekarang tengah2 nak belajar cara main saham…tapi tak tau macam maner nak mula…harap2 dapat tunjok ajar dari orang yang berpengalaman…

  3. Assalamualaikum. Salam perkenalan dari saya.

    Tahniah banyak info kat laman web. Dah berapa lama buat laman ni.
    Saya masih baru dan banyak perlu belajar. skrg dok refer laman laman yg menarik

  4. Paling penting, sebagai orang Islam, kita perlu kaji investment yang nak dibuat itu mengikut hukum syara’ atau tidak. Dalam Islam memang ada bab khusus pasal investment, istilahnya ‘syirkah’, ada bab khusus bagaimana memiliki dan mengelolakan harta, tapi tak ramai yang nak mengkaji. Urusniaga forex dah terang-terang berunsur riba’. Matawang bukan komoditi yang boleh diniagakan. Tak salah nak melabur tapi biarlah pelaburan itu membawa keuntungan dari dunia hingga ke akhirat. Wallahu A’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge