Digi Internet Pimp Up My Day Challenge

By | January 10, 2010

Kami berempat – saya, UmmiKhayra, Little Mama & Foxy Farah telah team up menjadi La Dolce Momma (mak2 yang Manis) untuk Digi Internet Pimp Up My DAy Challenge yang berlangsung di One Utama. Kami semua kan sebenarnya tak penah jumpa before the event (dah jumpa sebelum ni tapi purposely untuk event ni tak penah bersemuka) sebab masing2 busy & hanya berhubung via email aje. Tapi kami berjaya hasilkan gambar poster yang sangat cuns dengan hasil PhotoShop LOL.

Digi Internet Pimp Up My Day Challenge ni mulanya dikatakan ala2 treasure hunt so memang kami rilex2 aje lah. Mak-mak blogggers nak tunjuk kehebatan la kononnya. Sekali… mereka adalah umpama AMAZING RACE!

Kami diberikan 8 tugas untuk dibereskan. Mula2 kami blur, sebab terlepas part of briefing. Tapi berbekalkan kebijakan otak yang maksimum, kami dapat memproses semua dengan jayanya. 8 challenges tersebut adalah di lokasi2 di bawah:

  • It’s A Hit! Batting Cages
  • Digi
  • Nokia (Rainforest)
  • Rainforest
  • Celebrity Fitness
  • Quicksilver
  • Swatch
  • Mardi Grass (yang ni kami tak sempat buat)

Mula2 sekali kami ke Celebrity Fitness, masa tu ada 3 group tengah queue. So kena ikut turn, kami pegi tempat lain dulu lah. Second, Quicksilver, pun ramai orang. So kami naik ke UR level, tempat It’s A Hit! Batting Cage. Mulanya sesat juga, kami ke old wing padahal ia kat new wing. Sampai2 still kena queue tapi kami decide untuk tunggu aje.

First game ni memang mencabar especially saya yang tak penah pegang bat tu. Kami diberi 15 chances setiap orang untuk pukul bola & hanya pukulan ke depan aje yang dikira. Kami dapat 11 pukulan all together dengan 1 home run oleh Farah. Bravo!!!

Lain2 tugasan, wat ringkas2 aje dulu sebab dah drowsy… kaki sakit!

DiGi – kena masuk website DiGi Music, create playlist & isikan playlist dengan lagu Lady Gaga & Akon. Kami tersilap create 2 kali playlist yang sama, pastu tersilap masukkan lagu. Hehe. Takpelah, apa yang penting kerjasama.. silap takpe.

NOKIA – kena cari apa pekataan di sebalik kod nombor2… 5465853… oh mula2 memang tak paham ape bendanya, lepas tu baru dapat ilham sebab klu dia ‘Use dictionary on your hands’ = rupanya pakai function dictionary yg dalam SMS handphone tuh! Ayo. Buang masa je laaa.

Rainforest – Menyumpit. Mine sikiiiiit je lagi nak kene bulls eyes!

Swatch – kena buat 30 second commercial. Me & Little Mama jadi model, UmmiKhayra & Farah jadi suara. Over betul aku! Malu nak tengok balik video tu 😛 Video ni kena upload kat FaceBook pastu tag mereka2 yang disuruh tag.

Quicksilver – kena pakai baju yang diorang kasik & bergaya model. Entah apa rupanya ye?

Mardi Grass – yang ni tak sempat buat sebab dia buka 4.15-5.30 je.

Celebrity fitness – Oh sungguh lucky sebab kami buat benda ni last sekali…! Nak tercabut kaki rasanya. Kena lari atas treadmill sejauh 800 meter! Tak pernah OK in my life lari sejauh tu continuously. I was thinking about “Pengsanlaaaa”, but luckily berjaya menghadapinya! Selama ni punya la liat nak jogging kan, rupanya bole tahan juga stamina 😛

Lepas abis semua challenge2 tu, kami balik semula ke first station, Mardi Grass. Fuhhh sangat pennatttt! Masa yang ada kami gunakan untuk pindahkan gambar2 dari kamera ke PC, dan upload apa yang patut. Sambil2 makan apa yang ade. 😀

lyna littlemamanini foxyfarah

Muka2 capek.

Overall memang seronok tapi kami tak kenal orang2 lain, hehe. Ramai budak2 muda lah. Terasa amat senior pulak.. Tapi bila lagi nak merasa pengalaman macam ni kan. Nak masuk Amazing Race ke, Explorace ke.. takpelah mak tarik diri awal2 je lah. Yang ni pun dah peluh sampai ke stoking.

Tapi memang hebats lah nyah! Tak sangka leh abiskan 7 challenges out of 8!

Terima kasih pada semua team members atas kerjasama yang diberi. Kak Ros datang jauh2 dari Klang menempuh jem 2 jam (hubby kata ada accident), Ninie yang bawak family & Khayra yang jap2 datang nak menyusu & Farah yang lepas Farell entah ke mana ye Farah? 😉 TQ Nuffnang & DiGi. My family pun sanggup tunggu, yang penting my sister yang nak balik Melaka petang tu postpone ke jam 4.30 pagi ni sebab kena jaga budak2 😀

& my kids yang tunggu2 Mommy tak balik2 tuh.

hafiy tunggu mommy

Yang ni duk jaga pintu je tunggu Mommy.

Sungguh penat. Arini nak bersiap ke Sarakids pulak.

Hari minggu saya memang sangat busy. Tak penah lekat di rumah.

6 thoughts on “Digi Internet Pimp Up My Day Challenge

  1. fid

    gilo manis2 mak2 nih
    hahaha
    i dah agak dah ala2 amazing race sbb depa punya idea itu je le ni hahaha
    jahat den kuang kuang

    Reply
  2. eyriqazz

    Laa,yg itu rupanya awak…nak tegur tapi tau itu awak…
    .-= eyriqazz´s last blog ..Digi Internet Pimp My Day Final Challenge =-.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge