Pernah dengar “pelaburan emas confirm untung”, “pelaburan emas takkan rugi”, “pelaburan emas akan kekal, wang kertas bakal lumpuh”, “pelaburan emas itu tuntutan Islam”, atau “kalau tak melabur dalam emas tu kafir!”? Kadang-kadang, jadi agak letih nak melayan orang-orang yang fanatik dengan emas ni. As I said, kebanyakan yang defend pelaburan emas gila-gila ni sama ada tauke emas, ejen yang dapat komisen menjual emas ataupun orang yang tak banyak duit tapi dah beli emas lepas termakan dengan kata-kata optimis tentang emas. Tak percaya sudah.
Dalam apa jua keadaan, kalau dah too one-sided memang sukar nak guna brain more than emotion…
I pernah tulis artikel pasal emas and you can read semua komen-komen tu. Since banyak jugak komen-komen tu yang agak redundant, so I think better explain it in a single blog post sebagai rujukan semua.
—————————–Sideline Start—————————–
Btw, sampai ada yang share artikel saya dalam forum Cari Gold oleh cdan on 03-01-2010, 03:59 PM. tQ cdan sebab backlink to the original article(sebelum thread ni kena archive). Kalau sapa-sapa nak share mana-mana artikel silakan, but make sure ade credit to original source la
—————————–Sideline end—————————–
Emas banyak naik masa oil rush & US recession 2003-2009. Since then, memang banyak la orang cakap pasal pelaburan emas. Not only tulisan blog, tiba-tiba je ejen jual emas pun bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap 23 orang yang baru saya kenal, akan ada sorang yang suruh saya beli emas from him/her. Obviously, since artikel saya banyak bertentangan dengan apa yang mereka bagitau customer or client selama ini membuatkan these people panas bontot.
I try to write something pasal pelaburan emas ni in the most realistic manner. Tapi takut la pulak ia boleh mencederakan hati seseorang mahupun mengacau periuk nasi yang berkenaan since at times I can be damn blunt. You know la, tak banyak orang kita yang boleh terima pandangan berbeza. So what I did, cari kat Internet mana-mana artikel yang selari atau ade kena-mengena dengan pandangan saya dan tempek kat sini untuk dikomen dan sebagai tatapan pembaca MySuperKids.
And found this,
(Komen in Purple)
Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pelaburan Emas
Source: http://www.pakdi.net/apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-pelaburan-emas/
Salah satu petanda sesuatu bentuk pelaburan itu sudah sampai ke tahap bubbles, mania atau tanda awas perlu dipacakkan dalam biji mata kita semua adalah apabila pemandu teksi, tukang gunting rambut hatta yang kaki lepak kedai kopi pun bercakap pasal pelaburan tersebut.
Kalau ikut kaedah pengajian hadis, kehebatan pelaburan itu sudah sampai tahap mutawatir. Ramai sangat (ejen) bercakap benda yang sama dan mustahil untuk mereka berpakat untuk menipu. Cuma bezanya adalah, yang bercakap itu bukan para sahabat Nabi saw yang boleh kita terus percaya malah mereka cuma orang biasa yang tidak ada ilmu pelaburan pun, yang tidak tahu pun membezakan cashflow dan capital gain. Menyebabkan kita yang mendengar cerita bertaraf mutawatir itu pun rasa betul, pelaburan itu maha hebat dan kita mesti sama-sama melabur kalau tidak mahu ketinggalan bas.
Tahun 2008, rakyat Malaysia demam pelaburan saham khususnya menerusi saham amanah. Sedangkan pada 2008, pelabur besar dan pelabur professional yang telah melabur dari 2005 misalnya, telah pun mula menjual pegangan saham mereka.
Hari ini, tahun 2010, kelihatan orang demam dengan pelaburan emas. Beli pada RM 120/g jual pada RM 125/g. RM 5 untung satu gram. Ditabur pula dengan beberapa hadis-hadis Nabi yang tarafnya mengikut ulama hadis, adalah meragukan. Maka, bertebaranlah cerita yang menyatakan ini adalah bisnes Islami, ekonomi Islam!
Maka, ingin saya sebut dengan tegas itu adalah ajaran sesat ekonomi Islam.
Ekonomi Islam bukan sekadar jual beli emas untung buat untung. Peranan emas dalam ekonomi Islam adalah sebagai matawang, bukan untuk dijadikan komoditi dan seterusnya dijadikan aktivti spekulasi.
Berkali-kali I mention dalam artikel berkaitan emas sebelum ini, Emas lebih kepada asset preservation daripada investment. Cuma kalau naik, it’s a bonus! Berkurun-kurun lama-nya emas digunakan sebagai wang dagangan sebab orang percaya nilai emas takkan berubah. 10 dinar dapat sekor lembu, sampai bila-bila pun 10 dinar dapat sekor lembu?
Perkataan “emas” yang disebutkan dalam Al-Quran waktu nabi Muhammad adalah emas sebagai matawang atau perhiasan; BUKAN pelaburan. Pelaburan tak tentu hala boleh jadi speculation yang sangat2 dilarang dalam Islam. Mana taknya, sedap-sedap main speculate emas naik mencanak-canak, orang nak kawen awal pun susah sebab dah takde duit nak beli emas. Kesian…
Betul, duit kertas hari ini tidak bersandarkan emas. Jadi, pejuang ekonomi Islami yang utama adalah mendesak emas dijadikan matawang dan bukan menjadi sama-sama terlibat menjadi spekulator emas dan mendakwa akviti sebegitu adalah bisnes dan jihad ekonomi yang paling Islami.
Susah jugak kalau nak cakap orang yang jual emas ni as pejuang ekonomi. Jihad? Wallahu’allam. Saya sangat takut bila seseorang tu guna nama Islam untuk kepentingan diri sendiri. Yang menjadi mangsa orang kampung yang tak tahu apa, main borong jela mana-mana emas yang ada. Tu yang kena tipu dengan emas celup sebab nak beli emas betul mahal, emas Zhulian macam takde lagi yang buat coin kan? Huhu. Then terbeli la pulak emas scam sebab “diskaun”.
Nak debate pasal duit kertas yang tak bersandarkan emas ni sangat panjang. All we know, we got no choice selain guna jela sistem ni. Either you buy or not emas tulen atau palsu, takkan lari daripada nak beli barang guna duit kertas. Habis bagus pun pakai credit card je. Ape kes nak beli emas sebab nak support “ekonomi Islam”? Apa yang nak di-support?
Then hujah beli emas sebab nilai duit kertas makin kurang sebab inflasi; ini dipanggil juga hedge against inflation. Nak hedge against inflation ni ada banyak cara dan beli emas SALAH SATUNYA. Banyak lagi cara lain nak hedge, beli rumah, simpan dalam fixed deposit dan beli tanah antara yang paling popular. Hatta beli saham or invest dalam MLM pun boleh consider hedge; untuk maintain nilai wang simpanan.
Pastu ada jugak yang cakap paper money akan collapse. Antara sebab Bank negara naikkan OPR tempoh hari adalah untuk melindungi nilai ringgit. Setiap kali mana-mana kerajaan declare OPR naik, nilai matawang tersebut pasti naik. For the next 10 years, OPR seluruh dunia hanya akan naik, naik dan naik sebelum collapse sikit by 2020? (Huhu, tlg jgn percaya yang ni) it’s normal business/economics cycle. Dan untuk memastikan ‘FIAT MONEY’ ni collapse, semua ekonomi dunia kena collapse (recession je tak cukup, kena bankrupt macam Greece & Iceland lepas hutang-on-hutang) sekaligus sampai perang dunia ke-XX; everyone don’t trust anything that time. Agak-agak possible x? Possible kalau Yahudi tak kita tentang dari sekarang. Silap-silap ada emas 7 tan pun kena sembelih je. Ask yourself, apa guna emas then?
Or, apa yang emas boleh buat time Jepun perang Malaya? NOTHING. Semua kena catu. FOOD lebih penting.
Sudah lah menjadi spekulator emas, jual beli emas fizikal pun ada yang terlibat dengan riba apabila menjual beli emas dengan berhutang. Perbuatan ini adalah sangat bertentangan dengan hadis riba.
Agak-agak kalau beli emas guna personal loan jatuh dalam kategori ini atau tidak. All I know yang style beli-pajak-beli should be OK kalau pakai ar-Rahnu.
Sekiranya tuan puan menyimpan harta dalam bentuk emas, maka itu adalah antara kaedah menyimpan yang baik. Tetapi sekiranya tuan puan sudah menganggap emas sebagai pelaburan, maka ketahuilah rule of investment is applied. Tidak ada beza melabur dalam emas dengan melabur dalam saham, hartanah, pasaran hadapan sawit dan sebagainya. Orang yang telah membeli komoditi-komoditi tersebut beberapa tahun lepas adalah orang yang sedang menjualnya hari ini.
Dan setiap benda yang naik pasti akan jatuh!
So, pelaburan emas ni just as good or bad as apa-apa juga jenis investment. Kalau your brain still working, bandingkan pilihan pelaburan yang ada dan mulakan melabur dalam mana-mana yang anda rasa selesa (pulangan tinggi dengan risiko yang anda boleh terima). Melabur dalam emas juga boleh menguntungkan, tapi kalau pulangannya lebih rendah daripada Tabung Haji, what’s the point? Ataupun lebih rendah daripada hartanah atau saham? Go back to your knowledge. Sebab tu keselesaan dalam melabur mana yang sesuai tak sama antara satu individu dengan yang lain. So please don’t depend on gold too much. Diversify juga penting
Leave a Reply